Uz Rosmadi: Cara menghindari kepapaan, tanda mendapat pahala dan kisah ringkas




                                               Home 


Tazkirah subuh Surau Nurul Iman Keramat Wangsa
UZ ROSMADI PERLIS 6.6.2015 SABTU

Duduklah sebentar dgn org2 soleh. Amat besar fadhilatnya.

Solatlah  sunat dua rakaat dgn  penuh kushyuk. Seblum solat fardhu tengoklah amalan sebelum solat.
Kalau boleh sediakanlah diri yang kusyuk sbebelum  solat subuh .  Mendengar Azan, solat sunat subuh selepas azan. Berdoalah antara azan dan iqamah kerana ketika itu adalah saat doa yg paling Allah makbulkan. Kalau kita tidak mampu berdo’a di hadapan kaabah masa tersebut adalah sebagai gantinya.. Kemdian qamat. Doa qamat...baru lah  dpt solat yg kusyuk. Dapat halalan toiyyiban. Hidup berkat dan tenang.

Kalau jiwa tak tenang pengurusan hajipun jadi tak amanah ...berbilion ringgit hilang.

Kalau jumpa org yg tak amanah  buat jahat kpd org ramai kita tumbuk muka dia....dapat pahala


Jiwa tidak tenang:

1. Lelaki yg solat bersendirian.

Org yg solat sendirian setelah mendgr azan.
Solat sah tapi tidak mendapat pahala. Bila dgr azan di radio tv hp bekumpullah ahli keluarga dirumah untuk solat jemaah.

Walau kita imam masjid belum tentu tenang dan di terima solat kalau tidak kusyuk. Solatlah berjemaah walau dirumah.


2. Orang tidak nak byr zakat. Dan niat tak nak byr zakat. Jiwanya tak tenang.

Tanam mempelm harum.manis kena zakat. Tunaikan hak baru jiwa tenang
653 kg kena zakat 10%.Barulah tak kena curi dan rompak. Kalau org curi pelam harum manis maknanya org tu miskin. Kalau.tak miskin tak curi pelam

Org  Perlis kini  dah tak tanam padi. Tanam pelam harum manis sbb lg untung dan lg tahan lama pokoknya.

Kalau kita tunaikan hak allah allah akn jaga hak kita. Maka peliharalah hak allah.

40 ekor kambing zakatnya 1 ekor

3 Org tak tenang  bila dia berzina
4  Org tak tenang  bila dia melakukan riba

Kalau ikut kaedah imam Ghazalii -  zuhudlah pada dunia. Penghalang pahala 1dunia 2 manusia.


                                               Home 




7.12.2013 - Sabtu: (Dari kitab Tanbighul Ghafilin). Siksaan-siksaan yang Allah turunkan terhadap  orang yang melakukan kesalahan di muka bumi. Azab bagi orang-orang yang meninggalkan solat dan meringan-ringankan solat itu terbahagi kepada 3 kategori siksaan.: Enam (6) siksaan semasa di dunia (telah dihurai di sesi tazkirah lain), 3 siksaan sewaktu hendak mati (telah dihurai di sesi tazkirah lain) ,  dan 3 siksaan ketika bertemu dengan Tuhannya. 

Tiga siksaan ketika bertemu dengan Tuhannya:

1). Disediakan malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta untuk diikat tangannya. Rantai itu akan dimasukkan ke dalam lehernya melalui mulutnya terus ke dubur sebagai hukuman. Jika rantai itu jatuh ke muka bumi maka hancurlah bumi. Hebatnya siksaan di akhirat berbanding dunia. Siksaan kepada orang yang menentang Allah, Allah kirimkan sekawanan burung Ababil untuk mengambil cebisan batu dari neraka "Sijjil" untuk lempar ke tentera Abrahah yang hendak menyerang dan memusnahkan Kaabah , sehingga berlubang-lubang tubuh mereka dan gajah-gajah mereka seperti berlubangnya daun dimakan ulat.

2) Tidak ditelek oleh Allah dengan Rahmat ke atasnya.

3) Tidak dipandang oleh Allah oleh pandangan Rahmat. Siksaan kepada orang-orang yang meringan-ringankan solat di akhirat terlalu panas. Tiada siapa akan beri syafaat.

" Cerita semasa di negeri Pahang kini ialah kes banjir yang melibatkan 34 ribu mangsa. Apabila kita melihat kepada sesuatu perkara haruslah dikaji baik buruknya. Di kala itu susah hendak makan dan minum. Pihak-pihak yang paling banyak membantu ialah NGO-NGO sementara menanti bantuan rasmi dari pihak kerajaan. Api tidak ada dan air juga tidak ada. Air basuhan juga tidak ada. Kemudian ada kes anak dan ayah yang menaiki bot kemudian terbalik ditemui mayat mereka  setelah dua (2) hari.  Lihat juga kes jambatan runtuh di Terengganu. Negeri manakah yang melarang tazkirah dijalankan di bulan Ramadhan?..Itulah tandanya Allah tegur. Kalau Allah sudah tegur maka semua pihak akan kena. Kalau Ustaz yang tegur, rasa sakit hati dan merana hanya sekejap sahaja..Maka teguran itu maknaya supaya kesalahan itu diperbaiki dan dibetulkan. Kalau Allah hendak tegur rakyat negeri Pahang maka anak-anak kecil, bayi termasuk orang-orang tua semua kena akibatnya. Jadi berhati-hatilah jangan sampai Allah tegur."

"Cerita seorang menteri besar Perlis cakap besar mengatakan bahawa negeri Perlis tidak pernah banjir sebab salirannya adalah yang terbaik.... Kemudian cukup dua (2) bulan satu negeri habis dilanda banjir teruk. Walaupun kita ini tidak cukup harta tetapi berhati-hatilah jangan sampai Allah tegur. Walaupun demikian terdapat juga kebaikan kepada peristiwa banjir iaitu peluang untuk orang-orang mendapat pahala dengan memberi sedekah dan bantuan berupa wang tunai dan juga pakaian. Jika tiada harta untuk disedekahkan, cukuplah dengan mendo'akan kebaikan untuk mereka."

