Renungan / Kongsi Ilmu Sempena Maulidurrasul
Surau Nurul Iman AU3, Tazkirah
Subuh Maulidurrasul – 24 Januari 2013 – 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah. .
Ustaz Rahimi :
12 Rabiul awal dicatatkan di dalam kelendar Islam sebagai hari kelahiran
Rasulullah(Nabi Muhammad) s.a.w. Namun ada sebahagian besar ulama mengatakan
tarikh sebenar kelahiran Rasulullah ialah pada 9 Rabiul Awal. Tetapi tidak
perlu dijadikan pertikaian kerana yang
lebih penting adalah ajaran Rasulullah yang perlu diikuti oleh umat yang mahukan
keselamatan dunia dan akhirat.
Antara tanda-tanda kenabian Rasulullah
s a w ialah, Semasa Nabi Muhammad hendak lahir, perut ibunya keluar
cahaya. Api yang disembah oleh Orang
Majusi terpadam. Istana di Parsi retak.
Apabila dirujuk kepada para alim dan pengamal kitab-kitab terdahulu, itu adalah tanda-tanda kenabian . Begitu juga
, ada tanda-tanda yang muncul ketika
kelahiran Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Di dalam ketiga-tiga kitab terdahulu yang
dibawa oleh rasul-rasul ada mengatakan
akan muncul nabi dan rasul terakhir beranama Ahmad yang merujuk kepada Nabi
Muhammad Rasulullah s a w.
Di hari akhirat kelak Nabi Muhammad tidak akan mahu masuk syurga selagi
seluruh umatnya tidak masuk syurga. Muhammadlah yang akan membuka pintu syurga dan yang awal-awal masuk syurga. Sebab itulah
kita perlu mengikuti segala ajaran Rasulullah s a w dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak
disukai oleh Rasulullah. Fahamilah makna dan sebenar tujuan kita
Bersyahadah,Solat, puasa, Zakat, dan Haji. Tuntutlah ilmu untuk itu. Bukan
sekadar ilmu yang dipelajari semasa sekolah rendah kerana itu hanya asas dan
perlu diperdalami.
Kata Rasulullah s a w , “Selagi kamu pegang kepada dua perkara, kamu tidak
akan sesat, iaitu kitabullah (Al Qur’an) dan sunnahku (hadis). Adapun Nabi dan Rasul-rasul
terdahulu adalah dari kaum Bani Israel. Hanya Muhammad nabi terakhir itu yang
dari golongan Arab. Dalam kitab terdahulu telah menyebut bahawa akan lahir nabi
dari golongan arab yang akan menghancurkan Bani Israel. Itulah logiknya kenapa orang-orang Yahudi
Bani Israel memusuhi Rasulullah dan ingin menghancurkan dan menawan Islam
terutama negeri Bumi Anbia di Palestin, tempat kelahiran Rasulullah dan nabi-nabi
terdahulu. Di Palestin juga tempat kelahiran
Imam Syafie yang kita ikut pegangan pendapatnya (mazhab Syafie). Bukan sahaja Bani Israel tidak beriman dengan
Rasul-rasul terdahulu yang memang dari golongan mereka. Malah apabila lahir
Muhamamad dari kalangan Arab Quraish, lebih-lebih lagi lah mereka memusuhi.
Orang-orang Yahudi memang banyak kelebihan dan kepandaian kerana telah
dianugerahi kepandaian oleh Allah agar mereka beriman (tetapi mereka tetap
kufur). Orang Yahudi apabila melakukan sesuatu mereka mementingkan aspek
kualiti. Itu sebabnya semua perkara dan
peralatan di dalam hidup kita dunia ini kebanyakannya adalah dari ciptaan
Yahudi.
Israel adalah nama yang baik. Israel mengambil sempena nama Allah. Iaitu
“Eli” dalam bahasa Ibrani. Yang jahat
dan laknat adalah BANI ISRAEL, Iaitu orang-orang Yahudi. Maka jangan hina nama
Israel tetapi hinalah Bani Israel.
