Uz Don Danial (TV Hijrah): Kuliah Maghrib - Pengenalan Al Qur'an; Kuliah Subuh-Isra' Mikraj



Home











Kuliah Maghrib – Us Don Danial – 27 Mac 2013 , 15 Jamadil Awal   1434 H - Rabu – Surau Al Islah AU2  (sebahagian petikan tazkirah).

 - (Us Don merupakan anak murid kepada Ulama Datuk Harun Din. Beliau juga mengendalikan rancangan "30 minit bersama Uz  Don"  di dalam TV Astro Alhijrah)



Mulakan dengan Al Fatihah. Akhiri dengan zikir kifarah dan surah Al Asr.


Pengenalan Al Qur’an


Qur’an yang kita baca akan memberi syafaat pada hari kiamat. Barangsiapa yang mempelajari Al Qur’an, kemudian membaca dengan betul dan mengamalkannya, di akhirat kelak Ayah dan Ibunya akan dipakaikan Mahkota di mana sinaran kilauannya lebih terang dari cahaya matahari, – Hadis.   Bayangkan...... apalagi jika orang yang membacanya. Bagaimana hebatnya ganjaran yang diperolehi di akhirat kelak.


Al Quran diturunkan menggunakan Bahasa Arab. Bahasa di syurga menggunakan bahasa Arab. Nabi terakhir (Muhammad s a w ) berbangsa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang mula-mula di dunia, bahasa di alam roh. Bahasa di hari akhirat. Apabila kita mati sahaja, kita secara automatik akan pandai berbahasa arab.  Surah Al Aaraf ayat 172 “ Dan ingatlah (hai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan (menciptakan) keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian dari diri mereka sendiri dengan firman-Nya <”bukankah Aku Tuhanmu?”> Mereka menjawab, <”Ya, kami mengakui”>. Nanti di hari kiamat kamu tidak dapat lagi mengatakan.., -<”Sesungguhnya Kami lengah terhadap hal ini (keesaan Allah”>...”

 (dari kelas pengajian Usuluddin  - ‘setiap insan di tanya 2 kali  oleh Allah “ alastu birobbikum? /Adakah Aku ini Tuhan kamu?... ‘Bala Syahidna/ Bahkan Engkaulah Tuhan Kami. Perjanjian ini dilafazkan semasa di alam ruh kemudian di alam ajsam/perut ibu semasa janin sebesar jari telunjuk. Lahir saja ke dunia (alam syahadah) maka manusia terus lupa. Sebab itulah diturunkan Alquran dan rasul sebagai pemberi ingat’ – penulis)


Bahasa Inggeris banyak mirip kepada bahasa Arab.  Makna yang sama dalam perkataan yang hampir-hampir dan seakan sama. Contohnya anak kucing , kitten diambil dari perkataan arab kittun.. Hurairah maknanya kucing manja. Kittun maknanya pandang tak jemu. Adakah kita jemu memandang anak kucing?..setiap perkataan dalam bahasa Arab tidak di jadikan dengan sia-sia. Walaupun ejaan sama tetapi jika baris tidak sama maka ia akan memberi makna yang berbeza. Grammar Bahasa arab diikuti oleh Bahasa Inggeris. Daripada perkara bahasa ini sahaja telah membuatkan ramai orang memeluk Islam. Betapa Maha hebatnya mukjizat Al Qur’an yang diturunkan Allah. Kereta dalam bahasa arab ialah sayyarah dari perkataan asal saroh- Israh – perjalanan- kenderaan. Semuanya berkaitan.


Kenapa kita mesti kata Qul dalam Qul huallahu Ahad? Qul itu maknanya ‘katakanlah’. Kata Datuk Harun Din, bila ada perkataan Qul dalam sesuatu ayat maknanya kita memang wajib mengatakannya dan kena  khabarkan kepada orang lain supaya mereka dengar. Qul huallahu ahad maknanya kita kena katakan dan kena khabarkan kepada orang lain (lebih2 lagi kepada orang bukan Islam) bahawa Allah itu Esa.


Apabila seseorang hendak mati maka malaikat akan duduk di bahagian kepalanya. Ketika saat itu berapa banyakkah malaikat yang ada?  Berapa banyakkah malaikat Izrail sehingga boleh mencabut beribu-ribu nyawa di dunia dalam waktu yang sama secara serentak? Malaikat Izrail/Malaikat Maut merupakan malaikat yang amat besar. Ia merupakan salah satu dari 8 malaikat zabaniah pemikul arash yang disebut di dalam Al Qur’an.  Surah Haaqah ayat 17 (ms 567 qur’an saiz standard) – “Dan para malaikat berada pada penjuru-penjuru ruang angkasa. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas mereka.


