HOME
HOME
Secalit Renungan:
24.1.2015 Surau Nurul Iman AU3. Uz Shaharul:-
semoga kita dpt melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dgn spnuhnya. Sabda nabi, - yg nak dibawa ke akhirat hanyalah ibadat kita. ramai yang berilmu dan bercakap pasal agama hebat tapi amal ibadatnya brecelaru.
Fardhu kifayah- jika dibuat dpt pahala, kalau tak buat rugi. jika semua orang tidak buat maka berdosalah semuanya di dalam kariah/kawasan tersebut.
Ramai yg sambut maulidurasul dgn hebat tetapi bila org hina nabi, kita senyap tak buat apa-apapun.
Yang memuliakan kita di akhirat adalah amalan-amalan yang sunat. Bilal bin Rabah telah kedengaran tapak kakinya di syurga (ketika israk mikraj) hanya kerana amalan tambahannya iaitu azan, kemudian solat sunat 2 rakaat dan beliau tidak tinggal wuduk.
Seorang sahabat datang ke rumah Saidina Umar untuk mengadu tentang isterinya yangg kuat berleter, rupa-rupanya Saidina Umar pun sedang dileteri juga oleh isterinya.
-----------------------------------------------------------
Catatan ringkas 31.1.2015-Tazkirah Subuh Surau Nurul Iman AU3 KL: Uz Ramli...
Sabda nabi , solat sunat subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan isi-isinya. Di situlah ada reda Allah. Bila Allah redha kita maka di situlah kebaikan yang melebihi segala2nya. Kita start injin tiap2 pagi pergi kerja, dapat banyak itu juga sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Sepatutnya solat 2 rakaat ssbelu subuh itu yangg kita kejar dan rebut dulu diikuti dengan solat subuh berjamaah.
Allah sembunyikan redaNya dalam ketaatan hambaNya. Banyak habuan dari Allah kepada kita tapi kita tak perasan dan lupa hasil dari redha Allah.
Fadhilat kita solat sunat, sedekah, bantu mangsa banjir , berjihad, berdakwah dan seumpamanya telah kita perolehi tanpa kita sedar. Kita dapat rasakan kalau kita perhalusi dan berfikir.
Ada seorang budak sampai 5 kali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan membantu mangsa banjir. Dia seorang yang rajin bekerja, rajin beribadat maka Allah kurniakan kepadanya jiwa yang kasih dan sayang kepada manusia serta kuat beribadat.
Dari satu segi, Allah bukan sahaja menguji mangsa banjir, mangsa perang palestin tetapi Allah uji manusia lain yang tidak terlibat. Adakah mereka prihatin, adakah mereka insaf, ingat dan menghulurkan bantuan seikhlasnya. Maka redha Allah akan turun kepada orang yang baik.
Sihir - Zikir dan solat adalah pelindung juga dari sihir. Jagalah kualiti solat. Solatlah secara berjamaah. Telah berlaku kejadian benar apabila seseorang mengadu kepada ustaz , gelas yang dipegang untuk minum pecah tiba-tiba. Ini menandakan terdapat sihir di dalam minuman itu dan amalan zikir dan solatnya telah melindunginya dari terkena sihir dari minuman tersebut.
Maka orang2 yang meninggalkan ibadat hidup mereka adalah sebaliknya –di timpa kerugian dan kesusahan.
Maka bersungguh2lah beramal ibadat walau dengan memberi salam dan bertegur sapa.
Kisah benar, seorang insan yang kerap memberi salam kepada seorang uz (uz isa) walaupun orang tersebut dgn berseluar pendek sambil cuci kereta , akhirnya pada satu hari dia datang ke mesjid hingga menjadi orang kuat mesjid berkat amal baiknya memberi salam.
Jagalah setiap amal baik kita baik sekecil2nya hingga sebesar2nya kerana habuan Allah akan datang dalam hidup kita.