Adapun berbalik kepada diri Rasulullah s a w, setiap patah perkataan Rasulullah
adalah bermakna dan berguna untuk seluruh umat
serta perlu dijadikan pedoman.
Kata-kata Rasulullah terbahagi dua iaitu kata-kata nasihat dan kata-kata
isyarat marah berbentuk amaran. Marah Rasulullah bukanlah dengan emosi tetapi mendidik.
Pada suatu hari ada seorang wanita berbangsa Quraish telah ditangkap oleh
puak Mahzan kerana mencuri. Maka kaum Quraish melantik anak angkat Rasulullah (Usamah) untuk memujuk Rasulullah s a w supaya meminta
wanita itu dilepaskan . Selepas itu Rasulullah bersabda “ Beranikah kamu
ringankan hukuman yang Allah telah tetapkan? “ Rasulullah bingkas bangun dan berkata
: “Punca kehancuran umat adalah apabila orang yang mulia dikecualikan dari
hukuman. Kalau Fatimah anak Muhammad sekalipun mencuri nescaya akan
dipotong tangannya. “ Maka wanita itu
kekal dikenakan hukuman potong tangan . Kemudian wanita tersebut pun berubah sikap menjadi baik dan rapat dengan Aishah.
Dalam Islam hukuman tidak boleh (jangan) disembunyikan. Tetapi wajah pesalah
dan penghukum perlu ditutup.
Pada suatu hari ada seorang lelaki telah mencerca sahabat Rasulullah,
iaitu Abu Bakar di hadapan Nabi (Rasulullah s a w). Nabi senyum dengan cercaan itu. Abu Bakar pun
bangkit untuk membalas cercaan lelaki tersebut. Apabila melihat Abu Bakar bangun Nabi pun
bangun dan meninggalkan Abu Bakar. Abu Bakar pergi kepada Nabi dan
bertanya mengapa Nabi bangun. Jawab Rasulullah
s a w “ Semasa lelaki itu mencerca kamu aku nampak ada malaikat datang untuk
balas cercaan bagi pihak kamu. Sebab itu aku senyum. Tetapi apabila kamu bangun
untuk membalas, Syaitan pula yang datang . Aku tidak akan duduk bersama-sama
syaitan.”
Rasulullah mengatakan tiga (3)
perkara kepada Abu Bakar.
- “Siapa yang sabar Allah akan beri ia kelebihan”
- “Kalau kita memberi sesuatu kepada seseorang walaupun perkara itu kita amat perlu demi menjaga silaraturahim, maka Allah akan gantikan dan tambah dengan yang lebih baik”.
- “Tidaklah seseorang itu membuka pintu atau ruang untuk meminta-minta tanpa keperluan melainkan Allah akan kurangkan hartanya. Allah akan potong saluran rezekinya” Contohnya kita sengaja memakai pakaian yang daif untuk meraih simpati supaya orang bersedekah atau memberi.Sekarang ini banyak golongan yang tidak layak telah menuntut bantuan Zakat dan Baitulmal dengan menggunakan saluran politik.
Hadis tentang sabar : Tujuan sabar adalah bagi mengelakkan pertembungan
yang lebih teruk. Apabila orang yang dianiaya tidak menahan sabar , maka akan berlaku balas membalas yang
kadang-kadang lebih teruk dari orang yang memulakan. Ini bermakna kedua-dua
pihak adalah dua kali lima.
Kongsi Tazkirah pagi Rabu, 11 April
2012 ; 19 Jamadil Awal 1433.- Ustaz Fazlul Rahimi, Surau Nurul Iman , AU 3. 6.30 am.
1.
Hadis Qudsi
dari At Tabrani:-
Barangsiapa
yang berjihad di jalan Allah demi untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka Allah
akan berikan pahala disamping rezeki di dunia ini yang melimpah ruah.