Kenapa kita dinamakan manusia..? Tanyalah Al’ Qur’an. Ada jawabnya. Surah  attin ayat 4. ”Sesungguhnya telah kami cipta manusia dalam bentuk yang paling baik.”  Manusia itu lupa. Maka kena selalu diingatkan. Dan Manusia itu manja. Rujuk surah Annisa.


Kenapa dipanggil Syaitan. Syaitan diambil dari perkataan Syayata iaitu membakar amalan kita. Kenapa dinama jannatun (syurga). Dia diambil dari perkataan jun. Junnun yang bermaksud gila..dalam ertikata tidak masuk akal sebab diluar fikiran. Maknanya apa-apa sahaja keistimewaan yang tidak masuk akal itulah syurga. 


Setengah Ulama jika mengajar akan bertanya kenapa mesti letak baris atas atau hadapan dsb?. Khutbah dan khitbah dalam ejaan Arab mempunyai huruf yang sama, tetapi baris tidak sama. Apa-apa sahaja huruf Arab kalau diletak baris hadapan maknanya kuat. Kalau baris bawah maknanya ia lembut. Sebab itu khutbah kena keras dan garang kerana ia dari baris hadapan, (khut). Ia adalah amaran. Amat penting khutbah yang disampaikan perlu secara berdiri dan garang serta lantang. (Berbeza dengan amalan kebanyakan khutbah di negara ini yang tidak menepati kaedah khutbah yang sebenar sehingga para jemaah menjadi mengantuk dan terlena di dalam masjid) 


Khitbah itu maknanya masuk meminang. Adat orang meminang kena secara lemah lembut, berpantun dan malu-malu serta bersopan.


Surah Al Israk ayat 45 – “ Apabila kamu membaca Al qur’an kami letakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat batas yang menutup.” Inilah dia kenapa dinamakan Al-Qur’an.


Kenapa sebut Ya...... . Apabila kita sebut “Ya polan’ bermakna orang itu ada di depan mata. Allah letak “Kami” dalam Al Qur’an adalah sebagai lambang “Maha Besar” dan  “kebesaran”. 


Grammar Bahasa Inggeris mengikut grammar Bahasa Arab. Kalau Nabi baca al Qur’an pasti terjadi sesuatu. Beriman dengan tidak beriman ada satu hijab. Rujuk ayat tabbat yada..(Al Lahab) “Cilakalah kedua tangan Abu Lahab (Celakalah Abu Lahab) dan binasalah ia. “Tidaklah berfaedah baginya harta..bendanya dan apa yang diusahakannya (untuk mempertahankan dirinya dari siksaan Allah)” ‘ Kelak ia akan memasuki api (neraka) yang bergejolak” Dan (akan masuk neraka pula) isterinya, pembawa kayu api.” “Yang dilehernya ada (tergantung) tali dari sabut. (Ia Penyebar fitnah)” Isteri Abu Lahab geram apabila mendengar Rasulullah membaca ayat tersebut semasa sedang solat dan hendak membaling batu ke arah Rasulullah.  Dia menggenggam batu dalam genggaman yang besar. Kata nabi kepada Abu Bakar sahabatnya “ Kamu jangan risau, dia tidak akan nampak aku sampai bila-bila. Memang Isteri Abu Lahab tidak nampak Muhammad walaupun Nabi Muhammad duduk sebelah Abu Bakar. Ia hanya boleh nampak Abu Bakar sahaja. Maka Abu Bakar pun diam bila di tanya oleh isteri Abu Lahab di manakah Muhammad. Kenapa dipanggil Abu Lahab.  Abu Lahab maknanya pandang tak jemu. Abu Lahab merupakan seorang yang tampan segak gagah kaya dan berpengaruh di kalangan Arab.


Kenapa sihir selalu kena kepada kita. Sebab kita tak baca Al Qur’an. Betapa pentingnya mengaji. Pentingnya baca Al Qur’an. Jika tidak tahu kena belajar. Itu adalah wajib. Mengaji bab-bab agama itu berat. Sebab itu mengantuk bila mengaji agama. Tetapi anak murid kena tekun sebab di situ datangnya berkat. Kalau ada sesiapa yang mengaji Al Qur’an itu ringan maknanya itu bukan Al Qur’an. Mungkin Bible atau lain. Ilmu al Qur’an itu berat. Kalau tidak mengaji lagila berat. Uz Don mula kenal Al’ Qur’an  semasa berumur 18. (Faktor usia bukan alasan untuk menghalang dari mengaji). 