-------------------------------------------------------------
HOME
Secalit Renungan:
Akhlak terbahagi kepada dua :
Mazmumah iaitu akhlak yg buruk.
Mahmudah adalah yg terpuji.
Kata Rasulullah manusia masuk syurga kerana takwa yg tinggi dan akhlak yg mulia.
Ujub adalah sifat bangga diri kerana melakukan ibadah, rasa banyak berjasa dan sebagainya.
Kata Abdullah bin Masud, keselamatan tu ada 2 pekara:
1. takwa iaitu takut lantas melakukan suruhan Allah dan jauhkan laranganNya.
2. Niat. Niat ikhlas kerana Allah. Kalau mati berjihad kerana rasa dia perwira maka masuk neraka.
Binasa juga ada 2 pekara:
1.Putus harapan dengan rahmat Allah.
2.Ujub, sombong diri. Rendah diriadalah lbh baik daripada ibadat kamu 70 tahun kata malaikat kpd ahli ibadat di zaman Bani Israel. Umar khatab berkata kesempurnaan taubatmu apabila kamu sentiasa ingat dosa-dosa yg kamu lakukan. Dosa2 boleh buat kita berat untk melakukan amalan ibadat. Kisah Imam syafie, hanya terpandang betis wanita yang teselak, talah hilang satu fadilat ibdatnya. Kata Umar sempurna ibadat kerana terhndar dari ujub. Umar ab Aziz cicit kepada Umar ibnu Khattab khalifah ke 8, semasa beliau bepidato tiba-tiba timbul rasa bangga diri, dia sedar dan terus berhenti dari berpidato.
….. Ahad 20.9.2014 Uz Drs Rejab Selamat . Tazkirah Subuh-Surau Nurul Iman.
Titian sirat dibentang di atas neraka. Allah selamatkan org yg betaqwa melintasinya. Bukan sahaja betakwa tetapi perelokkan mata pencarian kamu (mencari rezeki yg halal). Kalau kita betakwa tapi tidak cari rezeki tidak bemakna. Kata imam syafie, baginda Rasulullah s a w besabda:
“Kalau hendak kebaikan dunia akhrat kena buat 5 pekara:-
1 Lapangkan hati dan pekayakan hati
2.Bepakaian dgn pakaian ketakwaan iaitu mengikut syariat. Kalau bepakaian tapi niat menunjuk & sombong bedosa.
3. Kita mesti berusaha tidak menyakitkan hati manusia. Satu hari nabi menyampaikan kuliah di masjid tiba-tiba dia berkata “Sekejap lagi ada seorang sahabat akan masuk ke majlis ini dan dia ahli adalah syurga.” Kmdian masuklah Saad bin Abi Waqas. Saad adalah sahabat nabi paling muda berusia 17 tahun telah ikut nabi berdakwah. Dia temasuk 10 tokoh utama dalam Islam. Sahabat lain tanya kepada Saad, “ Apa amalan kamu. Kata Saad sama saja. Kemdian sahabat tanya lagi cuba kamu cari. Kemudian Saad berkata sepanjang hdup aku aku tidak penah menyakiti hati orang, tidak menjatuhkan aib dan maruah orang walaupun aku disakiti.”
4 & 5 - (nota hilang).
… Uz Fazlul Rahimi - Surau Nurul Iman Tazkirah subuh.19.9.2014 Selasa (Hari Malaysia)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Allah sempurnakan seseorang yg sabar. Maka hendaklah bersabar dgn ujian dan perintah Allah. Bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga.
Barangsiapa yg bersabar dgn perintah Allah, Allah beri 300 ganjaran.
Apakah puncanya tidak sabar, sebab tiada ilmu. Tiada duduk dalam majlis ilmu. Sabar dgn larangan Allah maka Allah akan beri 600 ganjaran.
Baragsiapa bersabar atas malapetaka, musibah Allah, rosak binasa tanaman, kerugian, kematian ibu bapa, orang-orang atau ahli tersayang, 900 ganjaran pahala di sisi Allah.