Kata Dr. Abdulllah Nasir Nasi’ullah (Ulama’), untuk
berjihad Kita hendaklah melakukan 4 tugasan di dunia ini:
Tugasan 1.
Berusaha
menegakkan hukum Allah seperti di dalam Al Qur’an dan hadis (sunah). Para ulama
menjelaskan di dalam Al Qur’an terdapat
500 ayat-ayat berkaitan hukum yang wajib diaksanakan. Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Barang siapa yang menolak kandungan Al Qur’an walaupun hanya 1 huruf,
maka kafirlah ia walau sekuat dan sebanyak manapun ibadah dan ketaatannya pada
Allah”. Rasulullah bersabda lagi, “
Sesungguhnya pada akhir zaman terlalu ramai oang yang hebat dan fasih membaca
Al Qur’an tetapi setakat hanya di mulut dan lidah sahaja, tidak masuk ke dalam
hati. Abi Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) berkata : ‘pada zaman terbaik (Zaman
kehidupan Rasulullah dan para sahabat),..ramai di kalangan mereka yang boleh
membaca dan sedap bacaan al Qur’an nya tetapi lebih ramai lagi yang fakih Al Qur’an ( Iaitu memahami Al
Qur’an dengan sepenuh hati, mereka hayati dan mereka amalkan sepenuhnya ajaran
Al Qur’an’). Maka tugas kita adalah
menegakkan keseluruhan hukum di dalam Al Qur’an dan hadis sebagaimana di zaman
para sahabat ini.
Tugasan 2.
Kita hedaklah
berusaha mengeluarkan manusia dari sebarang kesyirikan terhadap Allah. Pada
suatu hari Rasulullah telah memanggil semua sahabatnya dan bersabda “ Wahai
manusia, kamu berjaga-jagalah dengan syirik kerana ia lebih tersembunyi
daripada bunyi tapak kaki semut” . Kita
mudah melakukan syirik tanpa sedar. Ulama’ mengatakan ..syirik zaman moden ini
ialah penyembahan kepada manusia sendiri. Contohnya..’Kalau tiada si polan bin
polan itu akibatnya tidak makanlah kita. Akan susahlah kita’..dan banyak lagi
syirik seumpama yang lain. Kata Imam As Syafi’e, ‘ jika amalan sihir dan
sebagainya didapati jelas kesyirikannya, maka hukumannya di dunia ini adalah
hukuman bunuh.’..Sabda Rasulullah s.a.w. “Syarat-syarat utama untuk masuk ke
syurga adalah-mengabdikan diri kepada Allah sepenuh hati dan jauhkan diri
daripada mensyirikkan Allah”.
Tugasan 3.
Ulama’ Dr.
Abdulllah Nasir Nasi’ullah berkata lagi, ‘Kita juga mesti keluarkan manusia
dari kesempitan hati kepada keluasan jiwa/hati. Maksudnya manusia tidak lepas
dari ujian Allah, baik dengan ujian kesenangan dan kesusahan. Maka ini akan
membinasakan kita, kita akan hilang pedoman dari bergantung kepada Allah. Sehebat manapun masalah kita, ia tetap tidak
sehebat masalah dan ujian Rasulullah. Sehebat
manapun ujian yang Rasululah s.a.w. hadapi tetapi baginda tetap tidak
pernah berputus asa.Ini adalah kerana jiwa dan hatinya luas. Seorang sahabat
nabi, Ka’bah telah membuka bajunya di hadapan nabi dan menunjukkan kesan
parut-parit luka dan badannya yang berlubang-lubang sana sini kesan deraan
orang-orang kafir dan berkata dengan hati yang jujur ‘ Sampai bila kita hendak
bersabar kena siksaan seperti ini ya Rasulullah?’ Maka pada waktu itu juga Ayat
Allah turun “”Apakah kamu fikir kamu akan masuk
syurga sedangkan belum lagi sampai
kepada kamu ujian sebagaimana yang
telah diturunkan kepada orang-orang yang terdahulu?..sesungguhnya mereka itu
telah diuji dengan ujian-ujian yang berat.”” Maka Rasulullah pun menyambung
dengan sabdanya “ Pada zaman nabi-nabi yang terdahulu, antara mereka ada yang
badannya digergaji hingga terbelah dua, ada yang disikat daging badannya dengan
sikat besi dan macam-macam lagi...Maka kamu belum cukup bersabar lagi.
