Kuliah maghrib Jumaat 1 Feb 2013 Us Abu
Hassan, di Surau Nurul Iman
Mengaji di usia tua adalah ibarat
menulis di air lalu. Habis sahaja kuliah maka hilanglah segala ilmu. Apa
yang tinggal ialah pahala duduk dan menghadiri majlis ilmu sahaja yang
kekal.
Dunia adalah jambatan untuk akhirat.
Tujuan kita hadir majlis ilmu adalah bergantung kepada niat. Kata Saidina Ali,
“Kalau kita singgah masjid atau surau yang ada majlis ilmu, kita tidak hadir
sebanyak 40 hari maka Allah akan matikan hati kita
Sebelum itu, Rasulullah s a w sangat
mencintai sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal. Nabi berkata kepada Muaz, “
Aku sangat mencintaimu selepas kamu menunaikan solat. Oleh itu jangan
sekali-kali engkau lupa untuk berdo’a kepada Allah selepas solat. “ Do’a itu adalah ‘ Allahumma ajirna minnan nar. Kemudian “ Allahumma inna ‘ala zikrika, wa
syukrika wa husni ibadatiq” .Ertinya “Ya Allah ya Tuhanku bantulah aku ingat
kepadaMu, bantulah aku bersyukur dan memperbaiki ibadatku.
Solat itu adalah juga doa dengan
perbuatan berdiri, rukuk, sujud dan duduk Ilmu, ibadat dan akhlak adalah
seiringan.
Dari Kitab Bidayatul Hidayah. :
Cara-cara meninggalkan maksiat. Wahai
murid, Islam itu terdiri dari 2 perkara iaitu amal ma’ruf dan nahi munkar. Maknanya
menghalang maksiat dan taat kepada Allah Taala. Hal maksiat itu adalah naluri manusia yang mengikut janji syaitan.
Hal ibadat itu adalah taat yang dapat hidayah Allah Taala. Meninggalkan maksiat
lebih payah dari taat pada Allah. Maksiat itu jauh dari jalan Allah. Dalam
solat pun kita selalu menyebut “ Ihdinas
Shiratol mustaqim” (Tunjukilah aku ke jalan yang lurus). Namun demikian, bulan
demi bulan masih tidak bertambah amal. Amalan Tahajjud dan qiamullail tidak
dilakukan lagi. Puasa sunat pun belum buat lagi. Majlis ilmu sudah berhari-hari
diikuti. Itu namanya terpengaruh dengan janji syaitan. Bila sakratul maut tiba,
syaitan akan goda kita buat kali yang terakhir berupa perkara-perkara yang kita
ingini di dunia ini. Dan semasa kita leka melayan godaan syaitan itulah nyawa
kita dicabut. Jika itu berlaku kita mati di dalam keadaan melupakan Allah.
Nauzubillahi minzalik. Untuk lari dari syaitan hendaklah sentiasa berdo’a
kepada Allah. Mintalah hasanah (kebaikan) di dunia.
Sabda
Rasul – orang yang berhijrah yang sebenar-benarnya ialah orang yang hijrah dari
kejahatan meninggalkan kejahatan. Jahat itu adalah tidak ikut perintah Allah.
Usia matang apabila mencecah 40 tahun. Jika seusia itu tidak bertambah taat
maka rugilah manusia. Jadilah seorang mujahid. Mujahid bukan sahaja orang yang
bertempur di medan perang. Mujahid juga adalah orang yang melawan hawa nafsunya.
Kuliah
subuh, Surau Nurul Iman AU3 (Ahad 13.01.2013)
(1 Rabiul Awal 1434 H)
–
Ustaz Daud Salleh – U P N M .
v Surah Lukman :
Ayat
12 - “ Sesungguhnya kami telah
memberikan Lukman hikmah, iaitu bersyukur kepada
Allah. Dan siapa yang bersyukur kepada Allah
sesungguhnya dia bersyukur kepada
dirinya sendiri. Dan siapa yang
kafir (tidak bersyukur), sesungguhnya Allah maha kaya lagi Maha terpuji.”
Ayat
13 – Dan ingatlah ketika Lukman berpetuah kepada anaknya. ‘Hai anakku!
Janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah
kezaliman yang besar.”
Ayat
16 – (Lukman berpetuah). “ Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu
perbuatan) walaupun sebesar biji sawi (atom) tersembunyi di dalam batu (gua),
di ruang angkasa atau bumi, niscaya akan diperhitungkan Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Ayat
di atas merupakan 3 daripada 34 ayat di dalam Surah Lukman yang merupakan surah ke 31
daripada 114 surah dalam Al Qur’an.