Di hadapan Allah di padang mashyar malaikat suruh bangkit golongan orang-orang sabar untuk terus ke syurga tanpa dihisab. Orang yang sabar kampungnya adalah di akhirat.
Kena ada ilmu.
Ilmu tauhid untk pecaya dgn Allah dan pekara ghaib,
Ilmu fekah...
Tasauf adalah ilmu untk didik hati. Tanda Allah kasih pada hambanya dia datangkan bala dan ujian tanpa ubat. Rasulullah jumpa sahabt wanita yg demam seminggu.
Kata nabi kpdanya sakit kamu itu ibarat seorang lelaki yg mengikis dosa kamu seperti mengikis karat besi dari besi. Sakit itu adalah kifarah.
….Uz Hairi -KAGAT - Ahad 7.9.2 14 Tazkirah Subuh Surau Nurul Iman.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ramadhan to palestin
Intipati tazkirah subuh surau nurul iman. Uz Mohd Nazri Mohd Nor - Perunding Aman Palestin. Ahad 15 Ramadhan 1435H (13.7.2014) "Palestin adalah tonggak utama/Pusat kekuatan Islam di bumi ini. Jika hancur Palestin bermakna hancurlah Islam." jiwa islam di negara2 lain amat lemah. Maka ambillah bahagian dalam jihad peperangan menentang yahudi kafir laknatullah ini dengan segala kemampuan, kekuatan, sumbangan wang ringgit, pakaian,makanan dan apa sahaja cara yang ada.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
HOME
Kuliah
Subuh , Ahad 16.12.2012 – Surau Nurul Iman
Imam
Mawardi telah menulis sebuah kitab kemudian menyimpan kitab tersebut dan
memberi wasiat kepada sahabatnya supaya jangan sebarkan kitabnya sebelum dia
mati. Pada waktu sakratulmautnya nanti Imam Mawardi meminta sahabatnya pegang
tangannya. Kalau di saat itu tangan sahabatnya digenggam erat maka bakarlah
kitab itu dan buang abunya ke laut. Jika tangannya tidak menggenggam erat
tangan sahabatnya tanda tidak kena azab, barulah tolong sebarkan kitabnya.
Begitulah antara cara ulama-ulama dahulu
menyebarkan kitab.
Ada 5 sebab
Allah terima atau tidak orang buat kenduri kawin. Hancur Nawaitu kalau nak
bertanding dengan orang lain. Jangan berlebih-lebihan. Jauhi maksiat dan
kemunkaran. Memenuhi Jemputan. - Dalam surah lail.
Turunnya kerana nuzul Alqur’an.
10 perkara
yang dianggap zalim oleh para sufi.Mencuri ; tipu daftar undi; Tengok kita ni
zalim atau tidak kepada Allah. Kalau bolehbaca Alqur’an tetapi takbaca zalim.
Jiran tidur dengan kelaparan tetapi kita tidur dengan kekenyangan. Tidak pernah
ambil tahu tentang jiran kita.
Siapa yang
memberi habuan dengan takwa kepada Allah maka dia akan mendapatkeindahan dunia
dan akhirat.
Kita zalim
kalau hanya berdo’a untuk diri dan anak-anak sahaja tanpa mendo’akan saudara
islam yang lain terutamanya yang teraniaya di pelestin, gaza dan sebagainya.
Kuliah
Subuh 2 .12.2012 7.14 am Surau Nurul Iman
Uz Fadzil
Noor – Kedah:
Rampaian nasihat:
Hari Kiamat
merupakan rukun Iman yang ke 5 yang kita wajib percaya tanpa ragu-ragu.Terdapat
tanda-tanda kubra (besar) dan tanda-tanda suro (kecil). Tanda Kubra apabila
matahari terbit dari barat. Pada masa
itu pintu taubat ditutup.