Sesungguhnya bantuan dan pertolongan Allah sedang tiba. Hendaklah kamu
bersabar.
Tugasan 4.
Selamatkanlah
seluruh manusia dari kezaliman dan kekufuran. Bawalah mereka kepada keadilan.
Tidak kira sama ada mereka ini Islam atau bukan Islam. Ini kerana ZALIM ini
adalah suatu dosa yang amat besar. Sabda Rasulullah s.a.w. ‘Jangan sekali-kali
kamu zalim atau cenderung kepada zalim
(iaitu membiarkan sahaja kezaliman berlaku dihadapan kamu) . Nanti kamu
akan di bakar api neraka”.
2.
Maka semua
tugasan-tugasan di atas ini adalah di dalam bentuk jihad. Ingatlah janji Allah
kepada hambanya yang berjihad sebagaimana perkara 1 di atas. Maka laksanakanlah
ia ikut kemampuan kita melalui apa pun kaedah dan kelebihan yang kita ada lebih-lebih
dengan teknologi yang ada sekarang seperti percetakan, mobile sms, Internet
(email, website, Facebook, twitter dsb) mahupun lisan. Jika tidak boleh juga , tolongilah mereka
yang berjihad seperti infaq harta/wang untuk perbelanjaan /kegunaan jihad
mereka. Jangan berterusan membiarkan menyaksikan kemunkaran, kesyirika dan
kezaliman berlaku di hadapan kita. InsyaAllah.
Di dalam tazkirah yang lain, penceramah yang lain:
3.
Kita selalu mendengar
dengan ayat-ayat seperti: “Jauhkanlah diri kamu daripada sifat Fasha dan
Munkar”; ”Janganlah kamu berbuat fasha dan munkar” atau bentuk-bentuk ayat dan
doa’ seumpama. Kita faham apa itu perbuatan munkar iaitu berbuat maksiat dan
jenayah (zina, bunuh, mencuri, minum arak, berjudi dan kezaliman-kelzaliman
seumpama) tetapi ramai yang terlupa/terleka akan makna ‘fasha’. FASHA’ itu adalah
sifat-sifat hati yang dikuasai syaitan
seperti panas baran, sakit hati, tamak, dendam kesumat, hasad dengki, kedekut,
sombong, bangga diri dan sebagainya. Maka tidak ada bezanya dosa orang-orang
fasha dengan orang-orang munkar.
4.
Apabila kembali
kepada Allah, kita hanya bawa agama sahaja, bukan membawa yang lain seperti
harta, pangkat, anak bini dan lain-lain. Malangnya di dunia ini kita disibukkan
pula dengan perkara-perkara lain yang tersebut. Ramai juga di kalangan kita
yang kuat beribadat tetapi masih takutkan mati, kerana tidak yakin, adakah
amalan kita cukup atau tidak. Mati tetap mengejar kita. Firman Allah di dalam
surah Jumaat “...Aku akan perlihatkan apa yang kamu lakukan di atas muka bumi
ini dan balasan-balasan perbuatan kamu. Kita maklum , perjalanan kita di dunia
ini lama. Perjalanan di alam barzakh juga lama. Dan masa untuk kita mencari bekalan ke alam barzakh dan hari
akhirat cuma sedikit. Namun demikian balasan / upah amalan-amalan kita banyak
berganda. Sedikit sahaja amalan yang kita lakukan akan dibalas syurga bertatah
emas. Dan ingatlah, kita akan dijemput oleh Allah ke alam Barzakh bila-bila
masa sahaja. Maka untuk kita bertemu Allah kenalah ada Toharoh Hati (Penyucian Hati). Allah tidak lihat apakah pangkat dan
jawatan kita di dunia ini TETAPI hanya amalan-amalan kita. Di akhir zaman ini
banyak fitnah berlaku. Justeru beristiqamahlah di dalam beribadat. Jadilah dan
masuklah ke dalam golongan yang sedikit kerana nanti hanya golongan yang
sedikit di dalam dunia ini yang akan
masuk ke syurga.