"Baik  mengikut langkah negeri Johor yang memberi cuti pada hari Jumaat untuk memudahkan rakyat membuat persediaan mencari pahala Jumaat".

" Barang siapa solat sunat dua (2) rakaat sebelum azan subuh maka Allah beri kebaikan kepadanya lebih dari dunia dan isi-isinya. Cubalah usaha melakukannya. Hanya 5 minit. Kemudian ambillah Qur'an dan bacalah surah Al Imran ayat 190-200. Maka kamu akan duduk di bawah naungan Rahmat Allah - Hadis Nabi." 

"Maknanya kalau kita hendak melakukan kebaikan tiada halangan. Kita ada halangan untuk melakukan kebaikan kerana kita tidak jaga hubungan kita dengan Allah. Kemudian Allah tidak akan memberi peluang untuk orang melakukan kejahatan kepada kita. Itulah dua (2) kebaikan kalau kita melakukan solat sunat tahajjud dan disambung dengan membaca surah Al Imran tersebut."

"Sebutlah "Allah". Bukan sebut "Nya". Ustaz ada seorang anak murid yang belajar dari usia 13 tahun sehingga berumur 23 tahun. Dia seorang yang amat lurus. Allah beri dia rezeki dengan mengurniakannya seorang isteri seorang profesor di UNIMAS. Ayahnya pula seorang YB di Perlis."

"Menteri Brunei hendak mengamalkan hudud, seorang menteri Cina kata syaratnya beri kami buka kedai arak. Jawab menteri Brunei bukan kami tidak mahu beri tetapi jika datang hukum Allah nanti semua akan kena termasuk aku dan kamu sekali. Maka jawab menteri cina tersebut ..'tidak mengapa teruskanlah hudud dan tidak perlu buka kedai arak' kerana takut dengan azab Allah."




5 Okt 2013 - Allah mengutus Nabi Muhammad s a w untuk membawa berita buruk dan baik supaya dapat mendidik manusia ke arah iman.

Siksaan terhadap orang-orang yang meninggalkan solat (Dari kitab Tanbighul Ghafilin). Orang-orang yang meninggalkan solat atau meringan-ringankan solat akan mendapat 15 siksaan : 6 siksaan semasa hidupnya, 3 siksaan semasa hendak mati, 3 siksaan semasa di dalam kubur dan 3 siksaan semasa di akhirat. 

Hari ini dibincangkan 6 siksaan di dunia. Siksaan didunia yang pertama (1) : Orang yang meringankan solat dengan bacaan Fatihah dan tahhiyyat yang tidak tepat serta lain-lainnya lantaran tidak mahu mengaji ialah Allah akan cabut keberkatan di dalam hidupnya. Maknanya hidupnya mudah melakukan dosa. Hidup dipenuhi dosa. Kita wajib belajar memperbaiki bacaan solat kita. Sekurang-kurangnya belilah CD bab kuliah dan kaedah mengaji , pasang dan dengarlah di dalam kenderaan. Kita tidak ada masa untuk mengaji dan berguru. Sedangkan ustaz-ustaz pula lebih sibuk dan ketat jadual waktu mereka. Tidur pukul 2 pagi dan bangun pukul 5 pagi untuk memenuhi jadual-jadual program yang telah dijanjikan. Jangan biarkan hidup kita diburu dosa lantaran kelalaian kita meringan-ringankan solat.

Kemudian bayangkan.... dosa meminum arak sahaja  akan menyebabkan 7 hari amalan ibadat kita  Allah tidak terima dan 40 hari kebajikan tidak diterima. Amalan Ibadat itu maknanya seperti Solat Puasa Zakat dan Haji, . Manakala perbuatan kebajikan itu maknanya sedekah dan amalan-amalan baik yang sunat2.  Begitu mudah untuk dapat pahala kebajikan. Apabila kita memegang tangan isteri maka berguguran dosa-dosa dari celahan jari kita. Tetapi bagaimana rasanya kalau  amalan-amalan baik tidak dapat dilakukan dan tidak diterima oleh Allah?. Sia-sialah sepanjang hidup kita. Kecualilah kalau ia benar-benar bertaubat.("Astaghfirullahal'azim"). Imam Ghazali menyoal anak muridnya apakah yang paling jauh dari kamu. Maka ada kalangan murid yang jawab perjalanan ke tempat mengaji dan ada yang menjawab perjalanan ke Mekah. Maka Imam Ghazali membetulkan " jawabnya ialah waktu lampau kamu" (masa yang telah lalu). Semakin hari semakin jauh ia. 

Waktu muda semasa kita sihat kita tidak solat dan lakukan ibadat sunat dengan betul-betul sempurna. Apabila telah tua kita tidak dapat melakukan rukuk dan sujud dengan sempurna kerana sakit-sakit dan uzur. Ini kerana setiap perbuatan rukuk dan sujud itu ada pahala dan ganjaran yang banyak (Perlu satu kelas yang lain untuk huraikannya). Kalau semasa muda kita buat dan rebut dengan sempurna,  apabila kita tua dan tidak berupaya kita sudah ada simpanan seolah-olah "KWSP" amalan kita di masa muda. Syaratnya jangan melakukan dosa. Kita di dunia sudah ada KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja).  kenapa untuk akhirat kita tidak buat KWSP Akhirat?.  Bayangkan CEO Maybank bergaji RM880,000.00 sebulan. Belum lagi gaji Perdana Menteri yang memegang jawatan berpuluh-puluh tahun...Gaji yang diperolehi mereka adalah bulat terus masuk kocek dan tidak ditolak kerana makan, minum, tambang, duit minyak dan apa sahaja mereka telah ditanggung. Bayangkan KWSP mereka di dunia. KWSP akhirat adakah telah disimpan?

Maka menyimpanlah untuk akhirat semasa muda. Perlambatkanlah masa tua kita. Untuk melambatkan rabun kenalah jaga mata supaya sihat . Hendak mata sihat pandanglah apa-apa yang berwarna hijau. Pandang pokok-pokok hijau, memandang warna-warna hijau. Untuk menjaga mulut berkatalah perkara-perkara yang baik. Perkara yang paling baik dibuat oleh mulut ialah azan. Pahala orang yang azan lebih banyak dari pahala imam.