Orang-orang
yang jahat dan zalim pada zaman dahulu telah diberi umur yang panjang oleh
Allah kerana Allah memberi mereka masa untuk bertaubat. Tetapi manakala tiba
saat Allah timpakan bala kepada mereka walau menangis taubat mengalir air mata darah
sekalipun Allah tidak akan terima.
3 perkara
yang tiada ubatnya iaitu tua, mati dan malas.
Diakhir zaman
ulama akan mati satu demi satu.
Doa nabi
Ibrahim kepada ayahnya yang sembah berhala ada di dalam surah syura.
Kalau
semasa muda kita istiqamah beribadat, bila tua tidak berupaya seperti kena
stroke maka Allah akan beri pahala bonus.
Ada ulama kata Imam Mahadi dah ada sekarang
dan umur di dalam 8 tahun di Mekah.
JabatanKemajuan
islam buat kajian 20 peratus uat islamn di Malaysia ini solat di Masjid dan
surau.
Jagala
anak-anak kamu. Anak boleh menyenangkan kamu dan dia boleh menyusahkan kamu.
Suruh anak kamu solat ketika berusia 7
tahun, rotan jika mencapai umur 10 tahun. Kalau telah baligh masih tidak mahu
bersolat usirlah keluar dari rumah. Asingkan tempat tidur untuk anak-anak
lelaki dan perempuan ketika berusia 12 tahun ke atas.
Surah Toha
ayat 1-5 ayat melembutkan hati orang. Tiup ketika tidur. Walau duduk jauh-jauh
pun boleh baca dan tiup.
Amalan
orang-orang dahulu hebat sebab keyakinan mereka kuat kepada ilmu dan Allah.
Petua kalau
tak dapat anak, ketika suami tidur cukur janggut kemudian bermain-main dengan
janggut itu.
HOME
Kalau kita dapat melakukan kelima-lima perkara di atas maka hati kita berada di tahap Mutmainah. Di hari Akhirat Allah akan redha kepadanya dan Allah jemput untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki dan suka. InsyaAllah mudah-mudahan dapat memberi manfaat.
HOME
HOME
Ahad : 29 Julai 2012 – 9 Ramadhan 1413 H, Kuliah Subuh Surau Nurul
Iman A/U 3
Uz. Hambari Nurul
Salam (Indonesia) – Pelajar Sarjana UIA Gombak.
Tanda
orang-orang yang benar-benar beriman
ialah apabila ia menjaga solat subuh dan Isyak secara berjamaah.
Ia akan datang walaupun terpaksa
merangkak.
Setiap apa
yang dikurniakan kepada kita dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan
ditanya di akhirat kelak, iaitu di hari yang tiada penolong kepada kita selain amalan-amalan kita didunia ini sebagai
penolongnya. Mulut kita akan dikunci kerana mulut boleh menipu. Setiap tubuh
badan akan dapat berbicara dan jadi saksi tentang apa-apa sahaja yang
dilakukan.
Hati
merupakan enjin kepada tubuh badan kita .apabila elok enjin maka eloklah
kenderaan. Apabila elok hati maka elok
jugalah tubuh badan kita. Bersihkanlah hati dengan zikir, istighfar dan amalan2
soleh. Barulah boleh datang iman dan takwa.
Menurut
ulama’, hati terbahagi kepada 3:
Hati yang hidup – Hati yang sihat iaitu orang yang berbuat amalan soleh
dan menjaga dirinya dari perbuatan dosa dan maksiat.
Hati yang sakit – iaitu peringkat majoriti di kalangan manusia iaitu
orang-orang yang melakukan amalan soleh
tetapi masih juga melakukan perbuatan dosa, maksiat , jenayah dan kezaliman . Orang-orang ini adalah orang yang
rugi kerana apabila di akhirat, segala pahalamya- pahalanya akan dimakan oleh
dosa-dosanya sehingga dosanya melebihi amalan pahala. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam neraka.