Persoalannya
siapakah Lukman sehingga namanya disebut dan diabadikan oleh Allah di dalam Al
Qur’an? Beliau membawa pengajaran yang
banyak di dalam mendidik anak-anak. Sebahagian ulama berpendapat beliau
merupakan seorang nabi dan bukan Rasul. Tetapi sebahagian besar ulama
berpendapat dia bukan juga seorang nabi tetapi seorang manusia yang soleh. Percanggahan pendapat yang
sama juga berlaku kepada Khidir dan Danial.
Lukman
merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Beliau seorang hamba yang kerjanya
menjual kitab. Pada suatu masa beliau
hendak dijual oleh tuannya. Apabila datang seorang pembeli hendak membelinya,
beliau bertanya kepada pembeli tersebut
kenapa hendak membelinya. Jawab pembeli dia memiliki ladang yang luas dan nak
guna Lukman untuk mengerjakan Ladangnya. Lukman berbisik kepada pembeli itu “
tidak guna kamu beli aku sebab aku memang tidak suka dan tidak akan buat kerja
ladang dan kamu akan rugi membeli aku.
Maka pembeli terfikir kebenaran kata2 lukman dan tidak jadi membeli
Lukman. Datang lagi seorang pembeli
untuk membeli Lukman bagi tujuan
memecahkan batu dan Lukman pun berbisik perkara yang sama iaitu dia tidak akan
dan tidak buat kerja- kerja memecah batu. Begitulah seterusnya yang berlaku
kepada pembeli-pembeli hamba yang lain sehingga tiba kepada pembeli hamba yang
terakhir. Apabila Lukman bertanya untuk
apa dia hendak dibeli , Pembeli menjawab untuk jadikan Lukman sebagai penjaga rumah.
Tugas Lukman apabila tuannya keluar rumah, dia kunci pintu rumah. Apabila tuannya
pulang dia buka pintu rumah. Lukman berkata “ Ya aku setuju dan boleh buat
kerja tersebut dan kamu akan beruntung membeli aku. Lalu Lukman dibawa balik
oleh tuan yang baru.
Adapun
tuannya itu menghadapi masalah besar yang tidak dapat diselesaikan olehnya dan
beliau telah putus asa. Masalahnya ialah
dia memiliki 3 orang anak gadis. Apabila beliau keluar rumah maka anak gadisnya
pun akan keluar juga tetapi menjadi pelacur murahan / GRO untuk tujuan
suka-suka mereka sahaja.
Hari
pertama tuannya keluar rumah, maka anak-anak gadisnya mula bersiap-siap dengan
wangi-wangian dan pakaian yang menggairahkan dan beraksi (catwalk) di hadapan Lukman dan meminta
pendapat tentang kecantikan mereka . Lukman tidak termakan oleh godaan mereka
dan menjawab Allah yang menciptakan mereka lebih Maha Cantik dan indah. Apabila
Lukman tidak mahu membuka kunci pintu rumah, maka mereka marah dan
memukul-mukul Lukman sehingga bengkak-bengkak dan luka berdarah. Kemudian anak-anak gadis tuannya masuk semula
ke dalam bilik mereka. Apabila tuannya pulang didapatinya anak-anak gadisnya masih
berada di rumah dan Lukman telah mencuci dan merawat luka2 di badannya. Lukman telah menjalankan
tugasnya dengan baik dan amanah.
Perkara
yang sama berulang-ulang ke hari-hari seterusnya, sehingga sampai satu ketika
anak gadis tuannya yang sulung terfikir dalam hati “ sedangkan Lukman seorang
hamba boleh memegang amanah ayahnya untuk menjaga mereka tanpa menghiraukan
keselamatan dirinya. Mengapa tidak dirinya
manusia yang merdeka dan mewah untuk memegang amanah menjaga diri dan
adik-adiknya?. Alhirnya Kakak yang sulung itu insaf. Lama-kelamaan Adik yang
lagi seorang juga turut insaf, akhir sekali ketiga-tiga anak-anak tuannya
telah berubah menjadi baik.
Persoalan
telah timbul kepada pemilik pusat hiburan yang selalu dikunjungi oleh gadis2
tersebut, kenapa gadis2 tersebut telah lama tidak berkunjung ke tempat itu
seperti biasa. Apabila disiasat mereka mengetahui bahawa gadis2 tersebut telah
insaf. Masa berlalu akhirnya keinsafan
ini berlaku juga kepada semua orang di pusat hiburan/maksiat tersebut. Akhir sekali.. lama kelamaan, di atas sifat mulia dan amanah
Lukman, Keinsafan telah merebak ke kampung, ke pekan dan seluruh negeri
tersebut. Diberitakan bahawa Lukman
mencecah usia seribu (1000) tahun.
