Kuliah Subuh , Ahad 2 Feb 2013 , 22
Rabiul awal 1434 Hijrah – Us Syed Nazli
(P Pinang) di Surau Nurul Iman , AU3 Keramat
Jangan
kamu harapkan ucapan terima kasih dari sesiapapun. Nanti kamu akan kecewa.
Sentiasalah buat baik kepada sesama manusia tanpa harap balasan dan terima
kasih dari mereka. Sentiasalah harap keredhaan dari Allah disamping mohon
pedoman dan panduan dariNya agar kita ridak kecewa.
Allah
menciptakan manusia adalah agar manusia ingat kepadaNya, agar manusia patuh dan
tunduk kepadaNya. Maka setiap tindak tanduk kehidupan manusia adalah agar
menjadi ibadah kepadaNya.
Allah
telah mengurniakan manusia itu Syukur.
Allah
berfirman : Wahai manusia, ingatlah Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau
baring. Ingatlah Allah di dalam keadaan susah atau senang, sedih atau gembira.
Maka itulah orang-orang yang berjaya dan untung.
Tidak
ada satu ruangpun walau sebesar zarah di dunia ini yang tiada kaitan dengan
Allah. Semuanya adalah dari Allah.
Hanya
orang yang ingat dan taat kepada Allah sahaja akan diberi nikmat bersyukur
kepada Allah.. “Kalau kamu bersyukur, maka Allah akan tambah nikmat kepada
kamu” Ini kerana Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya walau sesaatpun.
Barangsiapa yang ingat kepada Allah , di akan dibimbing oleh Allah. Matinya
juga akan diberi nikmat kerehatan dari Allah dan matinya akan bebas dari
sebarang fitnah.
Tanggungjawab
kita sebagai khalifah di muka bumi ini adalah patuh dan syukur kepada Allah.
Khalifah sebenar-benarnya adalah khalifah kepada diri sendiri mengawal nafsu
yang mendorong kepada kesesatan, dan memimpin hati supaya taat yang membawa
kepada keredhaan Allah.
Adakah
kekayaan itu satu kebaikan? Adakah kesihatan itu satu kebaikan? Adakah dengan
beranak isteri itu satu kebaikan?..Semuanya itu adalah buruk jika ia membawa
kamu jauh dari Allah. Tetapi ia baik jika membawa kamu bertambah bersyukur kepada Allah dan menambah ketaatan
kamu kepada Allah. Allah berfirman “ Sesungguhnya harta, anak isteri kamu itu
adalah musuh bagi kamu, maka kamu berhati-hati”. Musuh di sini bermaksud
perkara yang membawa kita ke neraka. Kita akan dapat pelbagai halangan dan
ujian di dalam membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai. Namun setiap
usaha mendidik anak yang berdepan dengan tentangan & halangan itulah
dinamakan jihad.
Ingat
kepada Allah bukan setakat solat, haji, puasa zakat, berzikir, solat sunat atau
membaca al Qur’an tetapi yang penting ingat di dalam hati dan laksanakan di
dalam amal perbuatan seharian kita 24 jam sehari semalam dengan
perbuatan-perbuatan yang mengingati Allah.
Tidak
ada maknanya kita berbuat kebajikan dan kebaikan tetapi tidak taat iaitu tidak
melaksanakan perintah Allah, tuntutan-tuntutan Allah dan Rasul. Segala kebaikan
mesti diirngi dengan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Tidak guna kita
bersedekah tetapi tidak solat dan sebagainya.
Jangan
sekali-kali kamu harap ucapan terima kasih kepada manusia, nanti kamu akan
melakukan kebaikan hanya kepada selain Allah. Kamu akan buat baik untuk selain
Allah.
Surah
annahl (lebah) ayat 83 –“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka
memungkirinya, Dan kebanyakan dari mereka adalah orang-orang kafir.”
Semua
pemberian Allah kita tidak warisi dari sesiapa tetapi selalu kita lupa kepada
Allah. Nabi Sulaiaman merupakan nabi yang hebat diberi kebolehan bercakap dan
memerintah Haiwan dan Jin angin dan
sebagainya.. tetap dengan rendah dirinya berkata “ Ini semua adalah milik dan
kekuasaan Allah, bukan milik dan kekuasaanku.
Surah
Al Baqarah ayat 243 – “.........Sesungguhnya
Allah pemberi nikmat /kurnia kepada manusia , tetapi kebanyakan mereka
tidak
bersyukur”. Sesungguhnya melimah ruah nikmat Allah kepada manusia tetapi
majoriti manusia tidak bersyukur. Contoh: Walaupun harga barang naik,
manusia
masih membazir. Dahulu harga minyak rendah, boleh pakai kereta kancil.
Sekarang
harga minyak naik, tetapi masih boleh pakai kereta 3, 4 buah. Dulu
harga barang rendah, buat kerja kahwin boleh dengan sekedarnya.