Hati yang mati – iaitu orang-orang kafir dan munafiq, orang-orang yang
telah disampaikan ajaran Alqur’an dan Islam kepadanya tetapi ia menolak dan mempersendakan Al Qur’an. Orang-orang ini kekal di dalam neraka.
Penawar
kepada hati yang sakit adalah:
1. Membaca al’ Qur’an dan
amalkan ajarannya. Fahamkan maknanya.
Jika tidak tahu bahasa arab maka baca terjemahan dan tafsirannya dan amalkan.
2. Banyakkan bangun malam
untuk solat tahajjud dan istighfar.
Sekurang-kurangnya lakukan solat tahajjud 2 rakaat kKerana hanya orang-orang
yang ikhlas akan sanggup bangun sepertiga malam.
3. Berpuasa sunat
lebih-lebih lagi puasa yang wajib.
4. Berkumpul dengan
orang-orang yang soleh iaitu apabila
kita dekat dengannya kita teringat untuk melakukan ibadat, membuat perkara-perkara
baik. Dalam ertikata lain apabila kita hampirinya atau dekat dengannya. Kita
teringat Allah.
5.
Bersedekah atau infaq. Harta yang betul dan harta yang
bermakna adalah harta yang dinfaqkan. Orang yang bersedekah kerana Allah adalah
yang memiliki hati yang baik. Apabila
kita berpendapatan RM2000 sebulan. Kita infaq/sedekah sebahagian gaji kita
sebanyak rm100. Maka yang tinggal adalah RM100 kerana baki sebanyak RM1900 itu
akan habis dan tidak memberi manfaat kecuali akan ditanya di akhirat kelak ke
mana kita belanjakannya.
Kalau kita dapat melakukan kelima-lima perkara di atas maka hati kita berada di tahap Mutmainah. Di hari Akhirat Allah akan redha kepadanya dan Allah jemput untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki dan suka. InsyaAllah mudah-mudahan dapat memberi manfaat.
Bismillahirrahmanirrahim
Kuliah subuh dari surau –
Ahad 17.01.2010
Dosa yang paling Allah
percepatkan balasannya ialah dosa kepada Ibu bapa. Dosa yg Allah paling
lewatkan balasannya ialah dosa Syirik.
Manakala terpercik sahaja rasa
kecil hati ibu bapa kita terhadap kita, maka berdosalah kita.
Al Qamah ialah seorang
sahabat Rasulullah s a w yang kuat solat berjamaah, puasa, zakat dan
bersedekah. Semasa sakratul maut beliau
alami siksaan yg amat dashyat, tidak boleh mengucap, nyawanya tersekat
dihalkum…tidak boleh keluar.
Selepas diadukan kepada
Rasulullah s a w., perkara pertama yg ditanya baginda ialah…’Dimanakah
ibunya?’…..Sama ada panggil ibunya itu kepadaku atau aku yg berjumpa dengan dengannya. Oleh kerana Ibu Al Qamah berhemah tinggi dan
beradab, walaupun terkedek2 bertongkat..beliau sendiri datang kepada
Rasullullah.
Rasulullah bertanya kepada
ibu Al Qamah apakah yg dilakukan oleh Alqamah (anaknya) itu sepanjang hidupnya.
Ibunya berkata Al Qamah seorang anak yang baik, kuat solat, rajin berjamaah,
kuat puasa , zakat, dan suka bersedekah..Mana boleh beliau itu berdosa…
Sabda Rasullullah….mana
mungkin. Lantas Rasulullah arahkan para sahabat mengumpulkan kayu2 untuk
membakar Alqamah ..daripada membiarkan beliau tersiksa menanggung sakratul
maut. Ibu Alqamah merayu supaya jangan dibakar. Lantas Rasulullah..mendesak
semula ibu AlQamah supaya mengingat-ingat baik2 semula apakah kesilapan Alqamah
semasa hidupnya….