(catatan nota terganggu atas sebab yang tidak dapat dielakkan)

Siksaan didunia yang kedua(2) bagi orang yang meninggalkan solat ialah ditarik rezekinya. Siksaan didunia yang ketiga (3) ialah hilang seri pada air mukanya. Wajahnya tidak berseri. Siksaan didunia yang keempat (4) ialah sentiasa mendapat halangan untuk melakukan kebaikan. Orang yang meninggalkan solat susah untuk melaksanakan sedekah dan perbuatan-perbuatan baik.

Siksaan didunia yang kelima (5) ialah tiap-tiap amalan kebajikannya di dunia tidak diberi pahala. Siksaan didunia yang keenam (6) bagi orang-orang yang meringankan dan meninggalkan solat ialah doa-doanya malaikat tidak angkat ke langit. Maka bermakna do'anya tidak dimakbulkan Allah.

Itulah 6 perkara siksaan di dunia bagi orang yang meringankan dan meninggalkan solat di dunia ini. Baki 9 siksaan akan disampaikan di dalam kuliah ceramah  yang akan datang.

Kembali ke Tinta Admin

Home

Tazkirah  Subuh - Us Rosmadi bin Ramli (Pengerusi Surau Jambu bertih – Perlis)
Lokasi - Surau Nurul Iman AU3 : 6 Julai 2013 , 27 Sya'ban 1434 H.
Maha Suci Allah yang menjadikan Manusia dengan jadual yang tersendiri. Bulan Ramadhan adalah jadual terbaik yang Allah berikan kepada manusia. Pahala bagi amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan adalah jauh lebih baik dan berganda dari 11 bulan yang lain. Namun demikian apakah persiapan kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu? Kita majoritinya lebih kepada membuat persiapan bulan Syawal iaitu Hari Raya. Maka jadual kita pada bulan Ramadhan pun selalunya lebih ketat. Lebih-lebih lagi tugas berdakwah seperti ustaz.

Pahala apabila kita mengerjakan ibadat fardhu di bulan Ramadhan secara berseorangan adalah 70 kali ganda. Kalau kita lakukan selama 30 hari maka jumlahnya akan menjadi 2,100 kali ganda. Kalau kita lakukan secara berjamaah maka jumlahnya adalah 56,700. Bagaimana pula dengan ibadah-ibadah yang sunat?...tuan/puan boleh kira sendiri nikmat pahala yang Allah berikan di bulan Ramadhan. Ramai orang bersedekah pada Hari Raya seperti menghulurkan sampul raya kepada kanak-kanak . Namun pahala lebih besar apabila bersedekah di bulan Ramadhan. Lebih baik jika bersedekah kepada anak-anak yang rajin mengerjakna solat terawikh. 

Pahala jauh lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit di dunia ini. Namun jika kita ingin buat perbandingan ,   nilai matawang RM100 Malaysia dengan 1000 rupee di pakistan adalah sama. 1000 rupee di pakistan sama dengna gaji seorang yang berpangkat besar. Namun demikian dari segi kuasa beli wang, di sana harga roti canai masih lagi 20 sen.


Pahala adalah keberkatan.Makna keberkatan ialah apabila kita melakukan sedikit, kita akan memperolehi laba (keuntungan) yang banyak. Allah pelihara kita dari perkara lagha dan dosa. kita pun akan jarang  nampak mat rempit di jalanan. Murid-murid pun akan mudah untuk di ajar.

Dalam banyak-banyak bulan tiada suasana fasa. Tiada fasa Sya'ban atau fasa safar sebagainya. akan tetapi fasa Ramadhan begitu hebat fenomenanya. Maka marilah kita mengambil peluang untuk merebut pahala Ramadhan dan jagalah pahala Ramadhan sekemas-kemasnya. Didiklah anak isteri kepada kebaikan. Suruhlah dan paksalah anak-anak perempuan dan isteri untuk menutup aurat yang sempurna di bulan Ramadhan untuk menjaga pahala disamping berharap akan berterusan amalan selepas Ramadhan. Perhatikanlah anak-anak kecil dan dewasa sewaktu keluar dari bilik air/tandas. Pastikan mereka mencuci kaki dengan betul untuk menjaga anggota-anggota solat. 

Masa-masa di bulan Ramadhan amat cepat berlalu. Ambillah peluang sepenuhnya untuk memanfaatkan bulan Ramadhan. Buatlah persiapan dan bekalan awal untuk menyusun jadual agar tidak terlepas peluang-peluang untuk beribadat disamping tidak terabai tanggungjawab kepada yang berhak. Jagalah jadual seharian kita agar tidak terlepas ruang waktu untuk beramal di mana pahala dan Rahmat berlipat kali ganda.

Pakailah jubah di bulan Ramadhan, bulan Rahmat. Rahmat itu maknanya ialah   Allah pandang kasih kepada kita. di dalam dunia ini apabila bos-bos dan YB-YB mengenali dan menyayangi kita alangkah untungnya kita. Mudah untuk memperolehi apa sahaja dan mudah untuk memperolehi pertolongan diwaktu susah. begitulah apabila Allah mengenali kita dan merahmati kita.

Bulan Ramadhan juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Apabila Allah memberi pahala kepada kita, pada masa yang sama Dia akan menghapuskan dosa-dosa kita pada kadar yang sama. Kalau Allah beri 1000 pahala maka pada yang sama Allah juga akan menghapuskan 1000 dosa kita pada masa dan kadar yang sama. Kemudian apa yang kita do'akan Allah akan beri. Lebih elok jika kita tulis secukupnya tentang apa perkara-perkara yang hendak kita minta sebelum berdo'a  agar tidak terlupa dan terlepas peluang. Berdo'alah banyak-banyak kepada Allah di bulan puasa.

