Kuliah Subuh , Selasa 12 Feb 2013 1 Rabiul Akhir 1434 Uz Jaafaruddin , Perak –
di Surau Nurul Iman ,
AU3 Keramat
Kitab Imam Ghazali – Bidayatul Hidayah. Kitab yang cenderung kepada menuntut Ilmu.
Wasiat Imam Ghazali,” Kalau menuntut
ilmu jangan sampai menunjuk-nunjuk dan menjual agama. Ilmu Allah tidak boleh
dijual beli. Janganlah kita meletakkan harga yang tinggi kepada Ustaz
semata-mata untuk ustaz membatalkan jadual dan program asalnya. Itu
menggalakkan orang menjual agama.
Tidak ada orang yang paling bodoh selain
orang yang membayar untuk ke neraka. (Kalau
untuk majlis berunsur maksiat seperti Konsert Gangnam ada orang
sanggup bayar hampir RM2 juta)
Sabda
Rasulullah s a w, “barangsiapa yang menolong orang lain melakukan maksiat walau
separuh kalimah maka orang itu dikira berkongsi dengan perbuatan melakukan
maksiat.” Walau setakat menunjukkan jalan ke konsert Gangnam atau ke disko.
Tidak boleh menjual tanah walau pembeli
meletakkan harga yang sangat tinggi kalau kita tahu tujuan pembeli itu adalah
untuk tujuan maksiat seperti membina kilang arak, judi membina rumah berhala atau
sebagainya.
Kata Imam Ghazali “ Kalau niatmu menuntut ilmu untuk mendapat hidayat Allah dan bukan sekadar nak pandai
bercakap atau menunjuk-nunjuk maka hendaklah kamu bergembira kerana ribuan
malaikat telah mengembangkan sayapnya memohon do’a untuk kita. (Malaikat adalah
makhluk yang taat dan setiap do’anya dimakbulkan.) Dan ikan-ikan di laut
memohon ampun untuknya. Makhluk Allah dimuka bumi ini sentiasa berzikir dan bertahmid
dengan cara mereka yang tersendiri. Orang yang berniat dan merancang untuk ke
majlis ilmu tetapi tiba-tiba terhalang di atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, maka ia tetap mendapat pahala
menuntut ilmu. Hanya ilmu berkenaan tidak diperolehi tetapi pahala kebajikan
tetap dapat. Allah lebih mengetahui tentang apa yang kita niatkan sama ada
ikhlas atau tidak.
“Sentiasalah peka dengan hidayah yang
Allah beri di dalam pelbagai keadaan dan rupa dan janganlah lepaskan hidayah
sebaliknya teruslah bertindak.” Contoh hidayah datang ialah apabila kita
terlihat anak kecil memegang alQur an untuk mengaji dan hati kita terhimbau
kenapa kita yang telah tua masih lagi tidak mengaji. Maka bersegeralah capai Al
Qur an untuk pergi mengaji.
“Dan hidayah itu ada bidayahnya iaitu permulaan bahkan ada
nidayahnya iaitu kesudahan. “ Ada hidayah zahir dan ada batin. Ada ilmu pokok
dan ada cabang. Kita tidak akan sampai ke nidayah dan batin hidayah selagi mana kita tidak
sempurnakan zahir ilmu itu. Contohnya, apabila kita nampak perbuatan seseorang
itu melakukan kebaikan itu adalah adalah
zahir. Tetapi kita tidak tahu batin orang tersebut. Ini membawa makna bahawa kita hendaklah
belajar asas ilmu terlebih dahulu sebelum mengaji ilmu makrifat. Ilmu luar itu
adalah lebih penting berbanding ilmu yang dalam. Perdalami lah ilmu yang diluar
terlebih dahulu. Janganlah mudah terpengatuh. Apabila menuang air
perlahan-lahan ke dalam cawan ia akan masuk ke dalam bekas dengan baik dan
sempurna sebaliknya kalau tuang air sekaligus serta merta air akan tumpah ke
lantai dan tidak masuk ke dalam cawan melainkan sedikit.
Imam Hanafi (mazhab hanafi) belajar
selama 55 tahun namun masih merendahkan diri dan berkata “ Jika ada yang tidak
betul tentang ilmu aku ini tolong betulkan.
Kalau kita tabah, sabar dan suka dalam
menuntut ilmu kelak nafsu kita pun dapat ditundukkan. Jangan sekali-kali
terdetik di hati kita mengatakan kita telah tua untuk menuntut ilmu, dah benak
tak boleh masuk dan sebagainya kerana
kata-kata itu akan jadi do’a. Yakinlah dengan kejayaan kerana keyakinan sangat penting
dalam segala-galanya. Akhirnya nanti kita akan sampai ke penghujung hidayah.
Seandainya didapati hati tidak memberi perhatian kepada ilmu dan suka berlagak
maka itu tanda kita tunduk dengan perintah syaitan.
Iblis
akan buat kita buat banyak alasan dan lari dari kebaikan. Mengaji hendaklah
menghadap uztaz atau tok guru kerana lebih fadhilatnya. Memandang wajah guru
pun dapat pahala.
