Uz Azahari Ibrahim Tahfiz Bandar Baru Selayang - Perkara Merosakkan Akidah/murtad (Dan Koleksi dari FB)



17 Syawal 1436 H.....2.8.2015 Ahad,  tazkirah subuh Surau Nuru Iman, Keramat Wangsa, KL.

Uz Azhari

Perhiasan hidup dunia.

Beruntunglah kita yang istiqamah solat subuh berjamaah di surau/masjid di ketika orang lain terpelanting iman mereka dan terlupa di mana surau setelah berlalu Ramadhan.

Ada yang menumpang bulan Zulhijjah kerana tak cukup Syawal untuk buat rumah terbuka.

Jika tiada sebab penting tak perlulah buat open house...

Utamakanlh puasa 6.
Uztaz pun (setakat hari ini) 'tak done' nak habiskan puasa 6. Dalam HP sampai tak terbaca jemputan open hse, open office, open unit.
Jika buat open hse jangan sampai berlebihan...lebih2 lagi sampai tukar langsir, cat rumah...

Ada yang melampau sampai menutup jalan utama, menghalang orang lain lalu, sampai jalan jem....

Di KL amalan di bulan Ramadhan lebih lengkap dengan solat terawih, tazkirah, tadharus alquran, semakan bacaan alqur'an. Di kg uz, solat terawih 20 rakaat tapi ayat lazim yg sama dibaca  , imamnya adalah orang yg sama semasa zaman ustaz sek dulu,  sampai skrg imam tu juga.

Bila bulan Ramadhan jangan kita patah balik amalan dari rajin ke surau kepada malas semula ke surau.

Kata ulama, Hamzah Yaakob:  kerana 6 perkara, kita gagal hampir dgn Allah:

1.cinta dunia

2.cinta harta kekayaan

3.utamakan dunia dan lalai amalan akhirat. Fikirkan lah kiamat kita, mati kita.

4.kita mempersukutukan Allah dgn yg lain. Perkara dunia jadi penghalang ibdt

5.cinta kpd perkara yg beri kesan buruk pada kita.

6 kita mncintai org kafir yg membenci Allah dan Islam.

Huraian:

1.  Cintakan dunia. Wanita, anak cucu, tanaman, haiwan ternakan, perhiasan..Itu menghalang kita hampir dgn Allah.
     bukan soal wanita itu jahat tapi itu kata Allah. Dalam neraka pun ramai wanita. Walaupun wanita bnyk bekorban bersalin 5 hingg 15 kali. Antara sebabnya adalah kerana angkara lelaki yg tidak mendidik wanita di bwh tanggungjawabnya.

Yg rajin buat program ialah wanita, kuliah kaum muslimat. Kaum muslimin tazkirah kedai kopi.

Adam itu ada tanggung jawab besar. Itulah Kaum adam.
Kenapa skrg bumi tak makmur?, kerana kaum Adam lembab.
Para suami dan bapa bermasalah.

Kenapa Malaysia kini bermasalah?, kerana pimpinan lelaki gagal memimpin wanita di bawahnya mencapai redha Allah..

Lelaki tidak menjadi khalifah Allah seperti dikehendaki Allah.

Siapa tak kenal isteri Tuan Guru Nik Aziz,  Puan sabariah, wanita hebat tiada kelulusan tapi cekap gigih membimbing anak2. Tak perlu ikut ke mana suami pergi tapi duduk di belakang tabir membimbing keluarga ke arah islam. Anak 9. Semuanya terdidik ke arah agama.

Ada anak pemimpin 3 org je tapi bekepit dgn bukan muhrim kesana ke mari.

Maka suami kena bimbing isteri . Itu tugas suami agar ia jadi pencetus kepada kehidupan keluarga  lbh baik.


Media sosial dihujung jari kini. Para suami gagal dalam membimbing isteri dan anak2, menunjuk2 isteri cantik, anak2 berpakaian dan perhiasan yang berbangga2 diri. Ini satu yang tak betul.
Puncanya si suami.

Uz adalah suami kpd ahli persatuan pelajar sek agama yang buat majlis reunion. Penampilan isteri uz berbeza dari yang lain.....kerana peranan suami mengacu isteri kearah positif...(bukan menunjuk)
Hiasan tabaruj yang berlebihan di luar rumah adalah tidak betul.

Lelaki bimbing wanita dekat kpd Allah.