Terutamanya berdo'alah supaya Allah tetapkan istiqamah kita di dalam beragama. Berdo'alah agar anak-anak dapat menghafal dan hafiz Al Qur'an, kerana orang yang hafal Al Qur'an Allah akan buka seluas-luasnya pintu rezekinya. Alhamdulillah, ustaz hafal Al Qur'an. Walau pendapatan kecil tetapi mampu membina surau lengkap dengan kemudahan penghawa dingin. Kenapa mesti surau perlu ada Air Cond?. Ini untuk mengubah mentaliti manusia supaya tidak terus berfikir surua bukan tempat untuk kita sedekah barang-barnag buangan. Jangan bersedekah ke surau barang-barang perkakas yang dah buruk dan yang nak roboh atau runtuh. adab bersedekah hendaklah beri barang-barang yang terbaik yang kita sayang.

Kemudian berdo'alah agar suami tidak kasar kepada isteri atau isteri tidak kasar kepada suami dan patuh nasihat suami. Suami lembut hati kepada isteri dan isteri lembut hati kepada suami dan sebagainya. Apabila kita bangun sahur Alalh ajar untuk berdo'a.

Ambillah Al Qur'an dan bacalah dan fahamkan maknanya dan tafsirannya. Banyak manfaatnya. Allah akan berikan kita teman di dalam kubur nanti. Mintalah kepada Allah bersungguh-sungguh kerana belum tentu kita akan dapat hidup pada Ramadhan akan datang.

Kemudian Allah akan memandang kepada hambaNya yang berlumba-lumba membuat amal pahala di bulan Ramadhan. Lakukanlah kerja-kerja bermanfaat setidak-tidaknya mengemas rumah, menyapu dan membuang sampah. Jika jiran-jiran kita memberi 3 ketul kuih kita balaslah dengan memberi lebih dari jumlah atau nilai kuih tersebut. Berlumba-lumbalah untuk membaca ayat-ayat Qur'an. Maka Allah akan memberi kita kesenangan sepanjang masa. Kalau kawan kita tiba di surau/masjid pukul 1.00 maka kita datanglah lebih awal dari itu seperti pukul 12.45 dan sebagainya.

Orang yang mengerjakan solat terawikh pada bulan Ramadhan maka Allah ampunkan dosa-dosanya sejak dulu sehinggalah sekarang. Kita memang mudah untuk mendapat dosa. Dosa amat senang untuk dicari. Jangan memutuskan silaturrahim. Sedangkan pada bulan-bulan lain pun adalah tidak baik memutuskan silaturrahim, tidak berkelakuan baik kepada ibu bapa dan syirik kepada Allah nescaya tidak akan selamat, kerana itu adalah pra syarat untuk selamat. Pendek umur maknanya umur untuk kita mendapat pahala adalah pendek. Hidup penuh dengan melakukan dosa-dosa. Sabda Rasululullah s a w "memutuskan silaturrahim, Allah akan memendekkan umurnya".

Jagalah amalan supaya malaikan akan melihat kita. Jika malaikat melihat kita dia akan mendo'akan kita. Apakah yang malaikat doakan? Iaitulah apa-apa sahaja yang didoakan oleh hati kita.

Selingan kisah : 
*Seorang sahabat ustaz telah memakan 5 biji durian hingga habis sehingga menyebabkan kematian serta-merta.  berhati-hati apabila memakan durian berlebihan.
*Segala jenis makanan Malaysia di Mekah dipanggil takmun. Para jemaah banyak membuat persediaan untuk membawa takmun. Begitulah kita apabila tiba bulan Ramadhan perlu bersedia untuk membuat persiapan menghadapinya. ajarlah anak-anak berpuasa dan ajarlah isteri supaya jangan membazir. boleh juga menyimpan segala periuk kuali untuk elak dari memasak pelbagai jenis masakan. Simpan tong gas supaya kurang memasak. Boleh keluarkan semula apabila tiba hari raya.Isteri pula boleh menyorokkan rokok si suami untuk elak suami meneruskan amalan merokok di bulan Ramadhan.


Tazkirah  Subuh - Us Rosmadi bin Ramli 

(Pengerusi Surau Jambu bertih – Perlis)
Lokasi - Surau Nurul Iman AU3 : 1 Jun 2013, Sabtu 22 Rejab 1434 H

Maksud papa ialah rezeki yang tidak dapat diguna untuk tujuan pahala akhirat. Kalaupun seseorang itu kaya,  wangnya  banyak diguna untuk tujuan maksiat dan sia-sia;  ataupun jika ia kayapun  tetap banyak dengan hutang... Sanggup berhutang asal dipandangan mata masyarakat ia berharta dan bergaya.
Perkara-perkara yang akan menyebabkan Allah mendatangkan kepapaan kepada kita jika melakukannya:

1.Sentiasa bertelanjang (tidak menutup aurat)

2.Orang yang membiarkan makanan gugur dari pinggan iaitu makanan yang tak habis.

3.Orang yang meninggalkan sampah di dalam rumah. Kebersihan sebahagian dari iman.
    apabila kita papa, rezeki kurang masuk ke dalam rumah. Tidak ada  tempat dan ruang 
    untuk beribadat.  Anak-anak kecil mestilah diajar mencuci kaki sebelum keluar dari 
    tandas.  Jangan memandang kecil perkara tersebut  kerana Allah tidak
    memandang kecil , malah  memandang itu adalah perkara besar.

4.Berjalan di hadapan guru tanpa menghormatinya

5.Membasuh tangan menggunakan Tanah

6.Memanggil ayah dan ibu dengan namanya seperti wahai Fatimah, wahai Ali dsb, tidak 
   memanggil ayah,emak, Umi atau sebagainya. Nabi Muhammad s a w  dipanggil oleh
   sahabat sebagai  Rasulullah s a w  Kalau guru kita panggil tuan guru dsb. Datang kuliah
   subuh Allah beri seribu kali ganda pahala. Kalau kita buat baik kepada ibu bapa Allah
   gandakan usia kebaikan tersebut 10 kali ganda. Bermakna seolah-olah kita telah
   menghadiri kuliah subuh selama 10 hari. Kalau kita hadir kuliah subuh 3 hari dan 
   berbakti  kepada ibu bapa bermakna kita seolah-olah  telah  menghadiri kuliah subuh 
   selama 30 hari. Anak yang selalu menziarahi ibu bapa Allah akan tambah rezeki  
   mereka  dan tidak  akan papa. Maka jagalah hubungan dengan ayah dan ibu. Jaga juga
   hubungan dengan orang-orang yang ada hubungan dengan mak ayah / aruah mak ayah
   kita.

