Home
Nota sebahagin tazkirah subuh oleh Us Drs. Rejab Selamat:
20.6.2015 (3 Ramadhan 1436 H) Surau Nurul Iman, Keramat Wangsa.
Kehidupan Rasulullah & para sahabat sangat akrab.
Pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang Badar. Berlaku semasa umat Islam sedang berpuasa. Pada masa itu syariat puasa telahpun turun.
Suasana ketika itu sangat panas. Jika tidak pakai kasut tapak kaki akan melecur.
Jika kita berpuasa dengan iman, dosa di hapuskan.
Di dalam perang Badar pihak kafir Quraisy kalah. Lalu mereka membalas dendam di dalam perang Uhud pada 3 Hijrah.
Punca kekalahan adalah Pemanah yang berada di Bukit Jabar Ummah tidak patuh dengan arahan dan turut serta dengan memungut harta rampasan di pusingan pertama.
Pada ketika itu Kalid bin Walid masih di pihak Quraisy. Dengan kekalahan dalam perang Uhud, 70 syahid termasuk Hamzah , bapa saudara nabi.
Selepas itu hidup tenang dan aman..
Masjid Nabawi dipenuhi dgn org yg ingin mendalami Islam.
Pada suatu hari, Saidina Umar bertemu Saidina Usman. "Usman kamu baru sahaja kehilangan isteri. Anakku Habsah pula kehilangan suami. Kalau kamu setuju aku kahwinkan kamu dgn anakku. Usia Umar dan Usman sebaya. Ukhwah ketika itu sangat rapat.
Kata Usman , engkau berilah tempoh kepadaku". Umar memang berharap sangat agar Usman menerima tawarannya.
Esoknya di masjid Nabawi Umar menuntut janji jawapan dari Usman. Kata Usman "Terima kasih wahai Umar...tetapi aku belum sedia lagi.
Kemudian Umar bertemu Abu Bakar dan tawarkan anaknya kepada Abu Bkar Assidiq supaya dijadikan isteri.
"Abu Bakar, jika kau setuju aku kahwinkan kamu dgn ankku Habsah.
Abu Bakar berpaling dan tidak menjawab. Saidina Umar Al khattab terasa hati dan mengadu kpd Rasulullah s a w tentang kisahnya dgn Usman dan Abu Bakar...
Kata Rasulullah...."Adakah kamu setuju jika ada org yang lebih baik dari Usman dan Abu Bakar melamar anakmu". "Tentu" Umar setuju. Maka nabi pun meminang Habsah. Umar terlalu suka...
Selepas itu Umar berkata kpd Abu Bakar.........
"Aku masih marah dgn kau....."
Kata Abu Bakar " aku senyap sbb aku dgr kabar Rasulullah merisik2 anak kamu"...,barulah Umar faham dan tidak marah..
Kemudian Usman datang. Abu Bakar tanya "kenapa wajah kamu berseri2..?"
Kata Usman, 'ketika aku jumpa nabi aku menangis...bila aku jumpa kamu aku gembira...
Aku sedih Ketika aku tidak dpt menjadi menantunya lagi.
Maka selepas itu Nabi pun berkata "Allah telah perintahkan aku nikahkan anakku Ummu Kalthom dgn Usman."
Hudaibah Abu Lahab telah menceraikan Ummu Kalthom. Dia menuduh nabi membawa ajaran sesat. Bukan setakat dia menceraikan Ummu Kalthom, malah dia tendang pinggang nabi hingga nabi tersungkur. Kata nabi "Kau akan dibaham oleh salah seorang anjing2 Allah".
Janji Allah benar. Seekor singa telah menerkam Hudaibah hingga mati ketika dia keluar berdagang.
Berbalik kisah usman tadi, Kata nabi, lepas jodoh pergi, jodoh datang. Kata Umar "Untung Usman kerana dapat berkahwin dengan 2 orang anak nabi".
Kata nabi kalaulah aku ada 40 orang anak perempuan aku akan kawinkan seorang demi sorang dengan Usman. Usman seorang ahli ibadat. Beliau Khatam AlQur'an dalam solat. Matinya ketika beliau sedang beribadat.
Pada suatu hari kain nabi terselak nampak betis lalu Abu Bakar masuk, nabi biarkan.... Kemudian Usman masuk cpepat2 nabi membetulkan kainnya yg terselak itu. Aishah bertanya tentang hal tersebut. Kata nabi "Bukan setakat aku malu sahaja yang malu dengan Usman, malah para malaikat pun malu dgn Usman."
Seorang lagi anak nabi bernama Zainab. Menantunya pun "hantu"...Abul As. Bila
berlaku pernag Badar....70 orang Quraish telah ditawan termsuk Abul As
Nabi tanya kepada Umar apa nak dibuat dengan kesemua tawanan tersebut.
Umar kata "pancung semuanya...mereka yg mengusir kamu."