Sekarang
harga barang naik, Tetapi menu kenduri kahwin pelbagai-bagai. Selain
nasi minyak,
ada menu nasi putih, ada menu cendol, air panas, air sejuk, kuih muih
buah-buahan. Para tetamu tidak akan termakan semuanya lebih-lebih lagi
ada yang
perlu hadir lagi 3, 4 buah jemputan lagi. Itu membazir namanya. Membazir
dan
berlebih-lebihan itu termasuk dalam kategori zalim. Kalau kita kata
kerajaan
zalim sedangkan diri kita sendiripun zalim, macam mana nak dapat
pertolongan
Allah supaya mengurniakan pemimpin yang adil?.
Maka
bersyukurlah kepada Allah dengan menghindarkan diri dari pembaziran dan jenis
kezaliman yang lain. Kalau kita tidak bersyukur kepada Allah adakah kita akan
bersyukur pada sesama manusia? Tentu kita pun tidak akan bersyukur kepada
sesama manusia. Kalau kita tidak bersyukur adakah orang lain akan berterima
kasih kepada kita? Adakah anak-anak dan isteri dan pembantu rumah akan berterima kasih kepada kita? Maka akibatnya
semuanya masing-masing akan mengeluh. Contoh lain, zaman sekarang ini terdapat
organisasi yang pekerja wanita lebih ramai dari lelaki. Ada juga mendakwa
wanita lebih ramai mendapat peluang
pekerjaan berbanding lelaki tetapi wanita paling ramai yang tertekan dari
lelaki. Mungkinkah ada kaitan dengan syukur?. Suami mengeluh terhadap isteri.
Isteri mengeluh terhadap suami.Tidak kira
lelaki atau wanita harus bersyukur dengan fitrah yang Allah kurniakan
kepada diri masing-masing.
Kuliah Subuh , Ahad 6.1.2013 – Surau
Nurul Iman- Uz Syed Nazli – Dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman.
Kikir dan kedekut adalah sifat yang
buruk. Allah berfirman, barang siapa yang bebas daripada kikir dan kedekut maka
dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Allah memerintahkan manusia
memberikan/sedekahkan apa yang telah
Allah kurniakan kepada mereka. Jangan fikir bahawa kikir dan kedekut itu baik.
Jangan ada alasan jimat, alasan bajet atau sebagainya kerana harta yang
dikikirkan itu kelak akan digantung dileher diakhirat. Harta yang dikikirkan tersebut tidak akan memberi manfaat di dunia malah diakhirat.
Rasulullah bersabda, Awaslah kamu dari sifat kedekut.
Sesungguhnya umat dahulu binasa lantaran sifat kedekut mereka. Mereka jauh dari
Allah apalagi jauh pula dari syurga. Yang dekat kepada mereka adalah api
neraka. Sifat murah hati adalah pohon di syurga. Rantingnya ada di dunia ini.
Jika kita meniti rantingnya maka dapatlah akan pohonnya. Sifat kedekut adalah
pohon di neraka dan rantingnya di dunia ini, jika kita meniti rantingnya maka
sampailah ke pohonnya di neraka kelak nauzubillah. Punca kedekut itu adalah
keras hati. Sanggup melihat orang lain kelaparan kesusahan menderita. Keras
hati itu membawa kepada kedekut dan ke neraka.
Kedekut yang melampaui batas apabila
terlalu sayang kepada hartanya sehingga kedekut nak keluarkan zakat.Kedekut
yang melampaui batas adalah sampai hak orang lain juga hendak diambil. Itu
benar-benar kikir dan Allah akan murka kepadanya. Barangsiapa tertipu dengan
harta sehingga memutuskan persaudaraan maka dia akan tewas diakhirat dihadapan
Allah.
Orang kurang alim dan miskin yang murah
hati lebih dicintai Allah dari orang
alim yang kedekut dan dari orang kaya yang kedekut.
Sabda Rasulullah s a w - Sesungguhnya makhluk di langit dan di bumi
bahkan ikan-ikan dilaut memohon keampunan kepada Allah untuk orang-orang yang
alim (berilmu) asalkan orang alim tersebut menyampaikan dan menyatakan
kebenaran. Amatlah bahaya ulama yang menyembunyikan kebenaran.
Ada dua golongan didunia, jika kedua2
golongan ini baik maka baiklah manusia dan jika jahat maka jahatlah seluruh
manusia ..iaitu Umara’ dan ulamak. Umara
yang tidak betul agak biasa ditemui tetapi jika ulama tidak menegur umara
(pemimpin) maka habislah umat.
Sabda Rasulullah s a w - Ulama yang diam dari berkata benar itulah
syaitan yang bisu. Rasulullah s a w
takut dengan kedatangan Dajal kerana akan menyesatkan manusi tetapi baginda
lebih takut lagi dengan ulamak yang jahat kerana ulamak yang jahat ini
merelakan dirinya dan agamanya dihina. Seorang Umara yang baik adalah yang
mendatangi ulama untuk mendapatkan nasihat. Ulamak yang baik adalah yang tidak
mendatangi pintu-pintu umara
No comments:
Post a Comment