Kuliah Subuh , Sabtu, 12 Januari 2013 Uz Rosdi PDRM – Surau Nurul Iman AU3 Jln
15/56 (29 Safar 1434 Hijrah)
- Tanda-tanda Allah sayang kepada kita , Dia ciptakan alam ini dan pelbagai nikmat untuk kita cari. Maka apabila kita lihat alam ini kenalah ingat kepada Allah. Banyak nikmat Allah beri dalam diri kita tanda Allah sayang kepada hambaNya.
- Allah berfirman “ Siapa yang ingat Aku waktu dia senang Aku akan ingat dia sewaktu ia susah.”
Isteri adalah derhaka apabila ia
menjawab kata-kata suami dengan kasar, tidak menjaga kebersihan diri atau tidak
menjawab panggilan suami, apabila
bermasam muka dengan suami, tidak
memandang suami. Kecantikannya dan keindahan pakaiannya hendaklah lebih kepada
di hadapan suami berbanding di luar. Maka suami sunat mendidik dan mengajar
isteri. Isteri wajib minta izin suami walaupun untuk hadir ke majlis zikir. Kepada
suami yang tidak pandai mengajar ilmu fardu ain, maka isteri harus keluar untuk
belajar fardu ain memperbaiki diri dan suami tidak boleh larang isteri. Ini
semua adalah ajaran daripada hadis Rasulullah s a w .
Beritahulah kepada isteri tentang
siksaan neraka. Isteri yang derhaka tidak dapat cium bau syurga kerana jauh syurga
daripada neraka adalah 500 tahun
perjalanan daripada isteri yang derhaka di akhirat kelak.
Barangsiapa di kalangan isteri yang
menjauhkan tempat tidur suami maka malaikat akan laknat sampai keesokan
paginya. Jika isteri keluar rumah tanpa izin, ajarlah dengan mengasingkan
tempat tidur dari suami dan sunat tidak memukulnya. Kata Imam Nawawi, harus
pukul isteri dengan cara tidak mencederakan dan jangan pukul di bahagian muka. (Maknanya
lebih baik tidak memukul isteri yang nusyuz).
Haram pukul isteri jika tidak memberi
faedah. Isteri yang meminta cerai juga tidak akan dapat mencium bau syurga,
namun ramai suami isteri yang tidak solat dan subuh-subuh masih terbaring di
katil. Itulah punca banyak berlaku bencana alam.
Sebelum kahwin mak bapak lelaki dan
perempuan wajib memberi nasihat kepada anak yang bakal berkahwin. Orang
perempuan apabila berkahwin maka lepaslah tanggungjawab mak bapak kepadanya.
Orang lelaki apabila berkahwin, tanggungjawab ayah ibu kepada isterinya
berpindah kepadanya.
20.01.2013: - Ustaz yang lainnya berkata :
Cintailah Rasulullah nescaya kamu akan
dapat kebahagiaan. Firman Allah “Tidak
kami utus seorang nabi melainkan sebagai petunjuk seluruh alam. Cintailah
Rasulullah dengan beberapa perkara:
- Ikutlah ajaran-ajarannya. Nabi mengajar manusia pelbagai ilmu yang lengkap. Selawat satu ribu kali sehari akan diharamkan api neraka ke atasnya. Siapa solat di masjid Nabawi di Madinah maka 1000 kali lebih baik dari solat di masjid lain. Barangsiapa solat di masjidil Haram maka 100 ribu kali ganda pahalanya berbanding solat di masjid lain.
Kata sasterawan A Samad Said”Saya datang ke dunia dengan tangan kosong dan kembali ke Allah dengan tangan kosong. Maka jangan takbur dan sombong”
No comments:
Post a Comment