" Keluargaku serahkan kpdku biar ku pancung."
Nabi tanya pula kepada Abu Bakar...Abu Bakar kata bebaskan dgn wang tebuskan. Nabi ikut cadangan Abu Bakar. Yg tak mampu bayar tebusan suruh mengajar...
Maka Allah turunkan ayat menegur nabi....al anfal 67,..
"tidak layak seorg nabi ada tawanan sebelum pihak musuh lumpuh sepenuhnya."
Nabi mnangis, Abu Bakar menangis...Umar datang tanya....nabi kata Allah tegur...Umar tertunduk dan mengalirkn air mata..contoh sikap tawaduk Umar.
Berbalik cerita tadi, Zainab pun menebus suaminya dgn rantai yg diberi oleh ibunya. Dulu rantai tu rantai khadijah.Nabi menangis bila melihat rantai tersebut. Nabi bebaskan Abul As dgn syarat Abul As ceraikan Zainab. Abul As diiring ke Mekah. Zainab gembira tapi sementara. Abul As minta Zainab pergi kembali ke pangkuan Rasulullah ke Madinah dgn memberi seekor unta kepada Zainab.
Seorang dari pelampau Quraisy, Abu Zuad Sufian melarang Zainab meninggalkan Mekah. Zainab terus lari bersama unta. Abu Zuad melembing unta .Unta tersungkur dan mati....Zainab yang sedang mengandung pun jatuh tetsungkyr dan berdarah banyak kerana keguguran.
Kemudian Abul As berdagang ke Syam dan dirompak oleh penyamun. Abul As minta perlindungan nabi. Dan dilindungi...Akhirnya Abul As masuk islam.
Umat islam skrg tiada ukhwah. Islam dibunuh oleh islam sendiri.
Kurun pada zaman nabi tersebut adalah kurun terbaik kata nabi.
Mana nk dpt mnusia mcm Abu Bkr...Usman...Umar dll?
Antara kita ada yg sudah 50 kali bertemu lailatulqdr tapi perangai tidak berubah..
Kesilapan dlm melaksanakan ibadah
Puasa
1.tak solat.
Nabi suruh pukul anak yg 10 tahun jika tidak solat. Puasa tidak.
2. Tidak banyakkan berdoa. Doa makbul terutama 15 minit sblm waktu berbuka
3. Sahur pukul 12 mlm.
Masa itu waktu mentong. Waktu sahur yang betul adalah sebelum azan. Sama seperti sarapan awal.
4. Tidak utamakan subuh daripada terawih
5. Masa terawih perempuan pakai wangi lelaki tak wangi.
6.Berbuka dgn rokok. Buka sunat dgn tamar. Kalau x ada gantikan dgn air putih.(air kosong)
7. Masuk ke bulan ramadhn dgn harta benda haram.
8. Tidur selepas sahur dan tidak solat sunat subuh
Kita kenalah berazam kuatkan ibadat pada 10 mlm akhir
Ustaz Drs Rejab - Sabtu, 21/6/2014 bersamaan 23 Sya’aban 1435 Hijhrah (Surau Nurul Iman) - Sebahagian tazkirah
Muhammad Al-Fatih
Muhammad
Al Fatih adalah satu-satunya pemimpin yans disebut sebagai “ Seorang pemimpin
sebaik pengikutnya dan pengikut-pengikut sebaik pemimpinnya”
Ketika Tentera Muhammad Al-fatih hendak berperang dengan
Kerajaan Romawi, Kerajaan Romawi telah memerintahkan tenteranya menabur emas disepanjang medan pertempuran dan memerintahkan kepada
tenteranya “ jika kamu lihat bala tentera Muhammad Al-Fatih mengambil harta
emas itu maka kamu seranglah ia kerana kita akan menang, jumlah tentera Muhammad Al Fatih amat sedikit berbanding
tentera kita. Tetapi jika mereka tidak mengambil wang dan harta emas itu maka
berundurlah kamu kerana ini bermakna Allah bersama mereka dan kita pasti akan
kalah. Diberitakan bahawa tidak seorangpun tentera Muhammad Al Fatih yang
mengambil barang satu keeping emas. Muhammad Al-fatih telah berjaya menakluk Kota Romawi.
Di
dalam kisah yang lain ketika bala tentera Muhammad Al Fatih melintasi ladang anggur
beliau telah memerintahkan tenteranya supaya tidak mengambil walau sebiji pun
buah anggur. Tenteranya amat patuh dengan perintah Muhammad Al Fatih sedangkan
ketika Muhammad Al Fatih jatuh sakit kuat tabib yang merawatnya berkata penawar kepada
penyakit beliau hanya terdapat di dalam buah anggur. Setelah ditanya kepada seluruh
balaa tenteranya tidak seorangpun yang memiliki barang sebiji buah anggur.
Umar bin Abdul Aziz.