 7.Orang-orang yang meringankan solat. tidak mengambil berat bacan-bacaan di dalam 
    solat  termasuk melengah-lengahkan solat.  Kalau hendak mengerjakan solat Jumaat
    elok memakai serban supaya malaikat akan mengaminkan kita disepanjang perjalanan
    ke masjid. Jika kita sampai awal ke masjid maka akan diberi pahala sebesar seekor unta 
    yang  paling besar di dunia ini. Tanda-tanda dapat pahala ialah do’a kita mudah  
    dimakbulkan. Petua – selepas  majlis ilmu atau apa-apa ibadat kena niat untuk dating
    lagi pada hari esok atau akan datang untuk dapat pahala syahid.  Jemputan kahwin- 
    lebih afdal jika  adakan jemputan tambahan untuk anak-anak yatim, ahli-ahli tahfiz atau
    fakir miskin kerana kalau mereka  makan maka hapuslah dosa-dosa kita.

8.Menjahit baju di badan

9.Membiarkan sarang labah-labah di dalam dan sekitar rumah. Membunuh cicak adalah
   satu amalan baik kerana ketika diawal sejarah Islam,  cicak telah  berbunyi  memberitahu
   kafir Quraish bahawa Nabi Muhammad sedang bersembunyi di dalam gua. Petua untuk 
   menghalau tikus, kena berkata dengannya dengan perkataan yang elok-elok dan 
   berbudi bahasa.

10.Orang bersegera keluar dari masjid tanpa sempat berdo’a. Orang-orang beriman buat 
     apapun dapat pahala sebab malaikat turun dari langit duduk disebelahnya. Kisah nabi 
     Nuh berdakwah,  apabila orang melihat sahaja kelibat Nabi Nuh mereka akan menutup
     telinga dan menyarung kepala mereka lantaran tidak mahu mendengar dakwah Nabi 
     Nuh. Kemudian Allah suruh membuat kapal.  Nabi Nuh tidak tahu membuat kapal. 
     Kemudian baginda diajar oleh Malaikat Jibrail. Jibrail menyuruh mencari pohon-pohon
     di  hutan dengan bilangan-bilangan dan ukuran tertentu. Kata Jibrail setiap keeping
     pokok hendaklah tertulis  nama-nama nabi sejak nabi Adam sampailah kepada 
     Rasulullah s a w. iaitu sebanyak 124,000 orang.

Orang-orang yang baik beriman Allah akan turunkan malikat yang bernama Hafazah
supaya kita terus taat kepada Allah.10 Malaikat tersebut akan menjaga kita diwaktu
 siang dan 10 maliakat menjaga kita diwaktu malam. Bayangkan kalau kita nampak 10 
bodyguard menjaga kita 24 jam. Dijamin selamat.  Bisikan syaitan pula akan tegah kita
untuk melakukan kebaikan dan ketaatan. 


 Petua : -  tahi besi diguna untuk memagar pintu rumah dari
                dimasuki pencuri.






Kuliah Subuh , Sabtu 2 Februari,  2013  21 R Awal 1434 - Us Rosmadi (Perlis) di   Surau Nurul Iman


Alhamdulillah kita telah dapat keupayaan untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah. Pahala solat subuh berjamaah adalah seperti menunaikan solat sunat seribu rakaat. Allah akan beri dua (2) kelebihan. Dijamin rezeki sampai pagi lusa. Kedua dilindungi dari sebarang keburukan.


Bab Persoalan doa. Orang-orang kafir pun berdo’a tetapi tuhan mereka adalah Jin dan syaitan. Iblis, Jin dan syaitan adalah mahkluk Allah yang tahu dan nampak akan hal-hal ghaib.  Mahkluk ini mengetahui hal-hal berkenaan loah mahfuz. Sebab itulah bisikan syaitak lebih cepat sampai pada mereka yang berdo’a dan meminta dengan syaitan.  Kita muslimin dan muslimat berdo’a kepada Allah ibarat kita  bermanja dengan Allah. Allah akan tertanya-tanya kenapa kita tidak meminta do’a.  Allah suka kepada hambaNya yang berdo’a. Di dalam peperangan Badar pun Rasulullah s a w memohon do’a kepada Allah. Segala kemenangan atau kekalahan adalah dengan kudrat Allah. Setiap masa kita memerlukan Allah.


Sabda Nabi s a w  : “ Bahawasanya seseorang lelaki diharamkan rezeki atas dosa-dosa yang mereka lakukan oleh Allah” .  Iaitu Orang yang berzina sudah tua.  Maknanya telah tua masih berzina dan tidak bertaubat.  Tidak buat persiapan untuk bertaubat . Kedua, Orang yang sepanjang hidupnya tidak buat kebaikan. Ketiga Rezeki datang dari sumber-sumber yang tidak halal.Itulah sebabnya ramai manusia bekerja siang dan malam tetapi rezeki tidak cukup-cukup. Panjang umur manusia adalah  kerana sentiasa sedekah dan sambung silaraturrahim.


