Ustaz Najhan - Kunci Alam Ghaib ; Istimewanya Ramadan itu

Sabtu 13 Julai 2013 , 5 Ramadhan 1434 H, Surau Nurul Iman, Uz Najhan.
Solat fardhu berjamaah setanding dengan 30 hari solat terawih secara berjamaah. Pahala solat Terawih dan solat witir pada satu malam sama seperti 1 pahala mengerjakan 1 solat Fardhu. Satu solat fardhu berjamaah di bulan Ramadhan adalah 70 kali ganda darjatnya.
Ulama-ulama berkata bulan Ramadhan adalah satu pecutan untuk kita berlumba-lumba mengejar pahala dan syurga. Sultan Mohd Fateh tidak pernah tinggal solat fardhu dan solat -solat sunat rawatib, tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud semenjak bia baligh sehinggalah sampai berlaku peperangan. Boleh kah kita seperti itu? Kalau kita mahu menjadi sepertinya maka pada bulan Ramadhan inilah masanya. Ramadhan adalah masa untuk kita ganti ('Cover') segala kekurangan ibadat kita masa lalu. Umat-umat nabi terdahulu sampai beribu-ribu tahun umurnya dan sepanjang umur mereka itu mereka penuh melakukan amalan ibadat. Maka Rasulullah s a w kagum kerana umatnya tidak sampai umtur seperti itu. Kemudian Nabi s a w momohon supaya Allah memberi kelebihan kepada umatnya. Allah telah memakbulkan do'a nabi s a w . Kelebihan itu ialah allah telah mengurniakan kita bulan Ramadhan dan fadhilat-fadhilatnya. Ini kerana di dalam Ramadhan terlalu banyak kelebihan yan gmembuat amalan kita standing dengan amalan-amalan orang-orang yang terdahulu,
Perkataan Ramadhan itu orang-orang jahiliyah telah lama tahu dan telah disambut oleh mereka sebab mereka telah kenal apa itu ramadhan. Untuk mengenali bulan Ramadhan itu perlulah ada ilmu. Maka carilah ilmu tentang apakah rahsia Ramadhan. Pada bulan Ramadhan juga ada solat terawih yang mana dengan melakukannya bersungguh-sungguh akan menampung  ("cover")dan menampal kekurangan amalan-amalan fardhu kita selama ini. Sabda Rasulullah s a w , solat sunat itu adalah menampung/menampal/cover kekurangan solat fardhu. Solat terawih itu sendiri adalah Qiamulail. Kita boleh juga mengerjakannya sebelum tiba subuh. Untuk bertahajjud pula jika kita terlelap seminit atau sesaat pun masih laya mengerjakan solat tahajjud. Qiamulail bermula selepas waktu Isyak. Tidak semestinya ia dikerjakan pada pukul 4.00 pagi....-sebahagian nota hilang-....
 Kemudian hikmah kepada Ramadhan itu adalah puasa itu sendiri. Ramdhan itu adalah perkara yang sangat baik pada kait. Maka apabila dating perkara yang baik hendaklah kita rasa gembira dan bersyukur dengan kedatangannya serta merasa seronok. Berseronoklah menyambut Ramadhan dan mengerjakan segala amalan-amalan yang dianjurkan oleh Allah kerana disitu terdapatnya balasan yang besar dari Allah. Maka sesispa yang mengeluh adalah mereka yang tidak beriman.
Ramadhan juga mengajak kita mengenang nasib orang lain. Ada orang yang terpaksa berperang untuk mendapatklan sebiji kurma tetapi kita melimpah ruah rezeki dan mudah mendapat kurma. Disediakan pula Baazar Ramadhan yang kemudiannya berakhir dengan membazir. Awalnya Bazar-Akhirnya Bazir.

Ada orang yang bersolat subuh berjamaah ditembak sehingga mati tetapi kita disediakan tempat untuk berjamaah yang cantik dan selesa masih tidak mahu pergi.  Satu-satunya ibadat yang kita tidak tunjukkan dan tidak Nampak adalah puasa. Puasa tidak mendedahkan amalan kepada pengamalnya. Hanya orang yang puasa dan Allah sahaja yang tahu bahawa ia berpuasa. Maka puasa tidak terdedah dengan riak kalau kita melakukan bersungguh-sungguh.

Kemudian janganlah kamu riak kerana riak itu adalah syirik kecil. Bagaimanakah untuk membuang sifat riak itu? Jawabnya adalah puasa.

Apa yang berlaku di dunia islam sekarang, di tumur tengah seperti di Palestin, Mesir dan sebagainya sekarang ini, dengan kezaliman kepada umat islam bukanlah dari orang-orang kafir, akan tetapi adalah dari kalangan umat islam sendiri, yang islam pada nama tetapi munafik. Orang munafik ini kalau mereka solat, mereka solat bersama-sama Rasulullah. Akan tetapi diluar solat mereklah orang yang pertama menentang Rasulullah. Di Mesir orang-orang ini sendiri mengaku bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin. Itulah buktinya bahawa Allah menunjukkan dengan terang tentang orang munafik ini.





