16.8.2015, 1 Zulhijah
1436H Uz Farhan Suhot
Surau
Nurul Iman AU3
Ms 18- Kitab
Ujian Jiwa
Ada 3
jenis hati
Hati yg
sihat
Hati yg
mati
Hati yg
sakit
Dari tiga
jenis ini, hati yg sakit paling bahaya-nifaq
Nabi
membahagi hati kpd 4
Huzaifah
merupakan setiausaha sulit kepada
Rasululullah . Dia memiliki senarai orang-orang munafiq.
Kata Kuzaifah
hati terbahagi 4:
1. Hati
yg bersih. Hati org mukmin yg bersinar.
2. Hati
yg tertutup iaitu hati org kafir. Berapa
ramai org cerdik tapi tidak dapat petunjuk
3. Hati
yg terbalik. Kalau cawan terbalik tidak boleh di isi dengan air. Bagaimana pula
dengan hati yang terbalik. Inilah hati org2 munafiq...
Rasulullah menghadapi musuh yg banyak sama ada dari luar
Islam luar mahupun dari dalam kalangan orang-orang Islam sendiri (yg munafik).
Ayat untuk
Abdullah bin Ubai
,- ayat yang
berkaitan - menuduh berzina sebat 80 kali. Bila fasik syahadahnya ditolak....
Kerja-kerja org munafik ialah menyebar fitnah...
Allah
berfirman jagnlah kamu berlaku zalim walau dgn musuh kamu...hendaklah berlaku
adil walau dgn org yg kamu benci...
Kata nabi
org yg muflis bila di akhirat dia miskin. Pahalanya org ambil.. Dosa orang dia
ambil...kerana suka memfitnah....
Ada sebb
fekah kenapa cicak sunat di bunuh. Kenapa katak dilarang dibunuh...terdapat dlm
sahih bukhari... Menurut sejarahnya, cicak menghembus api yg membakar nabi ibrahim supaya marak...katak pula hendak
memadam api itu dengak mulutnya...
Dalam
islam walau yg kita buat kecik Allah pndang besar sama ada yang baik atau jahat.
Manusia
secara umumnya ingin dilihat kebaikannya walaupun dia sebenarnya jahat.
Kotoran
tidak boleh membersihkan yang kotor. Hanya yg bersih boleh cuci yg kotor.
Tasauf
dan fekah tidak dapat dipisahkan....
Ibarat
ungkapan Karam Singh Walia...(beliau
rajin mengkaji peribahasa melayu)
Yg busuk
ditutup berbau juga..bagaimana bangkai gajah hendak ditutup dgn nyiru..
4. Hati
yg mengandungi 2 wajah. Hati yg mukmin dan hati yg munafiq...
Kdg2 hati
yg mukmin menang....kdg yg munafiq menang...
Kdg2
ketika kita menghadap Allah, hati itu kalah dgn nafsu....
Rubai bin
Amir merupakan sahabt yang zuhud yang dihantar oleh Umar menghadap Raja Farsi...
Rubai masuk
ke dalam istana membawa keldai... (beliau ada mesej disebaliknya)
Kata raja
kamu nak apa. Kata Rubai kami dtg membawa petunjuk supaya menyembh Allah, kerana hanya Allah yang mulia yang lain
semuanya hina.
Albaqarah
ayat 88? 80?
Surah Al
nisa ayat 88
Hati tidak
mendapat hidayah kerana faktor keikhlasn....Ikhla itu Allah yang beri...
Mcm mana
nabi menyampaikan ayat-ayat Allah kepada
kaumnya?
Nabi Nuh
lbh teruk berdakwah, 950 tahun berdakwah hanya tak sampai 80 orang yan
gberiman. anaknya sendiripun tidak
beriman.
Sebijak
manusia adalah mereka yg mengingati
mati...kata nabi...
Dia
sentiasa nak mempersiapkan diri untuk mati.