Kemudian bercerita tentang anak. Anak juga jadi fitnah kerana jika  tersalah corak akan menjejaskan nma keluarga dan ayah.

Kita kena muhasabah di mana anak kita skrg.

Ank uz 6 stgh..apa nak jadi dgn 7 org ni nanti. Mcm mana nak bimbing ...maka anak2 perempuan cepat2 kawinkan agar t jawab lepas kpd si suami. Pastikan dgn siapa anak berkawan....ke mana anak pergi dan lakukan.

Yg penting bila ditanya siapa mat rempit tu, bukan anak saya. Siapa artis tu, bukan anak saya...

Siapa uz , ustazah tu, itulah anak saya.

Semasa miskin Allah sayang, tapi bila kaya Allah murka kerana dia lupa dan kufur. Itulah qarun. Ditenggalamkan dia dan hartanya ke dalam menjadi tasik.

Biar kurang harta tapi dekat dengan Allah.
Kalau harta bnyk tp tak zakat dan sdkah amat malang.

Seorang hamba Allah offer uz nak buatkan mesjid di Sabah dan gajikan org jaga mesjid.
Kerana hartanya buat dia rimas. Rumah mewah depan surau di  Pandan Perdana tapi tak sempat pergi surau.

Usaha uz berdakwah di Sabah...12 org masuk Islam. Sampai polis datang kerana org buat aduan marah.

Kuda/kenderaan

Kenderaan mewah gunakanlah ke arah kebaikan dan dekat kepada Allah.

Beli velfire simpan di rumah. Ke mesjid bwk basikal. Alasan tak nak menunjuk. Bawak je velfire itu dgn niat kita nak buang perasaan berlagak...kita nak guna kenderaan ke jalan Allah. Kalau boleh bawak rakan2 ke mesjid.

Rumah besar ajaklah jiran buat tazkirah dan majlis ilmu...

Memandangkan kita di KL  tidak bnyk ternakan dan ladang....kita kupas kemudian
. Yg penting semua perkara yang kita ada membawa kita kpd Allah.


HOME


Sabtu- 6.4.2014 Kuliah Subuh - Uz Azahari UniKL. Surau Nurul Iman

Surah Al  Imran...Ayat 190-191:

  " Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"  

"(Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.

Ujian-ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah untuk menambah keimanan kita.

Sabda Rasulullah s a w , terdapat 5 musuh kepada umat Islam :
1. Orang sesama Islam yang membenci
2. Orang Munafik yang dengki
3. Orang kafir yang memerangi
4. Syaitan yang mengancam 
5. Nafsu yang mendorong.

Kita bincangkan tentang nafsu yang mendorong.

Di dalam hand phone kita ada sim kad. Melaluinya kita boleh buat perkara baik dan perkara jahat. Begitu juga dengan nafsu. Kalau tiada nafsu hidup ini tiada kemanisannya. Nafsu tidak boleh dibunuh, jika dibunuh matilah tuannya. Akan tetapi nafsu adalah untuk kita jinakkan supaya ianya sentiasa memberi kebaikan kepada kita dan menyelamatkan kita dari kemusnahan di dunia dan akhirat. Bagaimanakah cara kita hendak mengawal dan menundukkan nafsu agar  jiwa jadi kuat..?

Kata para ulama perkara pertama yang harus dilakukan ialah melalui zikrullah iaitu menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah termasuk memgingatinya di dalam majlis-majlis ilmu tazkirah. Kita lupa bahawa maksud zikir itu ialah ingat Allah. Sebab itulah kita berzikir (ingat Allah) tetapi kita tidak kenal Allah. Dan kita tidak perasan bahawa Allah tidak pandang zikir kita itu kerana kita tidak kenal Allah. Tidak kenal maka tidaklah ia cinta. Kita kena memahami makrifatullah baru boleh datang cinta dalam ingat Allah. Ramai di kalangan kita yang beribadat sekian lama tetapi masih tidak kenal Allah. Sebab itulah tidak dapat merasai kemanisan beribadat,

Kalau kita tidak bertandang ke rumah Allah semasa di dunia ini bagaimana kita boleh dapat masuk ke taman-taman dan rumah-rimah Allah di akhirat. Sejauh mana kita dapat rasa kemanisan di dalam solat? Sekian lama kita beribadat....Sejak dahulu solat subuh dua rakaat, sekarang pun masih juga dua rakaat. Adalah lebih baik kita tambah dua rakaat sunat sebagai tanda ada kemanisan di dalam solat. Tanda tiada kemanisan di dalam solat di antaranya apabila tergesa-gesa solat takut tertinggal rancangan tv. Tempoh lama solatnya sama dengan tempoh iklan tv. Iklan habis solat pun habis.

