Uz Syukri Harun(Agen Pakej Umrah):- Nabi Isa berdo'a untuk menjadi umat Nabi Muhammad s a w.

Home    (Tinta Renungan)







Sekilas ingatan (memori) , sebahagian petikan dari kuliyah maghrib Surau Nurul Iman - Uz Syukri Harun (agen Pakej Umrah) – 14.03.2013 
2 Jamadil Awal 1434 H,  Khamis mlm Jumaat.

Nabi Isa telah berdo’a   kepada Allah untuk jadi umat Muhammad maka itu adalah antara sebab ia diturunkan menjelang kiamat.
Apabila sampai masa, apabila nabi Isa melakukan “sekali  hembusan”  nafas maka semua org kafir akan mati. Berhala-berhala akan hancur musnah. Pemegang kitab kristian semua  akan masuk islam.

Terkini – berita yang dipercayai Pope Bennedict 'resign' paderi kerana masuk islam. Terkini juga kisah paderi wanita dari Indonesia masuk Islam hanya kerana membaca dan merenung surah Al Ikhlas.

Pada ketika peristiwa kejadian menyalib,  Allah telah  serupakan salah seorang  dari kumpulan  Yahudi yang memburu Nabi Isa  sama sebagai rupa nabi Isa. Kemudian orang itu di bunuh oleh oleh Yahudi  dan Nabi  Isa diangkat ke langit. Pada  masa berlaku kematian tersebut, orang yg membunuh pun bingung adakah itu nabi Isa atau tidak . Semua  orang bingung. Kerana hakikatnya nabi Isa tidak mati.

Nabi Isa akan turun ke dunia dari langit ke 3 menjelang kiamat semata2 untuk memberitahu bahawa pegangan umat kristian selama ini adalah karut. Nabi Isa turun sebagai umat Muhammad dan bukan sebagai nabi terakhir kerana nabi Isa masih belum mati.  Pada satu ketika nanti akan  timbul persoalan siapakah yg akan memandikan nabi Isa ketika dia wafat. Timbul balik logika setengah pendapat bahawa nabi Khidir memang benar masih hidup. Dan nabi Khidirlah yg bakal memandikan nabi Isa. Pada masa kewafatan Rasulullah s a w , terdengar satu suara (iblis) mengatakan bahawa tidak perlu memandikan Rasullullah. Tetapi kemudian muncul lagi satu suara (nabi khidir) mengarahkan para sahabat supaya memandikan jasad Rasulullah. Di sebelah makam (kubur)  Rasulullah memang ada satu ruang yang lebih jauh jarak sebelum kubr para sahabat-sahabatnya. Maka ruangan itu  bakal di tanam jenazah nabi Isa kelak. Nabi Isa akan dikebumikan sebelah makam Rasulullah.

Selepas kewafatan nabi Isa  itu barulah   matahari akan terbit dari barat.

Adam adalah manusia yang  Allah jadikan tanpa ibu dan bapa. Hawa Allah jadikan dengan ada Adam (bapa) dan tiada ibu. Maryam Allah takdirkan melahirkan isa tanpa bapa. Sila rujuk surah Al ikhlas.
Allah jadikan Maryam tidak haid seumur hidup kerana Imran berdoa kepada Allah supaya anaknya akan jadi penjaga rumah ibadat (masjid) maka apabila ditakdirkan lahir bayi perempuan tetap juga Maryam anak imran menjadi penjaga masjid. Maha Suci Allah...Sungguh mudah bagi Allah menjadikan sesuatu.

Maryam melahirkan isa dalam penuh kesakitan. Bukan kesakitan fizikal tetapi kesakitan mental kerana bagaimana hendak menghadapi masyarakat sebab dia tidak pernah berkahwin dengan sesiapa tapi boleh  mengandungkan Isa.  Allah perintahkan bersabar dan menggoyang pohon kurma maka jatuh beberapa buah kurma dan dimakan Maryam lantas melahikrkan isa. Sejak itu pohon kurma ini apabila dimakan oleh ibu yang bakal melahirkan maka akan mudahlah ia melahirkan anak.

Sesungguhnya keluarga Yahudi itu adalah 12 sahaja.  Ia menjadi 13  kerana salah seorang keluarga bercampur dengan benih Yakjuj dan Makjuj maka sebab itu Yahudi bertukar dari kulit gelap kepada merah keputihan. Golongan ini beragama free mason  yg dipanggil Zionis.  Zionnis adalah keluarga yahudi yang paling jahat kerana Dajjal  lahir dari golongan ini.  Sumpah Yahudi adalah tidak akan membenarkan ahli keluarga mereka berkahwin dengan keluarga lain kecuali keluarga Yahudi dan Zoinis.  Itu punca cerita puteri Diana mati dibunuh kerana dia hendak berkahwin dengan Dody Alfayed keturunan arab yg dipercayai hendak memeluk  Islam.  Sesungguhnya orang kristian amat memusuhi Yahudi kecuali zionis kerana mereka dikira keturunan kacukan yahudi dan yakjuj makjuj.  Orang-Orang kristian amat baik dengan zionis hingga memberi dana keatas apa-apa sahaja kegiatan Zionis. Terdapat seorang penulis di barat yang membukukan kisah bagi mendedahkan kejahatan Zionis. Maka apabila mereka menjumpai buku itu dipasaran mereka akan membeli kesemua buku2 itu dan membakarnya. Ayatollah Khameini (Iran) adalah antara bekas pemimpin yang membantu/menyokong Zionis. Ini bermakna Syiah itu juga Zionis.

Dalam golongan Zionis ada tokoh bernama Rostchild yang amat kaya dengan menipu seluruh England mengatakan saham jatuh teruk kerana England kalah teruk berperang dengan Perancis padahal berita sebenar  adalah sebaliknya iaitu England kalahkan Perancis. Dia menangis seawal2 pagi di pintu pejabat bursa saham.  Maka semua org percaya dan terus menjual semua saham mereka  termasuk Rostchild pun jual sahamnya , maka Rostchild mengarahkan  proksi –proksinya membeli semua saham2  tersebut dan beliau menjadi kaya dan membuka sebuah bank. England bank. Dan di Malaysia ini pelaburan Rostchild adalah Mild Valley dan Lynas di Pahang. Buku berbahasa Malaysia kisah Rostchild ada terjual di pasaran dengan harga RM28.

Ada berita mengatakan kerajaan Malaysia telah meminjam kepada bank England milik Zionis ini untuk kegunaan bantuan BR1M500. (Berdo’a lah supaya berita ini tidak benar)walaupun sumber-sumber berita adalah amat kuat ke arah itu.

Adapun jumlah keseluruhan hutang- hutang kerajaan Malaysia ini mengikut kiraan hari ini ...jika di bahagi-bahagikan kepada setiap rakyat termasuk bayi-bayi yang belum lahir , maka setiap seorang  akan membayar RM13,000 . Bayangkan bayi ... keluar sahaja dari perut ibu sudah ditulis hutang RM13,000...maka jumlah hutang2 yg pemimpin sekarang buat akan dibayar oleh rakyat Malaysia.
 Antara cara yang paling mudah adalah dengan menaikkan kadar Insurans. Wallahu alam.


Bi'ru Kauthar Travel 
Umrah Ziarah
Video Kursus Umrah
Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis