Ringkasan
catatan
Tazkirah subuh Surau Nurul Iman AU3 Jln 15/56 KL
Tazkirah subuh Surau Nurul Iman AU3 Jln 15/56 KL
Uz Daud UPNM,
Ahad 8.2.2015 (18 R Akhir 1436H) :-
Surah Al Jumaah ayat 2:
" Dialah yang mengutus seorang Rasul kpd kaum yg buta huruf dalam kalangan
(bangsa) mereka sendiri, yang membacakan
kpd mereka ayat2Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kpd mereka Kitab
dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar2 dalm kesesatan yg
nyata"
Surah Attaubah ayat 23..
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapa2 dan saudara-saudara
kamu pemimpin2 kamu, jika mereka mengutaman kekafiran daripada keimanan.
Barangsiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka pemimpin2 kamu, maka mereka
itulah orang yang zalim"
Luasnya kasih sayang Allah..
Kenapa Allah berikan kita (hantar) seorang nabi seperti Nabi Muhammad?
Dia buta huruf..dia menyampaikan segala ayat2 Allah kpd kamu...
Guru dan penyampai yang sepatutnya adalah pandai dan bijak menulis tetapi
Rasullulullah s a w , Muhammad adalah
seorang yang buta huruf. Ada hikmahnya dan rahsianya.
Bijaksananya Allah mengutus orang yang betul sebagai rasul.
Rasulullah saw adalah seorang yang sangat terkenal dengan baik akhlak dan kuat
daya hafazan dan hafalan. Iman hanya boleh masuk kepada org yg baik akhlaknya.
Rasulullah saw dibedah hatinya oleh malaikat sebelum naik israk mikraj untuk
sempurnakan akhlak Rasulullah. Untuk upgrade/naik darjat akhlak Rasulullah
melalui iman dan islam.
Walaupun bersedekah dan infaq seluruh
isi mesjid tapi jika tidak beriman dan tidak beribadat di mesjid tidak
ada nilainya.
Di dunia : ada rasa muda dan tua.....tapi di syurga nikmat muda selama2nya.
Nikmat muda dan sihat di dunia hanya sementara..nikmat sihat di syurga kekal.
Nikmat lapang dunia sementara..nikmat waktu lapang di syurga kekal...kekal
bebas kemana-mana sahaja kecuali naik ke syurga tingkat/level atas....
Ada satu golongan yang boleh naik ke syurga tingkat atas iaitu
orang yang membetulkan saf dalam solat berjamaah. "Allah akan naikkan
darjat orang yang membetulkan saf" – Hadis.
Berhati2lah dgn ayat Allah tentang ," naikkan darjat"
Olahan satu cerita dari wassap telah menarik perhatian uz - kisah seorang
pembuat rumah yang akan bersara membuat rumah yang diminta majikan secara
sambil lewa . Rupa2nya rumah itu miliknya. Dia menyesal .
Itulah nanti yang berlaku kepada kita di dunia. Kita beribadat sambil
lewa sedangkan ibadat itu untuk habuan dan imbuhan kita di akhirat. Maka
binalah solat dan lakukanlah ibadat bersungguh2.
Hadis riwayat Attabrani : Ketika seseorang mengangkat takbiratul ihram ,
semua dosa2nya naik ke bahu dan kepala. Bila dia rukuk dan sujud, dosa-
dosa tersebut gugur. Oleh itu biarlah
lama sedikit ketika rukuk dan sujud. Semua perkara perlu duduk dalam majlis
ilmu. Kalau tidak rajin duduk dlm majlis ilmu mcm mana nak tahu...?
Segala keuzuran dan kesakitan yang Allah datangkan adalah untuk menolong
hambaNya menghapuskan dosa..Allah tambah 1 pahala dan padam 1 dosa.
Kasih sayang Allah kpd hambaNya tidak tergambar....
Dalam satu hari , 70 kali Allah buka pintu taubatNya kpd hambaNya.
Sebaiknya ketika kita sedar telah buat dosa, terus beristighfar, solat
sunat taubat dan mohon taubat..itulah taubat yg sepurna...
Allah akan berkata kpd malaikat " kamu lihatlah hambaKu bertaubat dan aku ampunkan walau
beberapa kali sehari."
Di syurga, apa sahaja yang kita hendak.. ambil sahaja, minta sahaja... niat
sahaja... terus buah datang dan kita petik sendiri dan dapat yg paling segar.
Untuk masuk syurga perlu kasih sayang dan redha Allah kpd hambaNya. Bukan
berkoyan2 dan bertimbun amal ibadat.
Kalau suami sudah redha kepada isteri, tidak perlu isteri buat kerja dan
layanan yang lebih2. Macam itu juga redha dan kasih syg Allah.
Maka buatlah amalan untuk kita sendiri sebaik2nya. Banyakkanlah selawat untuk
cantikkan taman di akhirat.
Amalan boleh bertambah dan boleh berkurang merudum terus. Sebab dalam diri kita
ada virus yang tidak boleh dibunuh iaitu nafsu. Tetapi ia boleh diatasi dengan
istiqmah.
Untuk buat amal ibadat biar sdikit tapi berterusan. Itulah cara nak buang
virus - hadis.
------ARG
Point Tazkirah Subuh Ahad – 9 Sept 2012 (22 Syawal
1433H) , Surau Nurul Iman AU3 – Uz Daud (UPNM):
1. Taqwa bermakna Taat perintah
Allah dan Jangan buat dosa . Jika ada kedua-duanya maka termasuklah seseorang
di dalam taqwa.
2. Eidul fitri bermakna kembali kepada
Fitrah (bersih seperti bayi yang baru lahir). Sebahagian besar masyarakat hanya
dapat ucapan Selamat Hari Raya sahaja. (tidak Eidul fitri)
3. Tanda hubungan kita dengan Allah
semakin renggang ialah apabila amalan baik kita semakin kurang.
4. Di dalam Al Qur’an terdapat penawar
kepada seluruh jenis penyakit di dunia ini. Kerana seluruh tubuh badan
kita sentiasa berzikir mengikut zikir tuan tubuh. Komponen tubuh
yang tiada zikir akan berpenyakit. Tetapi kita tidak tahu ayat
yangt manakah yang sesuai untuk penyakit di dalam tubuh kita. Oleh itu
Khatamlah Al Qur’an sebulan sekali. Sudah pasti akan sampai kepada ayat
penawar yang sesuai kepada penyakit yg kita hidapi…disamping pahala akhirat
(jika dibaca dengan ikhlas). Antara penyakit yang menghinggapi
ramai orang tanpa disedari adalah penyakit gila (sakit jiwa).
5. Kaedah mudah untuk khatam Al Qur’an
dalam sebulan : bacalah sekurang-kurangnya 5 helai muka surat ayat Qur’an
setiap kali lepas solat, 2 helai setiap waktu. Tokok tambah lah sekiranya
ada waktu2 yang kita tertinggal melakukannya.
6. Puasa 6 : - Sebenarnya lebih banyak
dalil mengatakan bahawa niat puasa qada’ tidak sah di himpunkan dengan niat
puasa sunat 6. Utamakanlah puasa qada’ terlebih dahulu. Insyaallah kita
akan dapat juga pahala puasa 6. Begitulah yang sebenarnya.
7. Kaum wanita adalah tidak diberatkan
untuk puasa 6 atau amalan sunat. Ibadat sebenar bagi seorang wanita yang
bersuami adalah “ keizinan suaminya”. apa sahaja permintaan dan suruhan suami
(kecuali melakukan maksiat dan dosa-dosa) merupakan ibadah bagi wanita yang
wajib dipenuhi. Amalan wajib termasuk puasa Qada’ tidak perlu keizinan suami
tetapi maklumkanlah kepada suami. (Suami perlu faham 100% bagaimana
beratnya tanggungjawab sebagai suami & lelaki)
8. Antara hujah-hujah Iblis yang
patut kita jauhkan :
i) hujah awal:
“bukankah kejadian ku lebih mulia daripada Adam, mengapa mesti
aku sujud kepadanya?”
ii) hujah semasa
memujuk Adam -“Sebenarnya Allah tidak mahu kamu menjadi
malaikat
yang kekal di dalam syurga, kerana itu Allah melarang kamu memakan
buah
tersebut”
iii) hujah yang selalu kita amalkan : “
Mengapa mesti aku ikut nasihat kamu
sedangkan kamu sendiri tidak betul”
iv) "Sudahkan kamu perbaiki diri
kamu sendiri sebelum kamu hendak menasihati
aku?
Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus."
Maka walau siapapun yang menasihati atau
menyampaikan ilmu yang benar kepada
kita, marilah kita sama-sama manfaatkannya dan
muhasabah diri.
9. Bertakwa lah kepada Allah dan sebarkan
ayat dan ajaran walau di mana tahap kita. Jika kita bertaqwa kepada
Allah, maka urusan dunia kita Allah akan urus. Jika kita sibuk dengan
urusan dunia, kita tidak akan dapat lebih dari apa yg Allah telah
tetapkan pada hari itu .(Ibarat pepatah- bekerjalah sekuat mana namun yang
secupak tidak akan jadi segantang jika tiada taat perintah Allah)
Kongsi Tazkirah pagi Ahad, 8 April 2012 ; 16 Jamadil Awal 1433.- Ustaz Daud – UPNM, Surau Nurul Iman , AU 3.