Umar
bin Abdul Aziz merupakan cicit kepada Umar bin Khattab. Memiliki kerajaan dari Madinah hingga ke
Morocco. Perjalanan dari Madinah ke
Morocco mengambil masa lapan (8) jam jika menaiki kapalterbang. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz , tidak ada
seorangpun dari rakyatnya yang layak mendapat zakat kerana kesemuanya hidup
senang. Namun demikian Umar bin Abdul Aziz hidup dalam zuhud. Umar bin Abdul Aziz pernah ditegur oleh menterinya
kerana beliau tidak menukar baju untuk beberapa minggu. Maka Umar bin Abdul
Aziz menjawab ‘ bagaimana aku hendak menukar baju sedangkan hanya baju ini
sahaja yang aku ada”. Pada satu malam
ketika anak Umar bin Abdul Aziz datang ke pejabatnya Umar bin Abdul Aziz
bertanya “kamu datang ke sini atas urusan negara atau atas urusan peribadi?" Jawab anaknya "Saya ke mari adalah atas urusan peribadi". Maka Umar bin Abdul Aziz segera memadamkan
pelita dan pejabatnya pun gelap. Apabila ditanya oleh anaknya kenapa mereka
bergelap, maka kata Umar bin Abdul Aziz “ Aku tidak mahu hanya kerana api
pelita ini aku di bakar oleh api neraka kerana menggunakan harta rakyat untuk urusan peribadi”
Ketika beliau meninggal dunia Umar
bin Abdul Aziz tidak meninggalkan satu apapun untuk anak-anak dan isterinya. Umar bin Abdul Aziz juga berkata, “ Jika aku tidak meninggalkan harta untuk anak-anakku, sudah tentu Allah akan menjaga dan memberi makan minum serta harta kepada mereka. Tetapi jika aku meninggalkan harta untuk anak-anakku dan mereka gunakan harta tersebut untuk meksiat maka sudah tentu aku akan dibakar oleh api neraka” .
Dengan kebesaran Allah, diberitakan bahawa kemudian daripada itu
didapati bahawa kesemua anak-anak Umar bin Abdul Aziz menjadi kaya raya.
Jika
kita tinggalkan anak-anak kita ilmu agama dan iman maka harta kekayaan akan
mengikuti mereka, sebaliknya jika kita
tinggalkan harta kemungkinan harta itu menjadi punca maksiat.
Rasulullah s a w pernah
mempunyai 9 isteri dalam satu masa. Pernah berlaku di mana selama tiga bulan berturut-turut ke semua
rumah-rumahnya itu dapurnya tidak berasap. Apa yang dimakan oleh Rasulullah dan
isteri-isterinya hanyalah kurma dan air kosong
sahaja. Namun demikian kesembilan dari isteri-isterinya itu hidup harmoni, tenang
dan aman damai bersama RAsulullah s a w .
Abu Hurairah merupakan sahabat Rasulullah
s a w yang paling akhir memeluk Islam tetapi adalah
yang paling banyak mengumpul hadis. Ke mana sahaja Rasulullah s a w pergi Abu Hurairah akan mengikutnya. Abu Hurairah
juga merupakan sahabat Rasulullah s a w yang
paling miskin. Kadang-kadang Abu Hurairah akan mengikat perutnya dengan batu lantaran terlalu lapar sangat. Abu hurairah juga menjadi saksi dan periwayat kepada mukjizat Rasulullah s a w tentang segelas susu yang diminum oleh satu kumpulan yang
ramai tetapi tidak habis lantaran kekenyangan oleh susu tersebut, walaupun hanya
segelas.
Home
Kuliah Subuh , Sabtu 16 Februari 2013 - 5 Rabiul Akhir 1434 Hijrah
- Uz Drs Rejab Selamat : – di
Surau Nurul Iman , AU3 Keramat
Firman Allah di dalam surah Al waqiah – ayat 10-26:
“ Dan (golongan ketiga)
orang-orang yang paling dahulu (taat) dan paling dahulu mendapat (Rahmat Allah)”
“ Itulah orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)”
” Mereka dalam syurga yang penuh kenikmatan”
“ Golongan besar dari
orang-orang terdahulu”
” Dan Golongan kecil dari orang-orang kemudian”
“ Mereka (duduk) di
atas dipan yang bertatahkan emas dan permata”.
“ Mereka duduk
bersandar berhadap-hadapan”
“ Mereka dikelilingi
(dilayani) oleh anak-anak muda yang tetap muda (tidak menjadi tua)”
“Menghidangkan
(minuman) gelas, cerek, gelas anggur yang bersih”
“ Mereka tidak pusing
dan tidak pula mabuk (kerana meminumnya”
“ Dan (dihidangkan)
buah-buahan yang mereka sukai.”