Haramnya rezeki Allah kepada Umat Islam ada 10 perkara:


  1. Menghina dan menghalang atau dengki kepada  orang lain yang melakukan kebaikan.
  2. Raja yang zalim
  3.  Minum arak atau tuak
  4. Derhaka pada ibu bapa. Ketaatan kepada Allah dan Rasul kena ada 100%. Ketaatan pada mak bapak dan pemimpin ada syaratnya. Kalau suruh buat perkara tak baik jangan ditaati. Kalau tak buat malahdapat pahala. Tak semestinya anak yang taat ibu bapa itu soleh. Tetapi anak-anak  adalah haram hukumnya  berkasar kepada ibu bapa. Haram kecilkan hatinya dengan perbuatan dan percakapan kita. Jangan sanggah keinginan dan perkataannya. Kalau hendak cakap dengan mak bapak kena bersopan. Jangan panggil mak bapak dengan nama mereka. Kalau mereka nama Ali, jangan panggil Ali. Panggil ayah. Begitulah juga dengan ibu.  Kalau ada orang yang berbuat demikan memanggil ibu bapa mereka dengan nama dalam IC, maka papalah ia.
  5. Orang berjalan dengan mengumpat
  6. Orang pendusta. Pendusta disini bermaksud tidak percaya dengan ayat-ayat Allah. Mereka berkata Ayat-ayat ini dusta. Kalau persoalan hudud dan poligami dibangkitkan kafir hukumnya. Ada orang yang merungut, “Complain “kenapa wanita keluar darah Haid yang banyak pantang larang  dan susah untuk menjaganya.Darah haid adalah kotoran yang Allah keluarkan dari badan.
  7.  Orang tak mau beri zakat
  8. orang menzalimi orang lain
  9. Orang yang tinggalkan solat .Orang-orang yang meniggalkan solat, hartanya tidak halal disisi Allah. Ia duduk di neraka paling bawah dengan orang munafik, Haman dan Qarun
  10.  Orang mengadu domba kecuali mereka bertaubat.

Kesepuluh (10) orang yang tersebut di atas  Allah haramkan rezeki di dunia ini dan akan halau mereka masuk ke neraka di hari akhirat nanti.



Nabi Muhammad s a w bertanya kepada Jibrail “ Kenapa umatku masuk neraka?” Kata Jibrail “ Umatmu berdosa tetapi tidak bertaubat”.


Apabila tiba hari Jumaat, lelaki hendaklah datang awal. Kalau datang  (masuk masjid) sebelum azan, Allah akan beri ganjaran sebesar seekor unta. Jika lebih lewat sedikit dari itu maka pahalanya kecil sedikit ...Jika lebih lewat lagi maka berkurang lagi pahala sedikit demi sedikit sehingga jadi sebesar telur ayam. Apabila datang masjid setelah Khatib telah membaca khutbah, sah solatnya tetapi tidak memperolehi apa-apa pahala. Memakai serban adalah sunah Nabi. Tetapi memakai serban pada hari Jumaat maka pahalanya adalah jauh lebih besar lagi. Disepanjang memakai serban ketika solat jumaat akan dido’akan oleh malaikat dengan kebaikan. Ambil lah peluang sekurang-kurangnya seminggu sekali setiap hari Jumaat mengikut sunnah nabi dengan memakai serban.



Kongsi Tazkirah pagi 13 November 2011,  Surau Nurul Iman , AU 3.  

1.     Ustaz Rosmadi (Perlis) . Manusia rugi jika tiada 4 perkara  seperti yang disebut di dalam surah wal ‘asri.  Amal soleh adalah perkara yang baik yang mendatangkan pahala. Kita fikir pun dapat pahala. Majlis ilmu banyak pahalanya kerana ia adalah satu-satunya majlis yang mencari kebenaran. Masuk surau tidak ada pahala Iktiqaf. Hanya masuk masjid yang dapat pahala Iktiqaf. Hukum Adat : apa-apa sahaja yang memberi adalah Allah. Hukum akal; apa-apa yang membuat adalah Allah. Hukum Syarak – Wajib, sunat, haram, makruh & harus termasuk sah & batal. Makruh maknanya ialah  apabila dibuat tidak berdosa jika ditinggal dapat pahala.  Makluman- Negara Berunai beberapa bulan yang sudah telah meluluskan di dalam mesyuarat kabinet untuk melaksanakan Hudud. Hudud potong tangan, hanya tangan sahaja yang sakit. Perbandingan kalau kita dipotong tangan dengan kapak oleh pengganas, seluruh badan boleh merasa sakit bahkan boleh mati. Berbeza pula keadaan kalau kena kencing manis, doktor akan potong kaki dan hukumannya  tidak salah di sisi undang-undang.

Petai adalah ubat buang angin di dalam badan disamping sebagai ubat kencing manis. Makruh apabila selepas makan petai  tidak cuci mulut/gosok gigi lalu menghembus nafas kepada orang lain kerana ia mengganggu. Makruh kerana yang lain. Rokok itu banyak yang merosakkan dari kebaikan. Makruhnya adalah menghampiri haram.

Setiap manusia tidak boleh lari dari 5 perkara yang tersebut. Memarahi orang yang mencuri adalah wajib hukumnya. Memarahi anak dan isteri untuk kebaikan adalah disunatkan. Antara ayat-ayat supaya anak isteri mendengar nasihat ialah ayat pengasih dari ayat 4 surah yusuf: Inni ro’aitu ahada asyarakaw kabaw wassyamsa wal Qamara roa’ituhum lissajidiin.

2.   Apabila hendak marah, marahlah secara berhikmah seperti menggunakan Ayat Al Qur’an, Hadis mahupun riwayat. Dengan itu marah atau teguran kita kepada seseorang akan itu  diberi pahala. Hasad :  Adalah perbuatan keji. Ada satu sahaja jenis hasad dengki yang berpahala iaitu : apabila kita lihat orang lain beribadat, kita langsung hendak ikut beribadat juga, kita pun hendak hantar anak-anak isteri mengaji juga. Di dalam apa-apa hal hendaklah yakin dan mengakui bahawa Allahlah yang paling hebat. Maka janganlah buat Allah seperti pegawai Keselamatan; Apabila kita senang kita lupakan ...tetapi apabila kita susah baru kita hendak mengadap dan minta pertolongan Allah.

HOME


      Kuliah Subuh , Sabtu 2  Mac 2013 Uz Rosmadi Perlis – Surau Nurul Iman 
     (19 Rabiul Akhir 1434 Hijrah)

      Doa yang Allah haramkan dan doa yg tidak diterima:-

       Bab do’a:

          Do’a dan meminta itu makna yang berbeza.  Doa adalah meminta kepada Allah dengan syarat   
          ada adabnya.Kena puji Allah dan kena selawat kepada Rasulullah terlebih dahulu. Kemudian 
          barulah meminta dengan Allah. Kalau meminta kepada manusia tak boleh puji2 manusia.