1.
Ibnu Abas, sepupu Rasulullah s.a.w.
yang rapat dan sama-sama membesar bersama Rasullullah...berasa sedih dan
menangis apabila mendengar Allah berfirman bahawa agama Islam telah sempurna.
Apabila Abu Bakar bertanya, kenapa
engkau bersedih? Bukankah kita patut
bergembira sebab agama kita telah diiktiraf dan disahkan oleh Allah sebagai sempurna. Kata Ibnu Abas, memang benar kita patut
bergembira, tetapi jika Allah telah berkata Agama telah sempurna, ini bermakna
Rasulullah tidak lama lagi akan wafat. Abu Bakar bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
tentang hal tersebut. Rasulullah berkata benar. Firman Allah
tersebut membawa berita gembira dan berita sedih. Rasulullah akan pergi kerana
tugasnya telah selesai dan sempurna. Apabila agama Islam telah sempurna, maka
tidak akan ada ayat –ayat yang akan turun lagi. Dan tidak akan ada nabi yang
akan lahir lagi. Sesiapa sahaja yang masuk kepada Islam selepas itu maka Allah
akan menerima Islamnya dan sah agamanya dan dijamin masuk syurga selagi mana ia
tidak terkeluar dari Islamnya (mengikut seluruhnya panduan dari Al Qur’an).
2.
Jika ada
sahabat2 Rasulullah yang belum pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan bermimpi bertemu dengannya, maka Ibnu Abas
lah orang yang paling tahu akan cirr-ciri Rasullullah. Dewasa ini, untuk kita mengetahui gambaran ciri-ciri Rasullullah
yang sebenar, belilah kitab Syamail Rasullullah
yang terdapat di kedai2 buku termasuk
kedai buku ‘Popular’. Kita jangan mudah keliru. Memang benar Iblis tidak boleh menyerupai Rasulullah di
mana-mana termasuk di dalam mimpi, TETAPI Iblis boleh mengaku sebagai
Rasullullah dan sebagai Tuhan. Maka pastikan kita dapat lihat ciri-ciri
Rasulullah yang sebenar di dalam mimpi. wallahualam.
3.
Apabila kita mendengar nasihat orang-orang seperti doktor, guru-guru,jiran-jiran,
sahabat-sahabat bagaimana untuk menjadi
sihat; contohnya seperti berjogging, jaga
pemakanan, beriadah dan sebagainya, kita
akan terus yakin dan percaya dan terus amalkan. Tetapi kita sepatutnya lebih yakin dengan kata-kata dan
nasihat dari Allah. Firman Allah, kalau kamu nak sihat, kamu bacalah Al’Qur’an.
Maka yakinlah bahawa dengan membaca Al
Qur’an kita akan terjamin sihat kecuali mati. Jangan risau jika kita tidak
cukup ilmu untuk baca al Qur’an seperti takut berdosa kalau salah baca atau
sebagainya. Kita bacalah dengan kemampuan yang ada disamping berusaha untuk
memperbaiki bacaan kita dengan terus belajar. Kalau semua orang takut membaca
al Qur’an kerana takut berdosa jika salah baca...maka tidak adalah orang yang
akan membaca Al Qur’an. Sedangkan guru
Al Qur’ an pun kadang-kadang tidak boleh lari dari tersalah baca Al’Qur’an.
4.
Selalulah
duduk di dalam majlis ilmu, kerana orang yang duduk di dalam majlis ilmu, akan
dinaungi oleh malaikat dengan sayap-sayapnya.
5.
Kata Abdullah bin Auf : Barangsiapa yang hendakkan
dunia, maka carilah akhirat, barang siapa hendakkan hubungan baik dengan
manusia, jagalah hubungan baik dengan Allah. Bagaimana nak jaga hubungan baik
dengan Allah, maka buatlah amalan-amalan yang terbaik. Solat itu adalah amalan
yang terbaik tetapi yang terbaik lagi adalah solat berjamaah di masjid atau
surau. Membaca Al Qur’an itu baik, berzikir , bersedekah dan sebagainya itu baik....tetapi yang terbaik itu buatlah
secara berkekalan , konsisten setiap hari, setiap waktu kerana waktu kita didunia ini amatlah terhad.
6.
Antara tanda kita menyayangi ayah, ibu, anak , isteri dan
suami adalah dengan memberi hadiah kepada mereka.....TETAPI sebaik-baik hadiah
adalah do’a. Barangsiapa yang tidak
mendo’akan ibu-bapa mereka , bukan lah terdiri dari anak-anak yang soleh.
No comments:
Post a Comment