Rujuk surah Alam Nasrah “  “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?”..”Dan telah kami ringankan bebanmu (menyampaikan dakwah)”... “yang memberatkan punggungmu”...”Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu (Nama Allah dan Rasulullah disebutkan waktu mengucapkan dua kalimah syahadat).”....”Maka sesungguhnya disamping kesulitan ada kemudahah”....”Sesungguhnya disamping kesulitan ada kemudahan”...”Maka apabila engkau sudah selesai  (mengerjakan sesuatu pekerjaan), kerjakanlah pekerjaan lain”...” Dan hanya kepada Tuhanmu (sajalah) kamu berharap”.

Tafsir Qur’an dirujuk semula dari Tafsir Rahmat (H. Oemar Bakry) Eisi Malaysia 1988 terbitan Victory Agencie. - penulis.





Ringkasan ceramah Uz Don (Dari tv Al hijrah), Kuliah subuh Masjid  Assobirin AU5 Lembah Keramat , Ahad 15.4.2011, 23 Jamadil Awal 1433 hijrah.


-Janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan Islam

-Surah yang menerangkan kisah Isra’ mikraj dengan jelasnya ialah pada surah isra’ juz 15 ayat pertama & Annajmi juzuk 27.

-penekanan di dalam ayat adalah Nabi dijalankan…tidak berjalan sendiri. Diwaktu malam dimana waktu2 hamba bermunajat kepada Tuhannya.

-Sekembalinya Nabi dari Isra mikraj sebelum solat subuh, baginda duduk termenung……bagaimana hendak memulakan cerita kepada sahabat dan kaumnya…..

Orang yang pertama menegurnya dikala itu ialah Abu Jahal, bapa saudaranya (yang memang terkenal memusuhi ajaran Rasulullah).: ‘Wahai Muhammad, dikau kelihatannya termenung…tentu ada perkara besar yang kau nak ceritakan. Ceritalah kepadaku’. …Muhammad berkata…memang ada perkara besar yang nak aku ceritakan. Kata Abu Jahal Nanti dulu..biar aku panggilkan orang ramai.
Maka berkumpullah orang2 di Mekah (kebanyakannya pengikut Abu Jahal). Setelah org ramai datang “. Kalau aku cerita kepadamu bahawa ada tentera dari sebelah bukit sedang menuju ke mari untuk menyerang mekah adakah engkau percaya. Kata Abu Jahal dan kaumnya ‘tentulah aku percaya sebab engkau seorang nabi dan memang boleh dipercayai’ . Kata Nabi ‘Sesungguhnya aku telah diangkat/dijalankan/diterbangkan dari masjidil Haram ke Masjidil aqsa’ . Lalu Abu jahal Berteriak kepada Kaumnya…’Lihatlah wahai kaumku, Muhammad sedang membawa cerita karut, penipu dan tak masuk akal’.  Maka semua kaumnya tersebut pun menyorakkan Muhammad sebagai penipu dan membawa cerita dusta. Lalu Abu Jahal pergi berjumpa Abu Bakar dan menyampaikan apa yg Nabi Muhammad cerita. Kata Abu Bakar ‘Asalkan ceritanya dari Allah dan Rasullullah, mestilah aku percaya!’.

Di dalam cerita yang lain, ada seorang dari kaum tersebut datang kepada Rasulullah dan berkta. ‘Wahai Muhammad aku boleh percaya kata-katamu dengan satu syarat, Kau angkat sebelah kaki mu’. Rasulullah yang jujur mulia lurus bendul pun mengangkat sebelah kakinya. Orang itupun berkata lagi. Kemudian kau angkat sebelah lagi kakimu tanpa menurunkan sebelah kaki yang lagi satu. (angkat kedua-dua kakimu). Kata Rasulullah tentulah tidak boleh. Orang itu menjawab,  Kalau  mengangkat kedua2 kakipun kau tak boleh, macam mana kau boleh mengangkat badanmu dari sini ke Masjidil Aqsa. Muhamad berkata. Untuk mendapat penjelasannya kau pergilah bertanya kepada Umar. Maka orang itu pun datang ke rumah Saidina Umar dan  bertanya kepada Umar tentang perkara tersebut. Umar berkata, Nanti sekejap . Kemudian Umar keluar semula dengan membawa pedang dan memenggal leher orang itu. Kemudian datang seorang lagi dan bertanya kenapa Umar penggal kepala dia sedangkan dia hanya bertanya. Umar menjawab ‘Sedangkan Rasulullah  seorang Rasul yang terbukti kebenarannya pun dia tidak faham dan tidak percaya, apalagi aku’. Maka sebelum dia menyebarkan kekeliruan kepada umat Islam yang lain lebih  baik aku penggal kepalanya semoga dia sempat bertaubat sebelum mati.