          Buat baik ada pahala. Pahala itu adalah rezeki. Doa2 yang diharamkan adalah sebab dosa2 yang
         dilakukan. Dosa yang berat adalah berdusta. Kemudian mengumpat. Syaitan adalah musuh kamu   
         yang nyata.Boleh mengumpat kalau sikap yang kita nak umpatkan itu tiada pada kita.Kalau tidak 
          janganlah umpat orang yang jahat itu takut nanti akan kembali kepada anak kita. Lainlah kalau kita
          betul2 baik. 

         Keduanya kalau benar2 kita tahu bahawa pahala kita ini lebih banyak dari mereka. Banyak  
         amalan. Contohnya pakai serban dapat pahala seribu mati syahid. Lagi banyak kalau pakai  
         serban   hari Jumaat (hari yang terbaik).Kemudian malaikat akan mendoakan kita 10 
          kesejahteraan kita disepanjang kita pakai serban  di hari Jumaat. Keduanya malaikat akan 
          mengaminkan doa kita.



      Kemudian, sunah nabi adalah memakai jubah. Kemudian memakai selendang. Nabi di dalam perang
      badar mengangkat tinggi tangannya ketika berdo’a dan selendangnya  terjatuh lalu sahabat mengutip dan meletakkannya semula. Nabi berdo’a Ya Allah kalau kau tidak menangkan kami, tidak adalah orang akan menyembahmu lagi ya Allah. Sunah keempat pakai tongkat. Imam Syafie ketika berumur 30 tahun tetapi  nampak  macam 300 tahun kerana ilmu. Sunah pakai togkat diutamakan kepada yang berumur 50 tahun ke atas. Anak2 kecil main anak patung itu harus hukumnya tetapi orang dewasa main anak patung itu haram. Patung anak2 harus lebih kecil dari sais tubuh anak2. Kalau dewasa membeli arca gajah kemudian letak luar rumah tak salah sebagai hiasan. Kalau letak dalam rumah haram hukumnya.

      Nak mengumpat pahala kena lebih banyak. Ketiga umpat kerana nak jadikan teladan.

 

      Kedua dosa berdusta. Ustaz kata boleh makan hati ayam, pedal dan sebagainya. Sekali bohong akan  jadi bertambah 2 kali bohong . Itu namanya berdusta. Jika kamu tinggalkan seseorang dengan perasaan sakit hati pada orang itu pada kita maka pahala kita pada hari itu akan diambil oleh orang tersebut dan dosa orang tersebut akan diberi pada kita.

      Dusta pada Allah itu juga ialah tidak percaya ayat-ayat Allah.

      Ketiga org yg Allah haramkan rezeki adalh banyak tidur.. Dan benda yang mewajibkan papa iaitu rezeki tak pernah cukup dan jatuh ke tempat2 lagha. Contoh banyak beli rokok atau baju berbanding beli makanan untuk anak isteri/suami dan benda2 kebaikan dan sedekah.



      Zaman Rasulullah tidak banyak perkara-perkara seperti sekarang sebab itu amalan mereka hanyalah beribadah dan  jihad.Apa –apa kita belanja untuk anak isteri dengan niat sedekah kita akan dapat pahala. Belilah yang terbaik setakat kemampuan kita.Nak kuliah di zaman nabi bukan senang sebab nabi terlalu ramai musuh. Kuliah pada masa tu ditempat2 yang tersorok.


     Kalau tidur tidak menutup aurat akan mewajibkan papa.Ambil wuduk adalah hubungan kita dengan Allah. Perhubungan kita suami isteri pun adalah hubungan kita dengan Allah juga.


      Kita lihat artis, perbelanjaan kehidupan mereka terlalu banyak.  Ini kerana faktor keberkatan. Artis
     dilihat hidup penuh kemewahan tetapi apabila mati tidak meninggalkan harta dan wang walau sedikit. 
      Anak2 tetap hidup susah.Kalau ada harta dan wang pula ‘dijoli’ dihabiskan oleh waris ke jalan yang 
      lagha. Kalau beli kenderaan yang mahal2 pun dapat pakai sekali dua sahaja.

      Maka carilah rezeki dari sumber terbaik. Lihatlah contoh2 yang dah nyata.
      Kalau kita tidak mampu melakukan zikir2 hebat kita bantulah orang-orang dan menyambung zikir 
      dengan menyediakan bajet untuk mereka.
      Yang menjadikan kita papa apabila makan sesuatu yang tidak dihabiskan ..ini kerana yang terakhir itu adalah berkat. Orang-orang Arab kalau mengadakan kenduri kahwin akan mengeluarkan kesemua  hidangan tidak tinggal satu pun di dalam rumah. Akan tetapi kepada orang yang faham akan meninggalkan baki sedikit untuk tuan rumah sebagai keberkatan. Kerana makanan yang akhir itu adalah berkat. Mereka makan di dalam talam.  Di tepi talam diletakkan gelas-gelas  berisi kuah supaya kuah tidak dituang di dalam talam hingga bercampur dengan makan dan nampak berserabut dan geli untuk dimakan.

       Jangan biar makanan gugur dari tempat makanan kita iaitu makanan yang tidak habis. Sekurang2nya simpan untuk diberi kepada haiwan. Ternakan atau sebagainya.






      Kuliah Subuh , 8 Ogos  2012 Us Rosmadi -Perlis –Surau Nurul Iman AU3 Jln 15/56 

    Us Mustafa Mansur berkata: Kalau nak berjaya macam Nabi s a w kena ikut jadual yang Allah tetapkan pada kita iaitu solat 5 waktu. Sabda Nabi, “Orang yang tidak solat subuh maka lesulah imannya. Siapa yang solat subuh secara berjamaah Allah akan selesaikan  masalahnya pada hari itu. Kalau ada orang hendak fitnah atau khianat padanya maka fitnah atau khianat akan kembali kepada orang itu”

      Tujuan Allah mewajibkan solat Jumaat kepada lelaki adalah untuk mendidik lelaki menjadi pemimpin. Barangsiapa yang solat Jumaat dan baca 100 ayat maka ia akan dapat pahala sebesar seekor Unta. Kalau kurang bacaannya maka kuranglah sedikit. Siapa yang datang solat Jumaat sedangkan Imam sedang membaca khutbah , sah solatnya tetapi tiadalah pahala untuknya. Tiga  (30 kali tidak hadir solat jumaat berturut2  adalah munafik. Kali ke 4 tidak hadir Jumaat adalah kafir. Sia-sialah segala amalannya.