5.
Kata ulama,
untuk masuk syurga kenalah beriman (yakin dengan Allah), takwa (menjunjung
segala perintah dan tinggal segala larangan Allah). Jika hendak berjiran dan
berkawan, kawanlah dengan orang-orang soleh kerana mereka akan menarik kita ke
syurga. Nabi Ibrahim berdo’a supaya Allah hubungkan baginda dan anak cucunya
dengan orang-orang soleh. Berkatalah (cakaplah) dengan perkataan-perkataan yang
baik. Basahilah lidah dengan zikrullah. Bacalah alQur’an kerana ia akan
menemani kamu di dalam kubur. Di dalam syurga Jannatunna’im terdapat sungai
yang mengalir. Jika kamu menderita dengan pelbagai penderitaan di dunia,
ingatlah kenikmatan syurga kerana ia akan menyelesaikan penderitaan kamu.
Segala amalan bagi anak yang soleh akan
sampai kepada ibu bapa mereka hanya dengan niat. Untuk bersyukur lihatlah orang
yang lebih kekurangan dari kita.
6.
Antara
bukti-bukti ungakapan/tindakan orang yang cintakan Allah : - Berkata sahabat
nabi, Suhaibah kepada kaumnya yang masih kafir ‘ Wahai kaumku, sama ada aku
mati melawanmu atau kau ambillah seluruh hartaku di Madinah’ (Suhaibah adalah sahabat nabi yang sangat
mahir memanah)..... Saat bin Musar (yang dikuburkan di sebelah makam
Rasulullah) – siang hari bernikah dan malam hari berjihad dan gugur syahid.
Begitulah tanda manusia yang sayang dan kasih Allah........ Cerita baru: Seorang
palestin baru sahaja dibebaskan dari penjara oleh yahudi (yang dipenjara 30
tahun). Isterinya yang dikahwini diarahkan untuk minta fasakh tetapi isterinya tidak mahu dan sabar menunggu. Itu lah tanda
jiwanya cintakan Allah.
Sedikit
renungan /Ilmu untuk dikongsi bersama:
Sebahagian
petikan Kuliah Subuh 25 Disember 2012 (11 Safar 1434 Hijrah) – Uztaz Fazlul Rahimi, Surau Nurul Iman AU3.
Firman
Allah bermaksud:
“Janganlah
kamu menyangka bahawa Aku tidak menurunkan bala kepada orang-orang yg berbuat zalim. Sesungguhnya Aku sedang menangguhkan
bala sampai ke suatu masa. Aku akan
tambah dan turunkan mereka keseronokan, kenikmatan dan kekayaan sehingga mereka
terus zalim dan lalai Apabila mereka ditimpa bala nanti, mata mereka akan
terbeliak tidak berkedip lantaran dahsyatnya bala yang ditimpakan ke atas
mereka.”