Sabtu 13 Okt 2012 – Surau Nurul  Iman Uz Najhan

Kunci Alam Ghaib dimana semuanya adalah Ketentuan Allah.
1.  ................(tak sempat salin)
2.  Kejadian alam seperti angin, hujan dsb. Segalanya didatangkan oleh Allah dengan sebab yang Allah sahaja Tahu.  Pada zaman nabi Sulaiman Seorang wanita telah mengadu bahawa  kulit2 kayu yang dijualnya  telah diterbangkan angin dan hilang mata pencariannya diwaktu itu. Nabi memanggil angin dan bertanya lalu jawab angin, “ Tuanku, Nun di itengah lautan sana terdapat kapal yang bocor layarnya dan tidak boleh bergerak, maka aku ke sana supaya kapal itu dapat diselamatkan”
3.  Rahim Ibu. Tidak ada saintis yang mampu menyuap makanan ke mulut janin yang di dalam rahim ibu.
4.  Hari esok & masa akan datang. Sedetik selepas inipun kita tidak tahu apakah yang akan berlaku.
5.  Mati-Selalu berdoa memohon kepada Allah supaya mati di dalam keadaan yang baik (apa-apa sahaja keadaan mati asalkan dalam keadaan baik dan bukan didalam keadaan masih berdosa dan sedang melakukan dosa) Itulah yang dinamakan mati dalam Husnul Khatimah

Keistimewaan para sahabat ialah mereka itu semuanya karamah kerana mereka itu semuanya wali Allah. Mereka boleh mendengar alam-alam Ghaib. Satu hari sahabat telah mendengar satu bunyi yang dhayat dan mereka bertanya kepada Rasululllah apakah bunyi itu. Jawab Rasulullah itulah bunyi batu yang jatuh ke Dasar Neraka setelah 70 tahun perjalanan dari permukaan.  Suatu Hari Seorang pemuda telah datang bertanya kepada Rasulullah, Apakah itu Islam, Iman dan Ihsan. Selepas itu Rasulullah bertanya sahabat” Kamu kenal tak orang itu? “Tidak” Kata Rasulullah itulah Jibrail  yang menjelmakan dirinya sebagai manusia.

Rasulullah bersabda ‘ Orang yang masuk neraka adalah orang-orang yang enggan masuk syurga iaitu orang-orang yang ingkar. Bahan –bahan bakar di Neraka ialah manusia dan jin. Seseorang itu hanya selamat dari api neraka jika anak-anak dan isterinya juga selamat dari api neraka. Ibarat keretapi, kalau kepala tergelincir, gerabak juga akan tergelincir. Kalau gerabak tergelincir, kepala turut tergelincir. Suruhlah anak-anak dan isteri kamu solat dan jalankan perintah Allah jauhkan laranganNya tanpa rasa jemu dan letih. Mungkin setelah kita mati baru mereka akan ikut nasihat.

Di dalam Islam seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain melainkan :
1.  Pemimpin sesebuah negara menanggung dosa rakyat. Setiap seorang dosa rakyatnya akan ditanggung di akhirat oleh pemimpin kelak.
2.  Suami menanggung dosa isteri. Kalau isteri buat baik suami pun dapat pahala. Suruhlah isteri solat atau berjemaah atau mendengar majlis ilmu di surau. Jika isteri berusia muda arahlah supaya ditemani oleh jiran berpangkat makcik (usia matang) atau muhrim supaya selamat pergi dan balik dari fitnah. Sesungguhnya Asal usul kewajipan mengajar isteri adalah suami, bukan Ustaz. Tetapi kalau suami tidak mampu boleh hantar kepada ustaz dengan kaedah di atas.
3.  Ayah menanggung dosa anak. Kalau ayah sudah puas mengajak anak dan mereka tetap ingkar sehingga mati maka ayah boleh guna dalil nabi nuh yg gagal mengajak anak dan isteri beriman. Nabi Nuh tidak dapat menyelamatkan anak dan isterinya dari api neraka kelak. Besarnya jasa nabi Nuh adalah selama 999 tahun dia berdakwah namun berjaya ajak 80 orang beriman sepanjang hidupnya.
4.  Orang yang menyuruh dan mengajak orang lain membuat dosa. Mereka akan menanggung dosa orang tersebut.
5.       Orang yang redha sesuatu dosa itu dilakukan oleh orang lain. Dia nampak kelakuakn dosa dan dia tahu kelakuan dosa tetapi dia tidak menegahnya.
Muka para malaikat zabaniah bengis-bengis belaka. Mereka sentap manusia di bahagian ubun-ubun kerana bahagian inilah terletaknya bahagian otak aktif  menipu. Mereka bertindak tepat dan tidak pernah membuat silap dan 100% taat.  Nabi dibukakan pintu syurga dan melihat  terlalu ramai golongan miskin. Ini kerana orang-orang miskin tinggi tahap kesabarannya, dan ketaatannya. Nabi dibukakan pintu neraka dan melihat terlalu ramai wanita. Ini kerana wanita cenderung melakukan perbuatan-perbuatan dan perkara  yang orang lain mendapat dosa dan masuk neraka kerananya.
Tanggungjawab utama wanita adalah patuh kepada suaminya (melainkan kepada perkara dosa).

Kata ulama, 7 peringkat Neraka:

1.       Neraka untuk orang-orang kafir
2.       Neraka untuk orang-orang islam yang ingkar. Pendusta agama.
3.       Neraka untuk orang  lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia
4.       Neraka untuk mereka yang makan harta anak yatim.
5.       Neraka khas untuk orang-orang yang meninggalkan solat
6.       Neraka untuk orang-orang yang berbuat dosa besar
7.       Neraka untuk orang-orang yang menentang nabi iaitu terutamanya golongan Munafik dan Yahudi


 

 HOME




No comments:

Post a Comment