Org pergi
mengerjakan haji yg ada ilmu Fekhu Sirrah Nabawiyah akan rasa menjiwai dan
lebih kusyuk ketika mengerjakn haji... Setiap ibadat dan tempat yang
dipijak akan mengenangkan mereka kepada kesan-kesan perjuangan Islam dan
nabi-nabi terdahulu.
Maka apabila
ianya balik dari haji makin kuat islamnya.... bukan makin kuat menentang Islam.
Hati
perlu diisi dgn keimanan kpd Allah.
Di dalam Program
khidmat kpd gelandangan di Lorong Haji Taib di bulan Ramadhan..Si lemah
lembut dtg jumpa uz..."saya uz sampai tahap dah tak percaya Allah"
jawab uz itu adalah disebabkan hati
kotor. Kadana-kadang solat kadang tidak....kadang pergi tazkirah kadang tidak.
Muka bejerawat berjeragat pun cari ‘ku putih’ . Hati yg kotor nak cuci pakai
apa....pakai clorox?..
Ada anak2
Ketika mengkafankan ayahnya...berkata kpd Allah...dan diaminkan oleh adik2nya...
Dimanakah
hati kita skrg......?
Kuliah
dan tazkirah adalah muhasabah diri..
Walau
islam nampak payah maka sabarlah kerana pahalanya besar di sisi Allah
Bila hati
dah rasa lazat....maka buat apa pun jadi mudah...
Secebis nota yang sempat ditulis (Ahad 18/5/5014): Surau Nurul Iman
Uz Farhan:
Kata
Nabi, " Kalau kamu susah di dunia, itu adalah lebih baik bagi kamu
asalkan kamu kaya di akhirat". Sahabat-sahabat Nabi seperti Abu Bakar
dan Usman adalah antara sahabat Rasulullah s a w yang terkaya di zaman
Nabi tetapi bila datang Islam mereka telah infaqkan seluruh harta ke
jalan Allah sehingga apabila di tanya " apakah yang tingal pada kamu
maka dijawab hanya Allah dan Rasul.
Abd
Rahman bin Auf (sahabat nabi yang paling kaya) setiap malam akan pergi
mengetuk pintu 60 rumah peniaga dan bertanya "berapakah hutang kamu
hari ini?. Kemudian dia akan membayarkan hutang peniaga tersebut sambil
berpesan " Jangan kamu kata kepada sesiapa bahawa hutang ini Abd Rahman
bin Auf yang bayar"
Islam di
Malaysia ini akan lebih ramai jika seluruh rakyat diberi kefahaman
tentang Islam. Di Muar, Orang-orang Cina bukan Islam telah buat satu
program kepada orang-orang bukan Islam dan memanggil Uz untuk beri
ceramah. Di dalam majlis itu uz tidak memberi tajuk. Uz buka pertanyaan
kepada mereka atau ustaz yang tanya mereka. Mereka bertanya antaranya
tentang hudud. Antara jawapan ustaz : Di Malaysia ini yang ramai kaya
ialah orang Cina. Dan yang ramai mencuri ialah orang melayu.
Kalau
pencuri kasut masuk penjara , dia akan jumpa rakan-rakan pencuri yang
curi motor dan belajar cara curi motor. Maka bila keluar penjara dia dah
ada ilmu curi motor. Pencuri motor apabila masuk penjara akan berjumpa
rakan pencuri yang merompak bank lalu bila keluar penjara ilmu
mencurinya telah naik taraf kepada ilmu rompak bank.
Penjara di Malaysia boleh memuatkan 37,000 penjenayah. Hari ini jumlahnya telah meningkat kepada 39,000 penjenayah.
Hukum
hudud bagi penzina hanya boleh dilaksanakan jika terdapat empat (4)
saksi yang nampak (hazyafah) kepala zakar penzina lelaki masuk ke
dalam faraj (kemaluan) penzina wanita, dan mereka mengaku melakukan
zina. Kalau setakat berpeluk-peluk di dalam keadaan bertelanjang bulat
di dalam bilik tidak boleh dihukum sebat. Sebatan juga hendaklah di
dalam keadaan mereka berpakaian, rotan tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar. tidak boleh di hayun lebih tinggi dari aras bahu. Tujun
hukuman adalah untuk mendidik.
