Kuliah Subuh - Us Yusri Ariffin SMKSK - Kitab Tarbiatul Ulat Bil Ulam - Ahad 31
Mac 2013 – Surau Nurul Iman.
Kitab
Tarbiatul Ulat Bil Ulam ini mengenai Pendidikan anak-anak dalam Islam.
Dewasa ini
bila kita perhatikan anak-anak kita, anak-anak jiran kita atau anak-anak
kelumpuk dan komuniti kita tidak dapat tidak pasti ada di antaranya atau
kesemuanya ada anasir-anasir yang terlibat dengan banyak kes seperti rempit,
kaki rokok, kaki dadah, gangster, kaki sosial perhubungan bebas sehinggalah kepada
zina. Bila kita lihat mereka itu
bukannya tidak dididik. Mereka telahpun dihantar ke sekolah malah ada yang
bersekolah agama. Tetapi oleh kerana tidak dididik dengan cara pendidikan Islam
yang sebenar maka dasar pendidikan
selama ini hanyalah sia-sia. Falsafah pendidikan Negara kita adalah untuk
melahirkan pendidikan yang seimbang iaitu pendidikan Jasmani, Rohani, Intelek dan emosi. Anak-anak di didik dari
seawal peringkat TABIKA dan KEMAS. Ada yang lebih baik lagi berkonsepkan PASTI.
Kalau
pendidikan versi ulama maka ianya sudah pasti berdasarkan panduan beragama dari
Al’Quran kerana ianya lengkap. Lebih lengkap dari dasar di atas. Sebelum
anak-anak dididik oleh Guru, anak-anak dididik oleh ayah iaitu sebaik sahaja
lahir dengan melaungkan azan dan qamat. Kemudian anak berusia 7 hari dicukur
rambut, belah mulut dengan kurma dan madu/ tahnik dan tebus gadaian (akikah). Setiap anak-anak itu tergantung di antara
langit dan bumi kecuali kita tebus ia melalui akikah. Cara pengiraan 7 hari
misalnya Isnin bertemu Isnin. Pada hari ketujuh juga anak diberi nama. Berilah
nama yang baik.
Adalah
lebih baik lagi jika ketika anak duduk di dalam rahim ibupun kita didik. Yang
lebih baik dari itu adalah pendidikan yang bermula pada peringkat menanam benih
lagi...iaitu dengan membaca do’a “ Allahumma janibnassyaitan wajinibbas
syaitana mimma razaqtana”..maksud rezeki di dalam do’a ini ialah merujuk kepada
anak. Kemudian Ibu yang mengandung
perbanyakkanlah membaca Al Qur’an.
Ibu kepada Imam kita Imam Syafii sentiasa menguasai ibu Al Qur’an iaitu Ummul
Kitab Alfatihah, kemudian Qalbu Al Quran iaitu yaasin semasa mengandungkan Imam
Syafii. Itulah hasilnya apabila Imam Syafii hafal Alquran pada usia yang sangat
muda pada masa yang singkat. Maka bacakan untuk anak ketika berada di dalam
kandungan - Surah Luqman
Menyorot
kembali kepada Anak yang bernama Adi Putera yang teramat bijak itu, didapati
ibunya tidak tinggal membaca Surah Luqman dan surah Maryam pada ketika dan usia
sekian-sekian minggu adi Putera berada di dalam kandungan. Maka diseru supaya
membaca ayat dan surah – surah Qur-an mengikut tempoh proses kejadian bayi dalam kandungan . Pada usia 24 minggu
bacalah surah yusuf di mana pada masa itu berlaku kejadian rupa paras supaya
wajah anak menjadi elok dan cantik diikuti dengan sifat yang baik. Bukan cantik untuk jadi model, pramugari atau
artis tetapi sebagai orang-orang beriman. Umur anak 36 minggu baca surah Maryamn
supaya iman seperti iman Maryam dan mudah beranak. Pada sekian hari bacalah
surah Maryam ketika proses makin lengkap dan supaya mudah melahirkan. Kalau
pendidikan sempurna maka anak akan menjadi seelok2 kejadian cerdik dan mulia.