Maka tiba2 Ibu Al Qamah
teringat….Oh Rasullullah…mungkin
ada satu kali aku ada sedikit terasa hati iaitu apabila anak ku itu telah melebihkan isterinya daripada
aku…jika itulah wahai Rasululllah dosanya pada ku…maka aku ampunkan dia…
Rasulullah s a w minta
sahabatnya menyiasat kembali keadaan Al Qamah….maka dilaporkan Al Qamah telah
dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan mati dengan sempurna.
Ketika diperkuburan Al Qamah
Rasulullah s a w telah memberi kuthbah/talkin/tazkirah….
“Barangsiapa telah
melebihkan isterinya daripada ibubapanya..maka Allah melaknatinya”
Saya difahamkan bahawa hadis
ini adalah hadis Qudsi. Hadis Qudsi
adalah hadis yang paling kuat…selepas Al
Qur’an.
Tuan/Puan yg
dihormati....saban hari kita lihat para ulamak-ulamak dan ustaz2 kita kembali ke
rahmatullah...semakin berkurangan ulamak2 muktabar berkaliber yg
tinggal...manakala yg tinggal pula mengidap banyak penyakit2 yg kita tidak
tahu... apa kata jika kita sama-sama korbankan 2.5 % kepentingan kita
(pendapatan kita) ..kita asingkannya dan beri peruntukan kepada murid-murid
yang hendak melanjutkan /mendalami pengajian Agama ke luar negara (ke Yaman
contohnya) tetapi kurang berkemampuan..supaya mereka ini kelak dapat membimbing
anak2 cucu kita menjadi warga Islam yang kuat yang dibimbing dan diasuh sejak
dari dalam perut ibunya lagi.
Seorang Yahudi yang menjadi
master mind dalam memesongkan agama islam di Indonesia (dengan menjadi ulamak)
mendapati negeri yg paling lambat berjaya dipesongkan ialah Aceh. Kerana di
sana para ibu mendodoi anak mereka di dalam buai dengan zikir2 dan lagu2 yg
berbentuk perjuangan Islam. Wallahu alam.
Sekian buat kali ini yg
sempat dikongsi...semoga sama2 direnungkan dan dipanjagkan..semoga kita sama2
mendapat rahmat. Amin.
HOME
lagi ..........
Petikan
Tazkirah ustaz yang lain.: 28 April 2012 Sabtu.
Di
dalam banyak-banyak rasul, Nabi Isa adalah rasul yang paling sekejap menjadi
Rasul iaitu selama 3 tahun dan punyai pengikut yang paling sedikit. Baginda di angkat
kelangit dan akan turun semula menjelang kiamat di Damaskas dengan memakai
pakaian merah dan kuning dengan menunggang sayap malaikat. Ada Ustaz yang
menjelaskan Nabi Isa akan turun dengan
memakai pakaian daripada Zafran(merah kekuningan) . Ada seorang anak murid nabi
Isa yang berpaling tadah iaitu Ishak Lord atau Yahuda. Kemudian agama Nasrani
adalah nama yang diberi oleh 2 orang bekas anak murid nabi isa yang melihat
kononnya Nabi Isa terbunuh sedangkan yang terbunuh adalah Ishak Lord yang
diserupakan Allah seperti wajah nabi Isa. Kisah ini digali oleh dari kitab
Karangan Ulama terkemuka Indonesia – HAMKA.
Orang-orang islam dibenarkan memakan
daging sembelihan kafir ahli-ahli kitab yahudi atau nasrani yang berketurunan
nabi Yaakub dengan syarat seseorang muslim itu tinggal bersama-sama kelompok
besar golongan tersebut
alhamdulillah..sgt2 bermanfaat drp tazkirah yg disampaikan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tazkirah ni bolehlah saya guna kalau-kalau terpilih utk buat tazkirah spontan d asrama nanti. hehehe =)
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan puan.
ReplyDelete