Orang
kristian kata Tuhan sayang kepada manusia adalah ibarat sayang seorang
ayah kepada anaknya dan tidak akan menyiksa anaknya. Jawab Ustaz, Kalau
Tuhan ibarat ayah, ayah itu tidur. Kadang-kadan anak menangis malam pun
ayah tidak bangun. Allah tidak tidur. Allah itu bukan ayah kepada anak
tetapi ia adalah Tuhan, pencipta yang maha besar dan penyayang kepada
seluruh hamba-hambanya. Allah tetapkan hukuman kepada seorang hambanya
yang melakukan jenayah kerana sayangkan penjenayah dan juga sayangkan
semua hamba-hambanya yang lain.
Setelah diberi penjelasan tentang hukum hudud maka mereka yang datang pun berkata " Saya sokong hulud" (saya sokong hudud).
Kuliah Subuh – Ustaz Farhan, UNiKL - Ahad - 16 Jun 2013, 7 Syaaban 1434H: Surau Nurul Iman Keramat AU
Dari kitab " 4 Kelebihan Penawar Hati". Hadis 18. Dari Abi Hurairah, Rasulullah s a w bersabda, " Ada dari kalangan para Syahid, para alim, para qari dan para dermawan yang masuk neraka.
Sabda baginda " orang-orang soleh duduk di padang Mashar 50 ribu tahun di atas kakinya, kecuali orang yang mati syahid akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka diberi laluan. Apabila mereka lalu orang di padang Mashyar akan ketepi , laluannya akan terkuak.
Seorang kanak-kanak di Palestin mati dengan berpuluh biji peluru di badannya. Doktor yang membedahnya kehairanan kerana darahnya wangi dan wajahnya berbau wangi. Itulah dia bauan syurga untuk orang yang mati syahid. Ada seorang ibu di Palestin, 10 orang anak-anaknya beserta suaminya mati syahid. Dia dengan kaki yang sebelah kudung menjual sayur. Berjatuhan bom-bom dan peluru di sebelahnya tidak mendatangkan kehairanan atau ketakutan kepadanya. apabila ditegur dia menjawab apalah yang hendak ditakutkan kerana setiap malam dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah s a w datang menghiburkan hatinya. Itulah kehebatan wanita tersebut. Sesungguhnya Iblis dan syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah s a w . Dia akan terbakar apabila cuba menyerupai.
(Hakikat menyerupai dan mengaku adalah satu yang berbeza. Iblis, Dajal dan sebagainya boleh mengaku sebagai Rasul dan Tuhan tetapi tidak boleh menyerupai.Tanggungjawab kita untuk mengenali Rasul kita.)
Di Palestin, jemaah solat subuh mereka menyamai jumlah jemaah solat Jumaat. Sebab itulah Yahudi tidak dapat mengalahkan mereka, bahkan mereka yang mengalahkan Yahudi. Di Johor ada tempat yang jemaah solat Jumaatnya menyamai Jemaah solat subuh (sedikit bilangannya). Ini suasana yang perlu diperbaiki.
Nanti di akhirat ada orang yang dah masuk syurga tetapi hendak keluar balik sebab nak mati syahid 10 kali lagi.
Namun demikian orang yang mati syahid kerana hendak menunjuk-nunjuk supaya namanya dikenang orang sebagai berani atau supaya dianggap perwira ataupun berperang kerana marah dan sebagainya maka akan terbatallah syahidnya dan dimasukkan ke Neraka.
Setiap perbuatan itu hendaklah dengan niat yang betul. Maka jagalah niat kita setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan.
Sabda Rasulullah s a w , 'Jadilah kamu orang-orang yang suka kepada belajar, mengajar, mendengar dan mengamal. Allah bezakan orang yang berilmu dangan orang yang beramal tanpa ilmu sebanyak 1 darjat di mana jauhnya darjat tersebut ialah selama 700 tahun tahun perjalanan. Oleh itu amat bagus jika berbuat baik dan berbakti dengan orang-orang berilmu. Uz pernah mencuci jubah /pakaian orang yang lebih berilmu darinya. Orang-orang zaman dahulu amat ramai yang apabila mati wangi kuburnya kerana ilmunya.