“ Dan daging burung
(yang empuk) yang mereka inginkan “
“ Dan (di dalam syurga
itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli”
“ Bagaikan mutiara
yang tersimpan rapi”
“Sebagai ganjaran dari
apa yang mereka lakukan”
“Mereka tidak
mendengar di dalam syurga itu omong kosong dan tidak pula perkataan keji”
“ (Mereka hanya)
mendengar ucapan “Selamat, selamat” “.
Ulama mengatakan orang-orang yang dahulu beriman adalah
Khadijah. Begitulah sabda Rasulullah kepada Aishah ketika Aishah cemburu
apabila nabi menyebut-nyebut Khadijah selepas kematiannya. ” Dikala orang-orang lain menolak, menentang
dan memusuhi ku , Khadijah beriman dengan ku.”
Adapun orang-orang dari kalngan umat Muhammad yang terdahulu
itu adalah ramai yang masuk syurga, manakala umat-umat Muhammad yang kemudian
seperti kita ini teramat sedikit yang masuk ke syurga. Ada pendapat mengatakan
di dalam 1000 orang 1 yang masuk syurga.
Allah berfirman yang maksudnya: Mereka berada di singgahsana
yang bertatahkan emas dan permata. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang
kekal muda. (Yang lelaki didalam umur 30an dan yan gwanita di dalam lingkungan
17 tahun). Mereka membawa piala (sejenis
cawan) yang berisi air “arak” syurga yang diambil dari sungai di syurga.
Arak di syurga amat lazat, tidak memudaratkan, tidak memabukkan dan tidak
memeningkan seperti arak di dunia yang diharamkan. Dan buah-buahan dari
pelbagai jenis yang mereka pilih. Nama buah-buahan adalah sama seperti
buah-buahan di dunia tetapi rasa tidak sama malah jauh lebih lazat yang tidak
terhingga. Dan daging dari daging burung yang lazatnya tidak sama tanding
dengan daging burung di dunia.
Di dalam syurga ada bidadari bermata jeli. Kalau ia berjalan
dan tersingkap kainnya maka boleh nampak tembus ke tulang sumsumnya lantaran halusnya kulit dan
isi tubuh. Di dalam setiap rumah di syurga terdapat 40 bilik dan setiap bilik
terdapat 40 katil. Setiap wanita yang bersuami di dunia jika keduanya masuk
syurga maka, suaminya adalah bidadaranya dan bidadari suami adalah isterinya.
Wanita dan lelaki yang tiada suami/isteri disyurga maka akan disediakan oleh
Allah bidadari/bidadara. Bidadari di dalam syurga adalah umpama mutiara yang
tersimpan rapi. Apakah perhiasan di dunia ini yang dikawal rapi sehingga perlu
pengawal dan bilik kebal?
Di dalam syurga tidak akan kedengaran perkataan-perkataan
yang sia-sia seperti memaki hamun dan menyakitkan hati serta menyinggung
perasaan. Di dalam syurga dihiasi dengan perkataan salam dan ucap selamat.
Di dalam syurga terdapat mahligai yang lengkap dengan pintu-pintu
gerbang dengan nama mengikut nama
amalan-amalan hamba yang beriman. Kalau kita cukup amalan dan cenderung solat - solat sunat maka pintu solatlah yang
akan terbuka untuk kita. Kalau kita cenderung berpuasa disamping tidak
tinggalkan fardu yang lain maka akan terbukalah pintu puasa dan begitulah
seterusnya.
Sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar Assiddiq akan memasuki
pintu gerbang dari mana-mana yang dia suka. Semua pintu adalah terbuka untuknya
kerana amalannya di dunia semuanya adalah yang terbaik. Abu Bakar cenderung di
dalam semua ibadah. Kalau dia solat, ia adalah ahli solat yang terbaik, Kalau
dia bersedekah, hanya Allah dan Rasul sahaja yang tahu. Kalau dia berperang,
dia adalah pejuang yang terhebat dan begitulah dengan ibadat-ibadat yang lain.
Namun hadis sahih ini mendapat tentangan dari kalangan sahabat yang membuatkan
kesahihannya tidak kuat.
Fatimah bertanya kepada ayahnya , Rasulullah siapakah wanita
pertama yang masuk syurga. Sabda Rasulullah “ Seorang yang bernama Atiqah”. Fatimah
tidak berpuas hati dan pergi mencari rumah Atiqah untuk menyelidiki siapakah Atiqah
ini. Kali pertama Fatimah datang, Atiqah kata “ Aku tidak diberi keizinan untuk
membenarkan kamu masuk”. Kemudian Fatimah datang keesokan harinya bersama
anaknya. Kata Atiqah “ Aku hanya diberi keizinan untuk membenarkan kamu sahaja
masuk, bukan anak kamu”. Maka Fatimah pun pulang semula dan datang keesokan
harinya dan dibenarkan masuk oleh Atiqah. Fatimah lihat tidak ada apa yang
menarik dan pelik atau istimewa dilakukan oleh Atiqah. Hanya bila tiba waktu
petang, Atiqahpun menukar
pakaiannya kepada pakaianyang amat seksi dan menggairahkan dengan membawa
segelas air, sebatang rotan dan sehelai tuala kecil lalu berdiri di pintu. Fatimah bertanya untuk
apakah kamu berbuat sedemikian. Kata Atiqah “ Aku sediakan air ini adalah untuk
suami aku minum ketika kehausan pulang nanti. Tuala ini adalah untuk mengelap
peluh suamiku. Aku berpakaian begini adalah untuk suamiku. Rotan ini adalah aku
sediakan untuk suamiku sekiranya layanan aku tidak memuaskan hatinya atau ia
tidak berpuashati denganku.”