Lakukanlah solat Dhuha dengan sempurna. Di antara petanda jauh dari Allah ialah di antaranya ...semakin lama semakin jarang membuka Al Qur'an. Peganglah Qur'an kalau tidak sempat baca. Sikap kita kalau ada keperluan hajat barulah buat majlis bacaan Qur'an dan do'a selamat. Kalau selalu datang ke surau tak apa. Tetapi kalau jarang-jarang atau tidak pernah datang ke surau, seolah-olah meletakkan syarat untuk dekat kepada Allah. Jika ada hajat yang terdesak baru datang surau buat majlis do'a selamat. Itu tidak betul.

Cerita semasa: ada seorang hamba Allah bermimpi menemui pesawat MH370 dengan menaikinya. Beberapa kali beliau bermimpi siri-siri yang sama. Beliau cerita di dalam face book.  Kemudian ustaz pun menempelaknya nya di dalam fb.

Kata Uz Dato Ismail Kamus kepada anak-anak muridnya, kalau mimpi berjumpa guru kita sekalipun jangan dilayan kerana itu adalah  jin.  Syarat untuk mendapat mimpi yang baik tidak mudah kerana ianya ada syarat-syarat yang perlu disempurnakan. Syarat-syaratnya  ialah perlu wuduk dengan sempurna, kena solat 2 rakaat, kena berzikir.

Ada hamba Allah yang alim bermimpi bertemu RAsulullah s a w pun  ada yang di "kaunter' / dipersoal semula kalau tujuan beliau menceritakan mimpinya adalah untuk promote dirinya. Ini berbeza dengan mimpi bertemu Rasulullah s a w  sebab cinta kepada Rasulullah seperti Dato' Harun Din. Allah hampir kepada kita dengan rohani kita bukan jasad. Zikir ingat kepada Allah sedetik lebih baik dari solat seribu rakaat.

Itulah proses untuk lawan nafsu. Nafsu akan kalah kerana Allah ada dalam hati kita.

Yang kedua proses lawan nafsu ialah ikat diri dengan Allah. Muraqatullah. Ikat hati dan perasaan dengan Allah. Adakah kita marah dengan nafsu atau dengan ingat Allah. Hati jiwa kenalah bersih. 

Yang ketiga kita berjihad melawan nafsu kita. Bermujahadah mengekang nafsu dengan beriadah. Beriadah itu bermaksud sukan. Sukan jiwa. Sukan jiwa itu ada 4 perkara:

1)Sedikit makan
2)Sedikit tidur
3)Sedikit bercakap
4) Banyak bersabar

Puasa Ramadhan adalah riadah melawan nafsu yang wajib supaya kita tambah ia dengan puasa sunat Syawal serta puasa Isnin & Khamis.

Kata nabi makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tip: Makan bukan sampai sendawa. Perut yang kenyang adalah jiwa yang lapar. Jiwa yang lapar akan mendorong nafsu & kemaksiatan. Bila kita lapar spontan akan cari Allah.

Berjaga malam bukan kerana menonton perlawanan bolasepak tetapi bertahajjud kepada Allah. (Rujuk surah Al Mudassir). Solat tahajjud meminta kita bangun awal. Cakap sedikit dengan sesama manusia tetapi banyak berbicara dengan Allah melalui zikir, membaca Al'Quran, solat dan tazkirah.



---------------------------

Sabtu - 4.5.2014 : Kuliah Subuh Uz Azahari UniKL

Syaitan masuk ke dalam diri kita melalui nafsu. Nafsu tersebut terbahagi kepada:

1. Nafsu Amarah iaitu kemarahan. Maka kalau kita marah ketika berdiri , duduklah. kalau masih marah juga baringlah. jika masih marah juga maka kita ambillah wuduk. Kita marah kepada syaitan, atau kepada sifat-sifat syaitan adalah berlainan dengan kita marah kerana hasutan syaitan.