Kemudian perbanyakkanlah membaca Al'Qur'an dengan ikhlas, memahaminya, mengamalkannya dan mengajarkannya.
Di akhirat Allah akan tanya kepada orang yang mengamalkan membaca Al Qur'an, untuk apakah tujuan kamu membaca AlQur'an itu. Maka dijawab oleh hamba tersebut aku membaca & belajar untuk mengajar orang ke jalan ilmu dan jalan yang selamat. Allah kata engkau bohong. Kau mahu supaya kamu disebut-sebut sebagai alim, qari dan sebagainya. Kemudian dihadapkan kepada Allah seorang yang dermawan. Allah ingatkan tentang nikmat yang Allah beri dan Allah tanya dengan soalan yang serupa. Dia kata telah mendermakan hartanya semua ke jalan yang benar. Allah kata kamu berbohong. Kamu mahu supaya kamu disebut-sebut sebagai dermawan dan sebagainya. Maka diheret orang tersebut di atas mukanya dan dicampak ke dalam api neraka.
Orang menderma yang tidak ikhlas akan mengenang-ngenang kebaikannya tanpa mengetahui adakah dermanya itu diterima oleh Allah atau tidak. Kalau bersedekah 10 sen secara ikhlas dan bersedekah sebanyak RM1 juta tetapi tidak ikhlas maka yang dapat pahala dan mendapat balasan syurga itu adalah sedekah yang 10 sen. Maka berbuat baik janganlah riak.
Selain dari itu jangan subaat dan taajub dengan diri sendiri. Contohnya bangun malam solat tahajjud kemudian bercakap dengan diri sendiri tentang kehebatan dan kerajinannya, seperti " diwaktu tengah malam ini mungkin hanya aku seorang yang bangun mengerjakan tahajjud kat Malaysia ni"
Di Hotel De Palma, pengurusnya telah membina surau yang di adakan solat Jumaat. Kemudian bertanya kepada ustaz adakah dia dikira menunjuk-nunjuk. Dia kata amat risau jika anak-anak buahnya tidak solat. Kata Ustaz tidak semestinya sedekah itu perlu menyorok-nyorok. Sebaliknya bagus jika hendak beri teladan yang baik kepada anak-anak buah, anak-anak dsb.
Kalau solat, makmum tidak perlu mencuit atau menepuk bahu imam untuk berjamaah. Orang di hadapan akan faham ada orang mengikutinya dan terus akan niat menjadi imam. Kemudian apabila datang seorang lagi makmum barulah perlu cuit bahu makmum pertama tadi untuk undur ke belakang atau memberi ruang.
Jaga dan perhatikanlah anak-anak kita dari melakukan sifat keji dan bakhil. Kemudian dengan ibu bapa janganlah berkira. Berilah apa-apa yang mereka suka walau sebesar mana dan sekecil manapun. Kalau kita memberi mereka sesuatu atau melakukan sesuatu untuk mereka dan mereka suka , tersenyum maka kita dapat pahala. Orang-orang yang kedekut dengan ibu bapa adalah bodoh dan baghal. Jangan berkira untuk berbakti dengan orang tua. Fikirlah bahawa kita hidup senang ini kerana mak bapak kita. Kita kedekut dengan mak bapak nanti anak kita pula akan kedekut dengan kita. Kalau kita berbuat jahat dengan mak bapak maka Allah akan percepatkan balasan untuk kita. Anak-anak akan buat perkara yang sama kepada kita. perhatikanlah apa yang mak bapak kita suka. orang-orang tua ini tidak banyak yang di minta. Kalau petai yang dia suka kita belikanlah. Maka berilah perhatian dan prihatin.
Terdapat juga orang-orang bukan Islam yang lebih ikhlas dari umat Islam itu sendiri. Ustaz banyak menerima komen dari Kristian Iban mengenai program Muhasabah yang ustaz lakukan dan jalankan. Orang kristian suka program tersebut sedangkan umat Islam sendiri pula tidak suka.