Ada riwayat mengatakan bahawa Atiqah di dalam cerita di atas
adalah wanita yang memegang tali pacu kuda yang ditunggangi oleh Fatimah ketika
masuk syurga nanti, dan Rasulullah menjawab pertanyaan Fatimah secara bergurau apabila
ditanya oleh Fatimah.
Di dalam syurga , ada satu tempat yang manusia lain tidak
boleh pergi melainkan Nabi Muhammad s a
w. sahaja boleh pergi dan masuk.
Di akhirat kelak akan terdapat ahlu yamin di dalam syurga dan
ahlu siman di dalam neraka. Ahlu Yamin adalah yang positif, yang Mahmudah
manakala Ahlu Siman adalah yang negatif, mazmumah.
Adapun orang yang terakhir masuk syurga adalah orang yang
terakhir keluar dari neraka, Iaitu orang Islam beriman yang melakukan dosa dan
timbangan dosanya lebih berat dari pahala. Dalam sebuah riwayat, ia seorang
lelaki. Semasa keluar , ia jalan sesekali secara bertatih, kemudian berjalan
jatuh, ( Didalam tazkirah yang lain lelaki ini hitam
legam tubuhnya dan dimandikan dengan sebuah sungai di syurga) Apabila lepas
dari siksaan neraka dia terpandang kawasan syurga. Maka lelaki ini berkata ‘ Ya
Allah izinkanlah aku masuk ke kawasan syuga. Nescaya selepas itu aku tidak akan
meminta yang lain. Maka Allah perkenankan dan masuklah ia ke kawasan syurga.
Kemudian lelaki itu berkata ‘ Ya Allah boleh kah kiranya engkau ciptakan
untukku sepohon pokok yang mengalir sungai di bawahnya” Allah kata “ tadi kamu
kata kamu tidak meminta yang lain. Nanti kalau aku tunaikan tentu kamu meminta
lagi yang lain.Kata pemuda itu, Aku berjanji Ya Allah, aku tidak akan meminta
yang lain.
Maka Allah tunaikan permintaan lelaki tersebut dengan
menumbuhkan sepohon pokok di syurga dan terbit sungai yang mengalir di
bawahnya. Kemudian Allah menumbuhkan
lagi sepohon pokok dan sungai di tempat lain yang jauh lebih cantik dan hebat dari sebelumnya.
Kemudian lelaki itu meminta lagi seperti soal jawab yang tadi. Akhirnya Allah
perkenankan.
Dan Allah Tumbuhkan
lagi pokok dan mengalir sungai dibawahnya berhampiran dengan pintu syurga.
Lelaki ini meminta kepada Allah akan pohon tersebut dengan janji dan soal jawab
serupa. Dia asyik berjanji untuk tidak meminta yang lain tetapi tidak ditepati
dan Allah Maha pemurah menunaikan permintaannya. Apabila berada di pohon
berhampiran pintu syurga lelaki ini terdengar pula bunyi-bunyian yang sangat merdu dan
suasana yang sangat indah disebalik pintu syurga. Maka lelaki itu memohon
kepada Allah untuk masuk ke dalam pintuk syurga tersebut. Allah berfirman. “
Masuklah kamu ke dalam syurga yang seluas langit dan bumi itu”. Ada pendapat
yang mengatakan keluasannya adalah sembilan (9) kali ganda langit dan bumi.
Kisah Batang Kurma dengan Nabi:
Rasulullah selalu duduk/berdiri di atas sebuah batang kurma
untuk berkhutbah. Pada suatu masa seorang sahabat telah datang kepada
Rasullullah dan menyediakan tempat khutbah yang lebih baik dan selesa untuk
Rasulullah. Pada suatu hari apabila Rasulullah
sedang berkhutbah , ia terdengar bunyi
tangisan yang sayu seperti tangisan anak unta. Apabila Rasulullah mengamati,
rupanya suara tangisan itu adalah dari batang/tunggul kurma yang Rasulullah
telah tidak gunakan lagi untuk berkhutbah. Maka Rasulullah terus datang ke
Batang Kurma tersebut dan memeluk batang kurma, barulah ia diam dan berhenti
menangis. Kata Rasulullah “ Jika aku tidak peluk batang kurma ini maka ia akan
menangis hingga hari kiamat. Ini menggambarkan bukan sahaja sahabat-sahabat
yang terlalu mencintai Rasulullah, malah segala yang ada langit dan bumi amat
mencintai Rasulullah. Cintakah kita
kepada Rasulullah?”