      Zakat Fidyah kadarnya sehari adalah secupak iaitu 900 gram lebih. Fatwa telah menetapkan bahawa fidyah boleh dibayar untuk tujuan wakaf seperti pembangunan surau, masjid, sekolah tahfiz dsb. Ini kerana di zaman sekarang amat susah untuk mencari fakir miskin.  Kehidupan anak yatim pula lebih senang dan mewah dari kehidupan pemberi zakat.

      Barangsiapa pada bulan Ramadhan ia beribadat dan Allah lihat  maka ia tidak akan diazab. Elakkan kerja-kerja lagha. Lagha adalah kerja apabila dilakukan tidak dapat pahala dana juga dosa

     Promosi: ada ubat kencing manis dan darah tinggi yang selamat. Ubat dari doktor biladiamalkan boleh menipiskan usus dan apabila usus pecah boleh menyebabkankematian.  Boleh diamalkan.


      Uz Rosmadi Surau N Iman - 6/10/2012:

     Pahala mengerjakan solat subuh berjemaah dengan zikir sampai naik matahari atau sampai habis
     waktu,  umpama pahala sempurna haji tanpa dam. Keduanya, dibina mahligai dari emas dan perak.
     Kalau disambung dengan zikir yan gpanjang Allah akan jamin rezekinya dari pagi itu sampai pagi
     keesokan harinya.Kemudian Allah akan jamin tidak akan datang masalah pada dia.

     Do'a ketika hati tidak tenang,  Baca Surah Al Insiroh, ambil tangan dan usap dekat hati. Kalau isteri
     bebal tidak mendengar kata, Baca, tiupkan pada mukanya ketika masuk ke rumah.

     Setiap kali selepas buat ibadat atau buat amalan kebaikan kena terus bredo'a, walaupun sekadar
     senyum kepada seseorang.  "Seseorang yang berselawat ke atas Rasulullah s a w  sebenarnya dia
     juga mengucapkan kesejahteraan pada dirinya", Kata Ibnu Khatir. Ucapan selawat itu
     ialah:Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa'ala alihi Muhammad.

     Apabila Mu'azzin qamat, tiba lafaz "qad qomatis sola"..sebaik sahaja Imamm berdiri di saf iman,
     makmum terus masuk saf, maka rahmat turun ke kepala imam kemudian turun ke sebelah saf pertama yang kanan, kemudian yang kiri..kemudian turun kepada saf kedua begitulah seterusnya. Maka tertibnya kepada yang uzur perlu mula bangkit semasa lafaz "Haya 'alossola"..manakala yang sihat bangkit pada lafaz "qad qomatis sola". Maka orang yang berjaya masuk saf yang pertama, di akhirat kelak ia akan bercahaya seperti cahaya matahari. Orang yang masuk pada saf kedua akan bercahaya dialhirat kelak seperti sinaran cahaya bulan. Orang pada saf ketiga pulak bercahaya seperti cahaya bintang yang berkelip begitulah seterusnya...Wallahu'alam.

      Menegur anak: Jika anak datang kepada kita dan membuat pengakuan di atas kesalahannya, maka  ia adalah satu rahmat kerana kita diberi masa oleh Allah untuk memperbetulkannya

     Seseorang yang melakukan dosa berzina, maka amalannya pada hari itu tidak diterima, kerana pada hari itu dia tidak beriman. Setelah bertaubat dia kena qada' solat atau puasa untuk hari yang dia berzina.

     Barangsiapa berso;at, kemudian dia berzikir lantas berdo'a, maka malaikat akan berdo'a untuknya sampailah dia berhenti berdo'a. Adab manusia, hendaklah ia berdo'a dengan memulakan mmembaca astaghfirullahal'azim, kemudian memuji2 Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi. Do'a ditutup dengan Rabbana atina....dan selawat .

Home




      Petikan Tazkirah ustaz Rosmadi.: 13 Nov 2011.

      Manusia akan rugi kalau tiada 4 perkara di dalam surah wal asri. Orang yang beriman, orang yang beramal soleh, orang yang berpesan dengan kebenaran. Orang yang berpesan dengan sabra dan kesabaran. Amalan yang soleh adalah sebarang perbuatan/perkara baik yang dilakukan dapat pahala. Fikir dengan kebaikan juga termasuk di dalam amalan soleh kerana ia mendatangkan pahala.  Majlis ilmu adalah satu-satunya majlis untuk mencari kebenaran. Berterusan lah kita dengan sifat-sifat kesabaran. Orang-orang yang untung (bertakwa akan mendapat pahala)

      Hukum Akal: Menetapkan sesuatu atas sesuatu atau menolak sesuatu atas sesuatu tanpa perlu kepada sebarang percubaan. Imam Ghazali adalah ahli hujah dan ahli falsafah. Apakah rasa gula? Manis. Macam manakah manis itu? Tak boleh Nampak. Maka yang mencipta rasa manis itu lagilah tidak boleh Nampak.  Salah satu cara hendak kenal Allah adalah alfiqru (berfikir). Contohnya di Bangkok pada suatu masa tiada turun hujan tetapi boleh banjir besar hingga 300 orang mati.

Hukum adat-hukum yang berlaku di atas dunia secara adat dan perlu dicuba. Seperti lapar-makan.mengantuk-tidur. Akan pandai jika belajar. Ada orang makan sepinggan rasa kenyang da nada yang makan 2 pinggan baru rasa kenyang . Berbeza-beza  percubaan. Tetapi hakikat yang mengenyangkan adalah Allah. Ada orang yang kenyang makan nasi da nada orang yang merasa kenyang dengan makan roti. Itu ketentuan Allah.



No comments:

Post a Comment