Selain itu ramai orang yang mencari kebenaran dengan jalan yang sukar seperti para mualaf yang baru masuk Islam. Sebaliknya umat Islam sendiri buat sambil lewa dengan tazkirah-razkirah dan majlis ilmu berkaitan Iman dan Islam.
Kuliah Subuh – Ustaz Farhan, UNiKL - Ahad 17.03.2013, 5 Jamadil Awal 1434H Surau Nurul
Iman Keramat AU
Selalu kita berdoa’ dengan duduk menghadap kiblat. Tetapi istimewanya
solat subuh ada do’a sambil berdiri iaitu do’a qunut. Kalau kita berdo’a kena
bersungguh-sungguh. Rasulullullah Nabi Muhammad s a w apabila melakukan sesuatu
perkara amat bersungguh-sungguh. Nabi apabila berdo’a jatuh selendang di
bahunya lantaran mengangkat tinggi tangan. Semasa perang badar nabi berdoa
sampai nampak ketiaknya yang putih. Bau ketiak nabi seperti bau bayi yang baru
lahir. Do’a Nabi “ Ya Allah berilah kemenangan di dalam peperangan ini. Jika
kami kalah kali ini , maka tidak akan adalah lagi Islam dan tidak adalah
lagi umat yang akan menyembahmu dimuka
bumi ini lagi” Allah telah memberi kemenangan yang besar kepada Islam di dalam
keadaan tentera Islam jauh lebih kecil dari tentera musuh.
Surah Ibrahim ayat 42 - Jangan kamu sangka Allah lalai dari perbuatan
orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh mereka sampai pada hari
di mana mata mereka terbelalak (melihat beratnya azab)
Jangan permudahkan dosa yang kecil. Hadis yang berkaitan perkara ini
dirawikan/ dibawa oleh ulamak dan guru yang bernana Bukhari dan Muslim. Kekuatan
lebih sedikit kepada Al Bukhari. Dalam Islam apabila hadis-hadis di bawa sama
ada oleh salah seorang guru bernama Bukhari atau muslim maknanya hadis itu
adalah kuat. Lebih-lebih lagi jika perkara dosa kecil ini dibawa oleh kedua-dua
mereka maknanya terlalulah amat kuat amarannya.
Sahabat-sahabat Rasululllah adalah orang-orang yang hidup/lahir di zaman hidup Rasulullah dan beriman serta
beribadat, berjuang bersama-sama dengan Rasulullah. Amalan ibadat para sahabat
berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Maka apabila dinamakan sahabat
maka telah dijamin masuk syurga oleh Allah sebagaimana kata Rasulullah. Dalam
sahabat-sahabt Rasulullah itu ada 4 sahabat yang hebat (Abu Bakar Assiddiq,
Umar Alkhattab, Usman bin Affan, Ali bin
Abi talib). Dan di dalam banyak-banyak
sahabat nabi ada 4 orang yang bernama Abdullah. Salah seorang darinya adalah
Abdullah bin Umar bin Alkhattab.
Kata Umar ada wanita masuk neraka hanya memenjarakan seekor kucing
sehingga mati. Kucing adalah haiwan yang rapat dengan kehidupan manusia. Fitrah
hidup kucing memerlukan manusia untuk hidup
maka hendaklah manusia memperuntukkan sedikit makanan untuk kucing.
Kalau Jahat tetapi ada perasaan sayang kepada haiwan walaupun haiwan
mughallazah boleh masuk syurga.
Walau baik kuat beribadat tapi suka menyiksa binatang apalagi manusia, tetap akan masuk neraka. Maka jika tidak mampu
untuk membela haiwa takut akan menzalimi haiwan janganlah membela haiwan.
Seorang wanita yang rajin bangun malam beribadat dan solat tahajjud telah
ditulis masuk neraka kerana hanya memenjarakan seekor kucing sehingga mati. Apalagi
kalau menyiksa sesama manusia. Malah lebih-lebih lagi kalau manusia yang di
hina dan disiksa itu adalah orang-orang yang warak...Yang lebih teruk dari itu
kalau ia adalah ulama.