Haruslah sedar bahawa hendak
mati bawa iman tidak semudah yang kita
rasa dan sangka kerana iman akan batal bila-bila masa sahaja. Dan jika semasa
kita mati itu iman kita terbatal maka kita akan mati di dalam keadaan kekafiran
dan masuklah neraka selama-lamanya bagi orang-orang yang kafir. Persenda hukum
hudud, Qisas dan sebarang hukum Allah itu membatalkan iman. Termasuk mengambil
ringan hukum tersebut apatah lagi menentangnya.
Maka batallah iman dan syiriklah hukumnya. Maka jika terjadi yang demikian
pada diri kamu, maka segeralah kamu bertaubat dan mengucap agar kamu sempat
mati di dalam keadaan Islam semula. Itulah syarat-syarat untuk masuk ke syurga.
Walaupun kamu sebelumnya akan dimasukkan ke neraka kerana dosa-dosa yang lain,
akhirnya setelah cukup tempoh kamu tetap akan dibersihkan dimandikan di sungai
syurga dan dimasukkan ke syurga bertatahkan emas. Amin... Mudah-mudahan kita
semua tidak terjerumus ke neraka dan Allah melimpahkan rahmatNya membawa kita kesyurga. Jagalah iman kita.
Ustaz
Jaafaruddin – Perak (Pendakwah di pelantar minyak) Surau
Nurul Iman Kuliah Subuh – 29 April 2012.
Sesungguhnya
tanda-tanda kiamat itu tidak terjangkau oleh gambaran dan fikiran kita. Tidak
tergambar jenis-jenis siksaan . Sebab itulah kita tidak dapat menanam
kepercayaan dan keimanan terhadap kiamat. Sekiranya kita percaya dan yakin pada Hari Kiamat maka
kita akan berkira-kira untuk membuat dosa. Kita akan berfikir banyak kali untuk melakukan
dosa. Barangsiapa yang tidak mengalami
kiamat besar sudah pasti akan mengalami kiamat kecil iaitu kematian. Kiamat
besar itu ialah apabila gunung –ganang dan matahari pecah hancur menjadi debu dsb.
Orang-orang
yang melakukan dosa, berbuat zalim dan maksiat adalah orang-orang yang tidak
percaya akan hari kiamat. Andaikata mereka kata percaya kepada hari kiamat
maknanya mereka bohong.
Asas
kepada kehidupan adalah udara/nafas dan air. Asas kepada rumahtangga/perkahwinan
adalah persefahaman dan menerbitkan zuriat. Maka di dalam Islam asasnya adalah
iman. Sedangkankalau kita percaya kepada Al qur’an tetapi kita tidak percaya
kepada kitab taurat, zabur, Injil dan suhuf-suhuf pun kafir hukumnya kerana
semuanya itu adalah kitab. Percaya kepada kitab-kitab adalah sebahagian asas
Iman. Cuma kitab-kitab tersebut telah dipalsukan oleh orang-orang kafir. Tetapi
kita wajib percaya adanya kitab-kitab tersebut.
Hukum
pergi kepada tukang tilik, Horoskop adalah haram dan kafir hukumnya. Hanya nabi
yang boleh menyampaikan ramalan masa akan datang melalui wahyu Allah yang
disampaikan oleh Malaikat Jibrail. Janganlah kita bermain-main dengan kalimah
Wahyu kerana wahyu hanya turun kepada
Nabi & Rasul. Dan kita hanya boleh lihat wajah para Nabi, Rasul dan malaikat di hari
akhirat.
Mati
itu adalah pemutus nikmat. Sedangkan
cerita mati itu pun sudah mematikan nikmat. Sesedap manapun makanan hidangan dihadapan
mata atau pesta tiba-tiba rasa tersebut akan mati apabila mendengar berita
kematian.
Orang
yang ingat mati akan berkira-kira untuk melakukan dosa. Apabila telah datang
ajal tetap tidak dapat tertangguh walau sesaatpun. Sedangkan ramai doktor pakar
‘cancer’ atau pakar jantung boleh mati kerana sakit cancer dan jantung. Maka
sedarlah bahawa hidup di dunia ini hanya tempelan. Dan akhirat itu adalah hidup
untuk selama-lamanya dan tiada batasan.Tidak terbatas. Di dunia segala-galanya
terbatas. Kayalah walau berduit berbilion-bilion…..tetapi tak boleh memiliki
isteri lebih dari 4. Bukan boleh kawin sampai 100. Tetapi di akhirat
Isteri-isteri yang terdiri dari bidadariitu tidak terbatas dan memang kita
diberi kemampuan yang tidak terbatas.
Maka
syurga itu diberi kepada orang-orang yang matinya ada iman. Orang-orang yang
matinya di dalam keadaan beriman. Hanya orang-orang yang terpilih akan mati di
dalam iman dan masuk ke syurga. Itulah dia orang-orang yang istimewa. Iaitu
orang-orang yang ada sumbangan kepada agama. Iaitu orang-orang yang taat kepada
Allah dan rasul dan hidup bergelumang dengan kepayahan susah payah.Sesungguhnya
keindahan syurga itu tidak tergambar oleh akal. Sedangkan kita di dunia hendak
berjumpa agong pun perlu ada sumbangan
kepada Negara baru dapat kurniaan pingat. Apalagi hendak bertemu Allah dan
dapat anugerah Allah.
No comments:
Post a Comment