Apabila seseorang itu ragu-ragu dengan Allah dan Rasul, maka Allah akan tambahkan lagi kekeliruannya dan keraguannya. Maka hendaklah kita yakin kepada Allah dan Rasul.
Antara kitab mashyur berkenaan Isra mikraj adalah kitab tulisan gabungan dua orang imam mashyur Assayuti & Ibnu Hajar.-FIQ SIRAH. Imam Assayuti berpesan,  semasa hendak minum air zam-zam niatlah dalam hati supaya Allah diberi ilmu seperti ilmu ulama’-ulama’ masyur (sebutkan nama ulama’)

Nabi Muhammad dibawa oleh Jibril ke perigi zam zam, dibelah dadanya dari halkum ke perut dan Rasulullah melihat sendiri hatinya dikeluarkan dan dicuci dengan air zam-zam  . Riwayat mashyur mengatakan Muhammad dibelah dadanya sebanyak 2 kali sepanjang hidupnya. Sekali semasa beliau kecil dan kedua ketika sebelum dibawa ke Israk Mikraj.

Nabi dibawa ke Isra’ Mikraj dengan kenderaan bernama Buraq disebut juga dengan perkataan barqun (kilat) dan bariaqah (putih). Besar sedikit dari keldai tetapi kecil sedikit dari kuda. Sedangkan malaikat jibril tanpa menaiki kenderaanpun boleh sampai dari langit ketujuh  ke bumi sederas niat. Bayangkan,  lagikan betapa lajunya kenderaan buraq. Buraq juga dicipta daripada cahaya sama seperti malaikat.

Apabila sampai ke Saidatul Muntaha, Malaikat Jibrail menyerupakan rupanya sebagaimana rupanya yang asli. Itulah kali kedua Muhammad melihat Jibril dalam bentuk asal. Kali pertama semasa di gua Hira’ membawa ayat surah iqra’. Sebelah kanan Jibrail mempunyai 600 sayap. Dan sebelah kiri ada 600 sayap. Kalau Jibrail melebarkan kedua-dua sayapnya maka tertutuplah langit. Kata Jibril kepada Muhammad, Israfil juga memiliki 600 sayap dikiri kanan seperti ku. Tetapi kalau aku melebarkan 120 sayapku ini, sama macam 1 sayap Israfil. Ada lagi malaikat yang memiliki 120 sayap macam Jibril dan Israfil iaitu 8 malaikat zabaniah yang menanggung Arash Allah. Jika Israfil melebarkan 120 sayapnya itu…sama seperti 1 sayap 8 malaikat  zabaniah tersebut.

Apabila Nabi untuk kali pertamanya melihat wajah Allah,  Nabi tergamam. Kelu lidah tidak tidak boleh berkata apa-apa. Nabi memohon kepada Allah ‘Ya Allah aku hendak memujimu tetapi tidak tahu pujian yang macm mana aku nak beri, kau ajarkanlah aku’…
Maka Allah mengajar Rasulullah memujinya….. ‘Attahiyya tul mubarakhatussolawatut toyyiba tulilla. Assalamu’alaika Ayyuhannabiyu warahmatullahi wabharakatuh. Assalamu’alaina wa’ala ibadillahissholihin..’iaitu lah bacaan di dalam tahyat solat kita.

Bayangkn betapa maha hebatnya kebesaran Allah.Justu janganlah kita suka cari pasal dengan kebenaran AlQur’an dan Hadis . Sesungguhnya ulamak itu pewaris nabi. Ulamak2 telah menyediakan kitab-kitab untuk memudahkan kita memahami kandungan Alqur’an dan hadis. Janganlah ada pihak yang memandai-mandai mengalahkan ulamak  mempertikaikan hadis itu dan hadis ini.
  





No comments:

Post a Comment