Sedangkan seorang pelacur pun hanya kerana memberi minum seekor anjing
yang kehausan dengan sepatunnya boleh masuk syurga. Apalagi jika berbuat baik
sesama manusia.
“Namun bukan bermakna itu alasan untuk
memuliakan pelacur tetatapi untuk menunjukkan betapa mulianya jika berbuat baik
sesama mahkluk. (Keadaan pelacuran di Malaysia ini telah sampai ke tahap puncak
paling buruk apabila telah sama taraf dengan kehebatan institusi pelacuran di
Thailand. Pelacuran di Malaysia menyumbangkan pendapatan besar kepada Negara .
Telah ada diusulkan supaya nama pelacur di naik taraf sebagai pekerja sex yang
akan diberi caruman KWSP. Itulah akibat bila ugama diketepikan dalam
pemerintahan)”
Telahpun terbukti, walau orang-orang bukan Islam pun jika ia berbuat baik
dan menyokong perkara-perkara kebaikan dalam Islam ia juga boleh diberi
kebaikan oleh Allah di dunia ini. Islam mengajar kita ihsan iaitu sifat kasih
sesama mahkluk. Walau bukan Islam tapi ada sifat ihsan kalau berdo’a pun Allah
akan makbulkan. (Sifat Allah yang maha pemurah, sedangkan Iblis berdo’a
kepadaNya pun Allah makbulkan) Allah haramkan kezaliman berlaku. Ulama / mufti
Dato Ishak Baharom berkata jangan diulang tayang cerita Teater Lagenda kerana
itu akan menyambung dosa orang yang telah mati. Itu akan menzalimmi simati. Di dalam
filem banyak ditayangkan babak-babak yang membuka aurat dan amalan-amalan
munkar.
Jangan zalimi haiwan. Kalau pernah melakukan dan sedar segeralah
bertaubat. Kalau tidak mahu rumah kotor atau sebagainya jangan bela haiwan
kerana nanti akan menyiksa haiwan itu.
Di Malaysia ulama yang dibunuh kejam
oleh pemerintah ialah Ibrahim Libya di dalam peristiwa Memali. Ibrahim Linya
merupakan ulama kelulusan Universiti dari Timur Tengah yang kemudiannya berkhidmat dengan Pusat Islam dan Jabatan
Perdana Menteri. Oleh kerana jiwa dan ilmunya tidak serasi dengan dasar yang
sedia ada, diapun menubuhkan pondok pengajian sendiri di Memali. Di antara
usaha hebat Librahim Libya adalah mengetuk pintu setiap penduduk kampong untuk
mengerjakan solat subuh berjamaah. Semasa peristiwa memali tersebut..sekumpulan
anak-anak telah diugut oleh pihak berkuasa untuk dicucuh tangan dengan puntung
api rokok supaya anak-anak berkata Ibrahim Libya itu Rasul . (ini bagi tujuan
mengelirukan rakyat)..Dengan Kuasa Allah tidak seorangpun di antara anak-anak
kecil itu yang membuka mulut. Ibrahium Libya adalah mangsa kekejaman Tun
Mahathir yang memperalatkan Tun Musa Hitam membuat penangkapan dan serangan
kepada Ulama mulia itu sehingga mati syahid. (Dalam kiasah yang lain
kubur-kubur Ibrahim Libya dan murid-muridnya berbau harum dan wangi )
Kata Rasulullah s a w ’ Barangsiapa memuliakan ulama’ maknanaya Ia
memuliakan ku. Barangsiapa memuliakanku maknanya ia memuliakan Allah.
Barangsiapa memuliakan Allah maka balasannya adalah syurga. Barangsiapa
menghina ulama bermakna ia menghina aku . Barangsiapa menghinaku maknanya ia
menghina Allah dan balasannya adalah
neraka. Ulama itu pewaris nabi kerana
ulama mewarisi kesusahan dan penderitaan yang nabi lalui demi utuk
menyelamatkan manusia dari kerosakan dunia dan dari api neraka.