v Didalam sepanjang tempoh
sistem penyiaran di Malaysia, TV 1 berkonsep lain dari yang lain iaitu apabila
tiba masuk waktu solat, maka rancangan akan berhenti sejenak dan menyiarkan
siaran azan. Siaran azan tidak putus-putus keudara setiap kali tiba waktu
solat. Ramai yang suka dan terdapat juga yang tidak gemar bukan sahaja orang
bukan Islam tetapi ada juga Penganut Islam sendiri yang tidak gemar. Ada juga pengganut bukan Islam yang terfikir
akan makna-makna sebutan di dalam azan tersebut. “ aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
Allah”.. Maka ada yang tertanya-tanya terutama anak-anak sekolah “ Habis kalau
tiada Tuhan lain selain Allah, mana Tuhan Kami?...Jawapannya jelas , Jika Tiada
Tuhan selain Allah maka maknaya Tuhan lain tidak ada. Nama Allah adalah hak
eksklusif Orang-orang Islam. Namun Sejak zaman nabi-nabi terdahulu tidak ada
ayat yang mengatakan bahawa agama lain tidak boleh menyebut nama Allah. Berapa ramai malah berapa juta, bilion
umat-umat sejak zaman nabi Adam yang menyebut nama Allah tetapi tidak beriman
dengan Allah, termasuklah orang-orang munafik yang berpura-pura Islam, yang
mengambil sebahagian ajaran AlQur’an tetapi menolak yang lain. Ramai juga berpendapat
dengan memberi kebenaran agama lain menggunakan nama Allah akan lebih
memudahkan berdakwah kepada Islam. Sejak
dahulu kala sebelum Muhammad (pembawa Al
Qur’an), terdapat 3 sahaja agama samawi
yang diiktiraf oleh Allah dan menggunakan nama Allah di dalam kitab,
Iaitu Taurat, Zabur dan Injil tetapi semua kitab-kitab tersebut telah
diselewengkan. Dalam Agama Kristian ada
guna nama Allah tetapi menyatakan Isa itu anak Allah, sedangkan di dalam Islam
(Al’Qur’an) Isa itu adalah pesuruh Allah
, seorang Rasul yang membawa kitab Injil , dan Isa adalah hamba Allah, anak
kepada Mariaym dimana dengan kuasa Allah Mariam melahirkan Isa tanpa bapa
sebagaimana Allah berkuasa menjadikan Adam tanpa Ibu dan bapa dan menjadikan
Hawa juga tanpa Ibu dan bapa.
v Ada persoalan kenapa
wanita yang datang haid (period) dan nifas
tidak dibenarkan solat tetapi wanita
yang mengandung diperintahkan solat sedangkan wanita yang mengandung itu
membawa beban yang berat di dalam perutnya. Sains kedoktoran telah membuktikan
bahawa apabila wanita haid dan nifas melakukan
solat dan bersujud maka kandungan darah yang kotor dalam badan akan bercampur
dengan darah bersih dan keseleruhan darah tubuh badan akan dialiri darah yang
kotor dan boleh membawa maut. Apabila wanita mengandung solat dan sujud darah
dalam badan akan dipam ke dalam janin dan memberi kesihatan yang baik kepada
janin. Darah bersih di dalam badan kita hanya 1 liter berbanding darah kotor. Apabila
kita solat darah bersih sebanyak 1 liter akan bertambah menjadi 6 liter.
v Ada seorang warga Amerika
di Malaysia yang masuk Islam telah masuk ke dalam majlis diskusi
kelumpuk-kelumpuk bijak pandai orang Yahudi.
Sebelum Islam beliau telah memahami dan mengkaji keseluruhan Kandungan
Al Qur’an. Dan bertanya kepada bijak pandai Islam, Sudahkah kamu mengkaji dan
memahami Al’Qur’an. Sebahagian besarnya tidak faham akan Al Qur’an. Rasululllah s.a.w. telah menyindir umat Islam
yang membaca Al’Quran tanpa mengetahui tafsir dan makna Al Qur’an sama
seperti keldai. Keldai lebih bodoh dari
lembu, ia mampu membawa berpuluh puluh kitab sekali jalan tetapi tidak tahu membaca dan apa makna
kandungan kitab-kitab tersebut.
Dalam 5 waktu solat, ada 1 waktu solat berjemaah yang
utama yang Allah dan Rasullullah betul-betul mengambil kira untuk menentukan
penilaian keimanan iaitu solat subuh. Solat yang mula-mula disebut pula ialah
solat Zohor, kemudian asar, kemudian maghrib, Isyak dan subuh. Tidak ada
gunanya berqiamullail di tengah-tengah malam tetapi tertinggal solat subuh.
Barangsiapa solat Isyak secara berjamah akan dapat pahala separuh Qiamullail
(berjaga sepanjang malam untuk beribadat). Barangsiapa solat subuh berjamaah
akan dapat pahala sama seperti melakukan qiamullail sepanjang malam. Rasulullah
s a w berpesan solatlah Isyak dan subuh secara berjamaah. Barangsiapa tidak
solat subuh berjamaah maka imannya lemah. Dia seorang yang lemah iman.
No comments:
Post a Comment