Di dalam sebuah riwayat,
Ketika akhir riwayat Rasulullah, baginda dipangku di riba Aishah. Dan
ketika akhir nyawanya, Air liur Rasulullah bercampur dengan air liur Aisyah.
Sebuah hadis riwayat Ibnu Majah:
Seorang yahudi yang mengamalkan kitab nabi Isa, bernama
Abdullah Salam apabila mengetahui bahawa Muhammad sebagai Rasul terakhir telah datang
berjumpa Muhammad untuk membuktikan kebenaran Rasulullah dengan bertanya 3
soalan dan dijawab oleh nabi dan tepat jawapan ketiga-tiga soalan tersebut:
- Apakah makanan pertama yang dimakan oleh Ahli syurga ? Jawab Nabi “ Hati ikan jaws (yu)
- Apakah tanda kiamat? Kata nabi “ Ada api yang bergerak dari timur ke barat"
- Bagaimanakah rupa anak boleh serupa dengan rupa bapanya dan bagaimanakah rupa anak boleh serupa dengan rupa ibinya? Jawab Nabi “ Kalau sperma (benih) bapa lebih dominan maka rupa anak akan mirip rupa bapa manakala jika benih ibu lebih dominan maka wajah anak akan serupa dengan wajah ibu.”
Kenapa Allah haramkan babi ?
Berbagai kajian telah dibuat . Antara salah satu kajian ialah: Dua ekor babi jantan di letakkan di dalam
kandang bersama dengan babi betina, manakala dua ekor ayam jantan diletakkan
bersama seekor ayam betina di dalam reban yang lain. Didapati dua ekor babi
jantan telah mengawan/bersetubuh dengan seekor babi betina secara
bergilir-gilir, tetapi Dua ekor ayam jantan tidak berkongsi mengawan/bersetubuh dengan seekor ayam betina. Maka sikap manusia yang memakan daging
haiwan-haiwan berkenaan akan diengaruhi
oleh sifat daging haiwan-haiwan berkenaan yang dimakan.
Uz Drs Rejab UNIKL - 19 Januari 2013.
Surah Mujadalah ayat 11-.....Ayat menerangkan Allah meninggikan darjat menuntut ilmu…
Tradisi menuntut ilmu. Riwayat- Apabila melihat tingginya ilmu Imam Maliki (pemilik Mazhab Maliki) yang telah menulis kitab Al Muatakh, Sultan /Khalifah HArun Al Rashid Terkejut dengan tindakan dan ketegasan Imam Maliki yang enggan datang ke istana apabila diundang oleh sultan untuk mendidik putera-puteranya bagi mengkaji kitab Al Muatakh tersebut. Kata Imam Maliki semoga Allah memberkati niat dan maksud tuanku tersebut. Ilmu ini datang dari Baitul Nubuwah iaitu rumah kenabian. Kalau hendak ilmu kena datang kepada Ilmu. Ilmu itu di datangi bukan mendatangi. Kalau kamu memuliakan Ilmu maka Ilmu akan memuliakan kamu. Kalau kamu merendah-rendahkan ilmu maka Ilmu juga akan merendah-rendahkan kamu.
Maka Khalifah Harun Al Rashid akur dengan Imam Maliki menyuruh anak-anaknya datang ke Masjid tempat Imam Maliki mengajar. Imam Maliki tetap juga memberikan syarat kepada anak-amak khalifah iaitu , putera2 khalifah jangan melangkah jemaah yang datang lebih awal. Duduk sahaja di mana tempat duduk yang kosong yang ada. Begitulah ketegasan Imam Malik dalam memuliakan Ilmu walau dengan Amirul Mukminin. Dia tidak mahu ilmu diperlecehkan.
Seorang Gabenor pernah berkata berkenaan seorang ulama bernama Imam Hassan Albasri “ Aku tak perlukan dunia lebih dari aku memerlukan Imam Hassan Al Basri sedangkan dia tidak memerlukan dunia lebih dari mementingkan Ilmu. Ulama Dahulu kala sanggup mengembara keseluruh dunia demi untuk dapatkan sepotong hadis yang singkat/pendek. Sebab itu Darjat dan martabat ilmu terdahulu begitu tinggi. Dicampak walau ke mana2 sahaja mereka akan membawa cahaya dam memberi hikmah. HAMKA pernah dipenjara oleh presiden Soekarno. Namun semasa di dalam penjara beliau telah menulis dengan lengkap kitab tafsir Al Azhar yang menjadi rujukan kita sekarang ini.