2. Nafsu syahwat - Tutuplah aurat bagi kaum wanita dan tundukkanlah pandangan bagi kaum lelaki. Bersalaman menggunakan sarung tangan atau glove itu tidak membatalkan wuduk tetapi tidak menghalang daripada cas-cas syahwat.  Makal hukumnya tetap tidak bolah jika lelaki dan wanita yang bukan muhrim dan belum bernikah bersalaman walaupun berlapik dengan glove. Kalau boleh bersalaman maka berpeluk-peluk dan berdakap pun bolehlah sebab berlapik dengan jubah dan baju? Maka untuk menjaga nafsu syahwat punca-punca kepadanya perlu dijaga.

3. Nafsu terburu-buru/tergesa-gesa. Kalau Makmum masbuk, masuk sahaja surau Imam sudah membaca surah Al Ikhlas yang pendek..maka jangan terburu-buru masuk saf demi untuk mendapatkan rakaat takut tettinggal rukuk kerana nanti niat akan berubah. Biarlah berjalan seperti biasa dengan tenang. Kalau tidak sempat rukuk bersama-sama imam tidak mengapa. Boleh sujud atau sebagainya atau masuk terus ke rakaat kedua. Asalkan solat kita sempurna pada perbuatan dan pada niat serta tidak mencungap.

4. Nafsu kedekut / bakhil. Hapuskanlah sifat kedekut dan bakhil melalui zakat dan sedekah. Zakat itu adalah wajib dan sedekah itu adalah sunat. (Rujuklah fadhilat-fadhilat sedekah di dalam tajuk-tajuk lain di blog ini atau di ruangan yang lain).

5. Nafsu takabur dan sombong -  Iblis dilaknat oleh Allah kerana sombong dengan kejadian dan kelebihannya lalu tidak mahu sujud kepada Adam yang jauh lebih rendah tarafnya berbanding Iblis. Sombong itu adalah milik Allah dan pakaian Allah. Hanya Allah sahaja berhak bersifat sombong dan bermegah-megah. Janganlah kita ambil pakaian Allah, kelak kita akan ditimpa celaka.

6. Bersangka buruk -  Kalau seorang dari jemaah kita  sudah seminggu tidak datang berjamaah ke surau, kemudian dia datang kita pun tanya 'Eh ke mana kau pergi, dah lama tak nampak batang hidung. Dah tak ingat surau ke?'...Itu adalah pertanyaan tanda sangka buruk kita kepadanya. Tanyalah " Lama tidak nampak, sakit ke?"... Sentiasalah kita bersangka baik kepada saudara muslim kita kerana syaitan sentiasa mendorong kita untuk bersangka buruk dan melakukan dosa-dosa melalui nafsu-nafsu kit di atas.





Kuliah Subuh , Sabtu 3 Mac 2013 Uz Azahari Ibrahim Tahfiz Bandar Baru Selayang – Surau Nurul Iman (20 Rabiul Akhir 1434 Hijrah)

Daripada Ayat 200 Surah Al Imran. Bersiap sedia perjuangkan agama Allah. Kena 2 kali sabar. Pepatah orang Melayu sabar ada hadnya. Kata Allah sabar tiada hadnya. Penyeri kepada sabar adalah bertakwa. Akhir2 ini kecenderungan kepada agama bertambah baik. Bila kamu berazam dan bertakwa kamu akan berjaya. Sekarang ini Alhamdulillah manusia cenderung berbuat kebaikan. Ada 10 perkara yang merosakkan akidah/memurtadkan kita. Rosak akidah tidak sama dengan rosak fekah. Rosak akidah amat bahaya kerana ia memurtadkan. Maka sia-sia segala amal ibadat kita tidak akan sampai dan diterima Allah, ibarat kita sms mesej ke no yang salah. Maka apabla mati, mati dalam keadaan memusuhi Allah.

Ustaz membincangkan perkara ke 6 yang merosakkan akidah iaitu : - memperolok atau mengejak walaupun sebahagian ajaran rasulullah s a w . Tidak sah segala ibadat melainkan jika dia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah semula secara benar-benar bertaubat dan kena ulang semula amal ibadat bermula dari kosong...Ramai  dari kalangan sahabat Rasulullah di Madinah yang lari dari akidah hanya tidak percaya dengan kebenaran peristiwa Israk Mikraj. Maka mereka kafir.(rujuk Tazkirah Israk Mikraj – Us Dzulkarnain)

Amalan bidaah juga lari dari akidah. Bidaah pula terbahagi 2, bidaah dolalah yang sesat dan bidaah hasanah yang dibolehkan. Contohnya tazkirah sekarang menggunakan mikrofon yang tak digunakan oleh Rasullullah, maka itu dibolehkan. Nabi tak pakai kereta dan guna unta tapi kita boleh pakai kereta. Kalau guna mikrofon untuk karoke tidak dibolehkan kerana Rasulullah tidak menyanyi.

