Uz Abdullah Mahmud : Sentuhan Ramadhan




TAZKIRAH MALAM KE - 5 RAMADHAN (DI SURAU NURUL IMAN AU3 KERAMAT,
UZ  ABDULLAH MAHMUD
Khamis 4 Ogos 2011,
Jam 10 malam
 
Banyak peristiwa utama dan pertama kalinya berlaku pada bulan Ramadhan. Turun Al Qur’an pada bulan ramadhan. Peperangan pertama berlaku pada bulan ramadhan. Puasa diperintahkan pada bulan ramadhan. Terawikh dan tazkirah pertama dilakukan pada 2 hijrah bulan ramadhan.

 Rasulullah s.a.w. selepas terawih telah memberi tazkirah kepada sahabat yang bermaksud: Tidak masuk syurga diriku dan diri kamu semua hanya dengan Solat, bersedekah, dan puasa, tetapi  kita masuk ke syurga  hanya dengan Rahmat Allah. Dalam setahun hanya ada satu sahaja bulan rahmat turun iaitu bulan Ramadhan. Celakalah barangsiapa yang membiarkan ramadhan berlalu tanpa mengutip/ mengumpul rahmat.  Selain menahan lapar pada siangnya, menahan mengantuk pada malamnya, ada beberapa perkara penting untuk diberi perhatian..

 Antaranya adalah menghadiri  tazkirah. Rugilah bagi orang yang mengerjakan terawih tetapi meninggalkan tazkirah. Lengkapkanlah malam-malam ramadhan dengan tahlil arwah, terawikh, tazkirah dan tadarus Al’Qur’an. Bawalah wang untuk bersedekah setiap kali datang ke surau/masjid demi mendapat rahmat dan keberkatan di bulan Ramadhan. Makna terawikh adalah rehat. solat terawikh bermakna solat sambil berehat-rehat. Boleh juga solat terawikh diselang- seli dengan tazkirah dan sebagainya atau selepas terawikh diadakan tazkirah dan ditutup dengan solat witir.
 Apabila tiba  bulan ramadhan para roh-roh arwah dibebaskan ke muka bumi untuk membawa kiriman-kiriman pahala tahlil/sedekah dan sebagainya dari anak-anaknya untuk dikumpul setiap hari/malam sehinggalah habis ramadhan.

 Tempat pertama dikunjungi adalah kuburnya sendiri dan ia akan bersedih bila melihat  jasadnya hanya tinggal tulang dan  tanah. Kemudian roh-roh  akan kembali ke rumahnya dan ke rumah-rumah sesiapa sahaja yang telah bengambil harta pusakanya (walau sebiji pinggan) dengan tujuan memohon pertolongan simpati agar  disedekahkan pahala-pahala  tahlil, zikir/ amalan-amalan baik kepada roh-roh tersebut.

  Apabila tamat ramadhan roh-roh  arwah akan membawa kiriman pahala dari anak-anaknya dan lainnya untuk dipersembahkan kepada Allah bagi memadam siksa dosa atau menambah pahala nikmat syurga.
 Derhakalah seorang anak jika roh ibu/bapanya pulang ke Loah Mahfuz dengan tangan kosong tanpa kiriman pahala sedekah/tahlil/dsb dari anak-anaknya sehingga tidak dapat mengurangkan siksaan neraka atau tidak dapat dikeluarkan dari penjara neraka.

Pada zaman Rasulullah para sahabat berlumba-lumba datang ke masjid diwaktu malam dengan pelbagai cara. Ada yang bertongkat ada yang berpapah dan sebagainya....
 
 Hikmah-hikmah:

Penawar sakit-sakit sendi dan tulang . Terutamanya yang terpaksa solat menggunakan kerusi.
Bacalah ayat “La ilaha illallah, Subhana Wahidul Qahar”..kemudian sapu ditempat yang sakit. InsyaAllah mujarab.

 Antara petua menyembuhkan penyakit –penyakit apabila berbuka puasa dan bersahur: jangan makan lebih dari satu lauk. Jangan makan lauk yang sama lebih dari 3 hari berturut-turut.

 Minuman-minuman untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ketika berbuka puasa :

o   Kencing Kotor (tanda-tanda awal sakit buah pinggang) – ambil 2 biji selasih direndam hingga kembang campur 2 sudu madu dan segelas air dan diminum.

o   Kencing manis – 2 sudu madu dan gambir dihancurkan bersama segelas air dan di minum

o   Kolestrol tinggi – Dua tiga helai daun rambutan sederhana muda bewarna hijau muda di blender campur 2 sudu madu dan segelas air diminum.

o   Darah tinggi – dua biji belimbing madu di blender dengan 2 sudu madu segelas air diminum

o   Gout -  (maaf tak sempat catat). Pada pendapat penulis, Habbatussauda juga boleh diambil sebagai amalan. Ianya boleh didapati dalam bentuk kapsul dan dijual di pasar-pasar atau di baazar.

No comments:

Post a Comment