Rasulullah s a w bersabda: Hati ini berkarat seperti besi yang berkarat. Maka hendaklah selalu menggilapnya dengan membaca AlQur’an, berzikir, duduk di dalam majlis ilmu, menyebarkan ilmu mengingati mati, dan rajin bangun malam berqiamullail. Maka hati akan berkilat semula. Kelebihan orang berilmu dengan ahli ibadah adalah ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling kerdil/ rendah ilmunya di kalangan kamu.
Kata Muaz bin Jabal, carilah ilmu kerana takutkan Allah kerana itu merupakan tasbih dan membicarakannya merupakan jihad. Ilmulah sahabat karib kita di kala kita kesunyian. Hanya dengan ilmu Allah akan mengangkat darjat sesuatu umat. Para pemimpin di zaman sahabat adalah pemimpin yang paling tinggi kualiti ilmunya. 80% kualiti sesebuh rakyat terletak pada pemimpin. Rendah Ilmu pemimpin maka rendah lah taraf darjat keseluruh rakyatnya. Busuk ikan bermula dari kepala. Nak tengok ikan baik ke atau tidak orang akan tengok di bahagian kepalanya iaitu insang. Kalau rosak kepala maka rosaklah keseluruhan ikan tersebut. Kalau pemimpin rosak dan tak berkualiti maka rosaklah rakyat dan negaranya.
Imam Ahmad Hanbali (mazhab Hanbali) amat memerlukan ilmu berbanding makan. Kita perlukan makan tidak lebih dari 3 atau 4 kali sehari tetapi kita perlukan ilmu setiap saat.
Katya Imam Syed Al Qudri, katakanlah kebenaran walaupun pahit. Dia telah menegur khalifah Marwan kerana cuba menukar pembacaan khutbah sebelum solat aidil adha.
Ada seorang ulama terdahulu telah dipenjara kerana menghalang khalifah yang hendak menyelewengkan nas / hadis Rasulullah. Sheikh Alkhidr Hussain telah menghalang Khalifah muhammadiah untuk mengisytiharkan supaya harta pusaka dihbahagi sama rata diantara lelaki dan perempuan. Sheikh Alkhidir al Hussin telah datang berjumpa khalifah untuk tarik balik perisytiharan tersebut. Jika tidak Sheikh akan bersama-sama para pelajar Universiti Al azhar berdemontrasi dengan kain kapan dan akan berdemonstrasi sampai mati. Maka presiden minta maaf dengan ulama tersebut tetapi ulama khidir meminta supaya khalifah buat kenyataan maaf dan tarik balik arahan secara terbuka di khalayak ramai dengan hebahan media massa. Maka khalifah muhamad najib fasha pun membuat kenyataan di akhbar untuk melaksanakan permintaan tersebut.
Kata Yusuff Al Qadhawi, betapa naifnya ulama yang mendambakan keduniaan dari umara; dan umara yang mementingkan dunia daripada ulama.
Uz Nazri - 17.01.2013 - Khamis malam Jumaat
Menceritakan pengalamanya berada di palestin sebelum, semasa dan selepas peperangan serta serangbalas pejuang Hamas ke atas palestin selama 8 hari melalui tayangan LCD.
Allah telah berfirma di dalam Alqur’an: Jika kamu tidak tolong agama kamu, Allah boleh tolong agamanya sendiri.
Tetapi ...sanggupkah kita melihat kanak-kanak kecil di bunuh dengan kejam setiap hari.
Namun demikian pejuang2 Hamas di Palestin begitu tinggi keyakinan mereka terhadap agama Allah. Begitu lah juga keyakinan umat2 terdahulu. Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s a w meninggalkan sejarah yang besar, banyak dan tinggi nilainya di bumi Anbiya palestin. Di bumi ini jugalah menyebabklan umat Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Apabila ditanya oleh nabi mereka kata berpuasa kerana sempena kemenangan Nabi Musa menghadapi tentera Firaun yang tenggelam di laut merah. Nabi menempelak mereka ‘ Tetapi kamu telah menyeleweng, apa gunanya kamu berpuasa.
Maka serangan pertama ke atas Palestin apabila bom dijatuhkan ke Palestin juga dilakukan oleh yahudi tepat pada 10 Muharram. Serangan dilakukan tanpa amaran tanpa isyarat dan tanpa apa2 kesalahan disaat rakyat sedang kerja dipejabat dan sekolah dan tiada apa-apa pun yang berlaku. Maka serangan yahudi telah membinasakan pejabat, kediaman dan nyawa kanak dan orang2 Islam yang tidak berdosa.