Berbalik kepada kucing ini jangan pandang ringan dan dibuat main-main. Walau jahat pun jangan
sampai menganiaya kucing kerana kucing adalah haiwan kesayangan nabi. Abu Hurairah
adalah sahabat yang membawa kucing ke dalam lengan bajunya sampai Rasulullah ternampak
kucing apabila dia mengangkat tangan berdoa. Dinamakan Hurairah sempena
tabiatnya yang suka kucing. Kucing kalau kita buang dia sejau manapun dia boleh
pulang semula. Ini kerana ia amat rapat dengna kehidupan manusia. Namun jangan sampai kita takut untuk pergi ke
Mekah semata-mata takut dapat balasan. Allah hanya beri petunjuk kepada kita
tentang dosa-dosa yang kita lakukan tetapi kita tidak sedar sepanjang hidup
kita.
Jangan diamalkan pepatah orang melayu yang tidak relevan. “ Buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali”...Nanti orang akan berhati-hati untuk
buat baik...dan kalau dah buat jahat sekali mereka akan mengulang
berkali-kali.....”
Wallahu alam.
Kuliah Subuh – Ustaz Farhan , Surau Nurul Iman. 16 September 2012
Faktor do'a ditolak antaranya ialah faktor makan minum. Pastikan apa yang kita makan itu berkat dunia akhirat. Yang kita nampak tidak hebat tetapi berkat itulah namanya rezeki. Memang betul orang solat belum tentu baik tetapi orang yang baik sudah tentulah orang itu solat. Orang bertudung tidak semestinya baik tetapi orang yagng baik dah tentu pakai tudung. Allah perintah nabi dan rasul makan daripada makanan yang baik-baikdan beramal dengan amalan yang soleh. Di dalam satu ayat yang lain pula Allah perintahkan juga kepada orang-orang yang beriman untuk berbuat demikian.
Setiap yang memabukkan adalah arak.
Do'a tidak ditolak adalah do'a ayah kepada anak.Orang-orang bermusafir do'anya mustajab. Iaitu nilai musafir orang-orang dahulu kala. Do'a itu ibadah. Allah malu kalau hambanya datang berdo'a dan kembali dengan tangan kosong dan hampa. Walau bagaimanapun, do'a akan ditolak jika memakai pakaian dari sumber yang haram, memakan yang diharamkan termasuk dari sumber yang haram.
di negeri Johor ada seorang uama yang bernama Tahir di mana do'anya cukup mustajab. Dia amat garang dengan anak di dalam bab Agama.
Saad bin Abi Wakas adalah seorang dari sahabat nabi yang mustajab do'anya. Apabila dia meminta kepada Allah terus jadi. (Sabda Nabi). Faktor do'a mustajab ialah punca rezeki dan rezeki itu sendiri. Kalau kita beri makanan kepada anak dari sumber yang haram ibarat beri makan racun kepada anak.
10 Do'a tidak makbul :
1. Kamu kenal Allah tetapi tidak tunaikan hakNya.
2. Kamu kenal Rasul tetapi tidak ikut ajarannya
3. Kamu khatam Al'Qur'an tetapi tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan tetapi tidak bersyukur.
5. Kamu mengenali syaitan tetapi kamu ikut telunjuknya.
6. Kamu kata syurga itu benar tetapi tidak bersungguh-sungguh hendak pergi ke sana
7. Kamu kata neraka itu benar tetapi kamu buat endah tak endah.
8. Kamu kata mati itu benar tetapi tidak bersungguh-sungguh mencari bekalan.
9. Kamu bangun dari tidur menceritakan keaiban orang. Kalau kamu pergi menziarahi saudara kamu dan
menyambung silaraturrahim setiap apa-apa dan duit yang kamu keluarkan kerananya akan memperolehi
pahala. Bahkan ayah dan ibu kamu juga akan memperolehi pahala.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar tentang kematian.
No comments:
Post a Comment