Berapa
ramai para arkeologi yang menemui kota2 tinggalan dan bangunan-bangunan canggih
di atas dan bawah tanah dan bawah laut yang membuktikan betapa terdapat beberapa kerajaan yang tidak diketahui pada suatu masa
dahulu. Termasuklah kecanggihan piramid dimana sehingga kini para jurutera
Amerika Syarikat masih gagal untuk membina bangunan yang sama seperti piramid
itu. Ini membuktikan adanya kerajaan yang lebih maju dari sekarang pada suatu masa dulu tetapi telah dimusnahkan
dan ditenggelamkna oleh Allah lantaran kezaliman dan kesombongan yang mereka
lakukan sebagaimana yang telah diceritakan di dalam al Qur an.
Pada
suatu zaman dahulu Allah telah memerintahkan malaikat Jibrail menurunkan bala
ke atas suatu negeri yang dipenuhi oleh kezaliman . Apabila Jibril memeriksa
keseluruhan negeri itu maka dia terjumpa dua (2) orang hamba Allah sedang
kusyuk beribadat, Jibril mengadap Allah
dan mencadangkan supaya Allah tangguhkan azab dan bala ke negeri
tersebut kerana masih ada 2 orang yang masih beribadat . Maka Allah perintahkan
Jibril supaya menghapuskan dahulu yang 2 orang itu kerana mereka asyik kusyuk
beribadat tanpa mengambil tahu dan berdakwah memperingati yang lain.
Rasulullah
s a w bersabda, amalan yang paling utama
dikalangan kamu adalah berjihad dan berdakwah. Sahabat bertanya, jika kami tidak mampu
berdakwah kerana kami lumpuh, sakit atau lemah adakah cara lain ya Rasulullah.
Sabda Rasulullah, hendaklah kamu
berusaha menolong dan membantu orang2 yang berdakwah seperti menghulurkan
bantuan, derma dan sebagainya yang boleh melancarkan ibadah dakwah mereka.
Rasulullah
s a w menyatakan terdapat beberapa penyakit yang menimpa umatnya:
o Kaya tetapi jahil
o Sibuk dengan urusan dan
mengumpul kekayaan dunia (samada berniaga atau kerja pejabat dsb) hingga tiada
masa untuk tanggungjawab beribadat.
o Fitnah
o mengumpat
o Memutuskan Silaturrahim.Penyakit
ke lima yang menimpa umat Muhammad
adalah memutuskan silaturrahim. Antara hari-hari ...hari Isnin dan khamis Allah buka pintu syurga dan
turunkan rahmat kepada manusia di dunia ini. Sebab itulah disunatkan berpuasa
pada hari isnin dan khamis. Allah memerintahkan malaikat menurunkan rahmat
kepada manusia pada hari tersebut kecuali manusia yang memutuskan silaturrahim.
Walaupun mereka itu berpuasa, mereka
tidak mendapat rahmat Allah kerana memutuskan silaturrahim dan tidak menjalin
silaturrahim sesama keluarga, jiran dan sesama manusia.
o Dengki
o Dan beberapa perkara lagi yang tidak sempat direkod
Ramai
para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abd Rahman bin Auf , Umar bin Khattab
dan lainnya kaya raya tetapi mereka dikasihi Allah kerana keimanan mereka. Di dalam tazkirah yang lain, pernah suatu
ketika Abdul Rahman bin Auf dan kabilahnya pulang dari berdagang dengan ratusan
ekor unta sehingga bergegar bumi Mekah lantaranderapan tapak2 kaki unta. Apabila mendengar ucapan Rasulullah berkaitan
jihad dan infaq maka beliau terus meninfak kan keseluruhan kabilah dagangan dan
unta2nya ke jalan Allah. Ini menggambarkan keimanan Abd Rahman bin Auf dan membuktikan
bahawa tidak salah mengumpul kekayaan asalkan tidak lupa tanggungjawab terhadap
Allah.
Sabda
Rasulullah s.a.w, a. apabila kita
bersedekah satu kebaikan, maka Allah
akan tambah 10 kebaikan. Contoh: Kalau
kita sedekah RM10, maka Allah alan tambah RM100 malah lebih di dunia ini juga,
tidak termasuk kebaikan di akhirat.