Maka dengan keyakinan dan semangat Juang Islam yang tinggi, pejuang2 Hamas telah membuat serang balas selama 8 hari. Melalui rakaman oleh pejuang palestin dan hebahan tv Israel sendiri telah berlaku keajaiban di dalam serangan tersebut. Di mana peluru yang keupayaan hanya 30km, boleh sampai dan jatuh ke markas dan kawasan Istael. Dari Tayangan ada peluru dari pejuang hamas yang telah berjaya dipintas oleh penangkis peluru berpandu istael dan meletup di udara...tetapi peluru berpandu Hamas tetap jatuh meletupkan kawasan dan bangunan Israel . Sebuah Helikopter dan Kereta kebal Israel juga telah musnah disamping tentera2 israel yang terkorban dan bertempiaran. Dari rakaman video jelas terbukti bahawa tentera2 israel ini adalah pengecut. Mereka hanya berani menyerang orang2 yang lemah. Nampak di dalam tayangan begitu dashyat serangan peluru dari Hamas. Inilah yang dikata apabila Allah telah mengirim bala tenteranya untuk menentang kezaliman. Adapun tentera yang dignakan oleh Hamas adalah M73. Ada yang berpendapat pejuang2 palestin bertopeng adalah untuk melindungi identiti mereka kerana ada dikalangan mereka yang sebelah siangnya bekerja di pejabat2, di firma2 termasuk guru, doktor dan sebagainya disamping pejuang sepenuh masa. Mereka tidak mahu dikenali oleh talibarut-talibarut yahudi yang juga berada di kalangan mereka.
Serangan demi serangan in telah membuatkan Israel mengaku kalah. Benjamin Netanyahu telah mendesak Presiden Amerika untuk memujuk Presiden Mesir, supaya presiden Mesir memujuk pejuang Hamas supaya berdamai. Hamas telah mengemukakan syarat2 yang Israel terpaksa bersetuju, sebagaimana yang telah diberitakan.
Bumi Palestin adalah bumi para anbiya. Namanya telah diabadikan di dalam surat At Tin. Watini wazzaituni wa tuni sinin yang merujuk kepada Palestin, Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Muhamad s a w.. Di sana jugalah tempat lahirnya Imam kita , Imam Syafiee (Mazhab Syafie)
Rasulullah menyeru umatnya supaya berjihadlah dengan harta benda terlebih dahulu sebelum berjihad dengan jiwa dan raga. Kalau kita rela memperjuangkkan harta benda, maka kita juga sanggup berjuang dengan jiwa dan raga kita demi agama Allah yang suci ini.
Kelebihan masyarakat di palestin adalah tiada seorang pun di antara mereka yang menadah tangan meminta sedekah. Mereka sanggup mengumpul sampah untuk dijual dari meminta sedekah. Suasana hidup mereka cukup tenang walaupun kanak2 ditengah2 tempat tinggal yang daif.
Jiwa sesiapa yang berada di sana akan merasa tenteram dan tidak akan mahu pulang lantaran ketenangannya, walaupun berada ditengah2 medan peperangan. Kesuburan tanah di Palestin mula menyerlah dan kini menjadi tempat paling subur di dunia. Terdapat buah2 zaitun, kurma, tin dan sayuran2 yang terdapat di Malaysia tetapi lebih segar berbanding di Cameroon Highland. Begitu segar buah strawberry , lemon, pisang gred tinggi dsb. Mungkin ini yang disebut oleh Rasulullah apabila menjelang Kiamat Bumi paling rendah dan padang pasir didunia akan menjadi bumi yang paling subur. Dari tayangan, kelihatan para jamaah solat subuh begitu ramai, memang seramai jemaah pada solat Jumaat. Memang benarlah kiranya sumpahan umat Yahudi bahawa Islam tidak dapat mengalahkan Yahudi sehingga jemaah solat subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat.
Hanya satu kesedihan iaitu Palestin tidak ada matawang sendiri yang terpaksa meggunakan matawang Israel. Ikan2 dan tangkapan laut begitu segar dan berkualiti tetapi mereka terpaksa membayar dengan harga mahal kerana kos minyak, bot dan sebagainya yang tinggi.
Serpihan Nota:
17 Nov
2012 - Uz drs Rejab
Orang
terdahulu masuk Islam adalah orang yang pertama-tama hijrah Iaitu puak
Muhajirin. Abu bakar yang menutup semua lubang digua.Setelah habis semua lubang
ditutup dengan kain ada satu lubang kecil di gua yang ditutup dengan jari
kakinya.
Saidina
Ali pula berkorban dengan menggantikan tempat tidur Nabi sewaktu Nabi
menyelamatkan diri dari puak Quraisy. Asmak yang sarat mengandung pula mendaki
pergi balik ke bukit gua tempat persembunyian Nabi untuk menghantar makanan.
Abdullah
bin urakib, musyrikin yang menunjuk jalan kepada Rasulullah s a w . Orang
Muhajirin, Ansar dan yang mengikut Rasulullah S A W allah sediakan
syurga-syurga yang mengalir sungai di dalamnya.Home
No comments:
Post a Comment