Perkara yang terang-terang sesat adalah meminta tolong dengan Allah tetapi melalui orang-orang  yang telah mati seperti berdoa di kubur-kubur  para wali-wali tok guru dan sebagainya  kerana hanya 3 perkara yang tidak putus apabila kita mati (anak soleh yang menoakan, ilmu manfaat yg diajar serta sedekah jariah).

Hendak berdo’a kenalah puji Allah dan selawat kepada Rasulullah. Berhati-hati bila meminum air yang dijampi. Kena faham betul2 jangan sampai terpesong akidah. Kita minum air jampi kerana ianya dibawa oleh orang yang lebih alim yang mudah diterima doanya berbanding kita yang kurang alim dan lambat diterima doa...tetapi berharap kena sepenuhnya kepada Allah. Dan air itu hanya sebagai sokongan sahaja. 

Imam bukhari pernah bertandang ke rumah seorang guru Hadis. Apabila terpandang guru tersebut memberi makan kepada haiwan ternakan dengan memegang penjerut leher untuk menangkap haiwan dengan memberi umpan makan, maka Imam bukhari membatalkan niat untuk berguru lantaran terpandang perbuatan guru tersebut.

Kedua , kita laksanakan hukum Allah berdasarkan pertimbangan manusia seperti mengelak melaksanakan hudud dan sebagainya. Berhujah agama hanya ikut logik akal yang singkat.
Kalau nak puasa kenalah ikut kedua2 cara iaitu rukyah dan falak. Jangan bila nak puasa asyik tak nampak anak bulan bila raya nampak je selalu anak bulan. Hukum Allah terbahagi kepada hukum hakam fekah dan hukum pelaksanaan jenayah. Kalau tidak laksanakan hukum Allah maka rosak lah akal. Imam Nawawai kata orang2 yang rosak akidah ini Allah tidak pandang amalan mereka.

Bidaah Dolala bercampur Hasanah . Contoh kaedah2  selawat kepada nabi jika selawat dibuat dalam bentuk yang bercanggah iaitu hanya dibuat waktu Sambutan Maulud Nabi. Waktu lain tidak mahu berselawat. Maulud Nabi sebenarnya disambut jauh lamanya selepas kewafatan Rasulullah s a w. Maka selawat dan tazkirah itu perlu dibuat dan dilaksanakan tidak kira samaada musim Maulud Nabi atau tidak. Lebih2 lagi dengan mengadakan perarakan. Ini amat bahaya.  Contoh lain ialah nisfu sya’ban apabila meawajibkan bacaan yaasin mesti 3 kali. Itu telah mewajibkan yang sunat dan harus. Jika mewajibkan jamuan yang memberat-beratkan umat juga bidaah.

Kata nabi barangsiapa yang nampak kemunkaran berlaku di hadapan matanya hendaklah ia menegah dengan tangan (kuasa) ..samaada kuasa sebagai pemerintah atau sebagai pengundi. Kalau tidak berkuasa gunakanlah lisan seperti ceramah-ceramah, tazkirah dan sebagainya.  Ataupun menulis blog  atau wall. Kalau tidak mampu maka menegahlah dengan hati dengan perasaan sebenci-bencinya terhadap kemunkaran.  Maka yang menentang dalam hati itulah selemah-selemah iman. Maka yang tidak ada langsung perasaan tersebut tiada imanlah ia. Ia tidaklah beriman dengan Allah dan Rasulnya.





Untuk Orang Islam ! : JANGAN MALAS ! BACA NI !

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun lepas kan??
JANGAN percaya lagi !!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Sumber : Nota Meor
Untuk Orang Islam ! : JANGAN MALAS ! BACA NI !

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun lepas kan??
JANGAN percaya lagi !!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Sumber : @[108390145897831:274:Nota Meor]
 
HOME
 
 
Kelebihan Solat Dhuha
June 9, 2007 by alivewire
http://alivewire.files.wordpress.com/2007/06/malaysiamosque.jpg?w=500Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


No comments:

Post a Comment