Apabila kita menolong saudara kita menyelesaikan 1 masalah , Maka Allah
akan selesaikan 10 masalah kita.
Apabila
kita berpendapatan RM3000 sebulan dan kita sedekahkan dibulan tersebut RM100,
berapakah yang tinggal? Yang tinggal adalah RM100. Yang lainnya akan dan pasti
habis didunia ini . Hanya RM100 yang akan kekal hinga ke akhirat.
Semoga
boleh dijadikan renungan dan pedoman serta sama-sama mendapat rahmat dan
manfaat. Sebarkanlah ilmu walaupun dengan sepotong ayat.
Surau Nurul Iman,
AU 3 Keramat KL
Kuliah Subuh oleh Uz Fazrul Rahimi
28 Nov 2011 Isnin (2 Muharram 1433
Hijrah)
Dari Albukhari,
Rasulullah s.a.w bersabda.:
Hadis riwayat dari Imam Ahmad, Imam 4.
Apabila terbit matahari akan ada 2 Malaikat menyeru manusia.
Seruan ini didengari oleh manusia kecuali manusia yang tidak diizinkan
mendengarnya dan jin. Seruannya adalah ” Wahai manusia, andaikata tiba-tiba
kamu dapat rezeki yang sedikit dan sekadar mencukupi.... maka bersyukurlah
kerana ada manusia yang dapat rezeki yang banyak tetapi mereka tidak bersyukur.
Maka rezeki itu tidak memberi manfaat padanya.
Sabda Raslullah lagi, apabila terbenam matahari, malaikat
pagi akan naik ke langit dan malaikat petang akan turun ke bumi tukar giliran
(shift).. Satu Malaikat akan menyeru dan berdo’a kepada Allah, Ya Allah kau
gantikanlah balik rezeki hambamu si polan bin polan berlipat kali ganda. malaikat juga akan mendo’akan rahmat ke atas
orang itu. Begitulah besarnya kelebihan infaq (sedekah).
Malaikat kedua pula
akan berdo’a kepada Allah, YaAllah, berilah kebinasaan dan kecelakaan kepada
manusia yang bersifat bakhil dan keddekut. Do’a-do’a p Para malaikat adalah do’a yang dimakbulkan Allah kerana
Malaikat adalah diperintahkan oleh Allah untuk mendo’akan manusia setiap hari
pagi dan petang.
Nanti di akhirat ada orang-orang yang ingkar kepada Allah. Lalu Allah bertanya kepadanya “ kalau Aku
berikanmu segunung emas sepenuh bumi, apakah kamu hendak guna untuk tebus dosa
mu asalkan kamu selamat dari api neraka? Jawab
orang ingkar tersebut.... ya,... bahkan Ya Allah. Firman Allah ‘ Dulu kamu kaya
harta kenapa kamu tidak gunakan dan belanjakan untuk selamatkan kamu di akhirat?”....
Di akhirat nanti akan ada malaikat penjaga pintu solat,
dia akan menjemput orang yang rajin mejalankan ibadah solat wajib dan solat
sunat bersungguh2 untuk masuk ke pintu
syurga solat. Malaikat Penjaga pintu Puasa akan menjemput orang-orang yang
berpuasa masuk ke pintu surga rayyan.
Orang-orang yang bersedekah akan dijemput malaikat ke pintu syurga sedekah.Begitulah
pinu-pintu ibadat yang lain. Di syurga
terdapat bermacam2 pintu syurga mengikut
jenis-jenis amalan baik manusia.. Malaikat akan berebut-rebut menjemput manusia
tersebut...... Lalu Abu Bakar bertanya, wahai Rasulullah tidakkah terdapat
orang-orang di syurga yang boleh memasuki mana-mana pintu syurga mengikut mana-mana
yang ia mahu? Sabda Rasullullah ada , kamu adalah salah seorang darinya.
No comments:
Post a Comment