Jika tidak hanya nama sahaja cerdik
(Najibah) tetapi kelakuan tidak cerdik. (Contoh tidak cerdik ialah apabila
mentadbir negara hutang berbillion). Mesti cerdik di dunia dan akhirat. Bjiak
sini dan bijak sana. Adat di dunia apabila berurusan dengan Bani Adam (anak
cucu Adam) iaitu manusia tidak boleh lari dari kritikan. Sedangkan Nabi pun dikritik. Contoh zaman nabi ialah kisah Luqman dan anaknya Ayub ketika
menaiki keldai orang hanya mengkritik. Ayah
naik di atas dan anak menarik keldai orang kata salah. Anak naik keldai ayah
tarik keldai pun salah. Anak dan ayah
bersama-sama menaiki keldai lagi orang kata salah. Kemudian anak dan ayah
berjalan bersama sambil menarik keldai lagi orang kata bodoh. Penghabisannya
anak dan ayah memikul keldai terus orang kata gila. Selagi kita melayan kehendak kritikan orang
tanpa pendirian yang betul kita akan huru hara. Apa yang penting Al Qur’an dan hadis adalah
panduan yang muktamad, maka sama ada orang kritik atau tidak kita perlu
teruskan kerja-kerja dan pentadbiran kita.
3. Orang
nak buat keputusan kena mesyuarat tapi jangan lari dari Al qur’an. Kalau keputusan itu benda yang harus seperti
apa warna cat kena letak maka tak wajib ikut al Qur’an.
Kemudian
kita sentuh punca hati tak bahagia. Penyakti dengki perlu dirawat hati kerana
ia tak nampak tetapi membakar amalan. Banyak amalan musnah kerana sifat dengki.
Tanda dengki adalah bercita-cita supaya nikmat yang orang lain dapat itu hilang
dan nikmat itu berpindah kepadanya. Contohnya orang lain hilang pangkat dan
pangkat itu pergi kepadanya. Kemudian tidak suka orang lain mengatasi nikmat
yang ada padanya. Ada yang lebih teruk sanggup guna kaedah santau dan sihir
yang jelas syirik hanya kerana dengki. Untuk hindar sihir bacalah Al Falaq dan
An Nas setiap kali selepas solat subuh dan asar banyak-banyak untuk elak sihir
santau dsb. Jumlah ayat dalam kedua-dua surah itu adalah 11, sinonim dengan 11
simpulan benang pada barang sihir yang ditujukan kepada Rasulullah s a w .
Perempuan yang muda tidak digalakkan
solat jamaah di surau atau masjid kecuali perempuan yang telah berumur. Jika
berjamaah perempuan yang lebih muda harus duduk di saf lebih belakang.
Di negara China apabila kita pergi melawat ladang buah lai mereka
terlalu subur dan lebat buahnya..kita bebas untuk makan seberapa banyak yg kita
suka. Jika kita mahu membawa pulang barulah diarahkan untuk membelinya. Berbeza
dengan di negara ini apabila melawat ladang anggur kita akan diekori
takut-takut kita memetik dan makan buah-buahan di ladang tersebut. Dasar kedekut janganlah kita amalkan.
Infaqkanlah harta jika benar-benar beriman. Allah akan beri darjat di syurga
kepada orang-orang yang beriman. Tidak tertanding walau sedikitpun oleh darjat
Tan Sri, Dato atau sebagainya di dunia ini.
Sambungan seterusnya InshaAllah pada Ahad minggu ke 4 Bulan
April 2013.
Home
Uztaz Yusry Ariffin – Surau Nurul Iman 1 Mei 2011 kuliah subuh.
Berjaga-jagalah kamu
dari Sifat dengki kerana ia akan memakan dan membakar segala
amalan-amalan kamu dan kebaikan-kebaikan kamu walau setinggi gunung sekalipun.
Apabila kita dengki dan sakit hati Allah akan tambah lagi kedengkian dan sakit
hati kita dengan penyakit2 hati yang lain seperti takbur, riak sombong dsb
hingga ia akan memadamkan segala nikmat-nikmat kita didunia.
Kata imam syafie, angkatlah 4 takbir (solat jenazah) kepada
orang yang tidak mahu belajar, mendengar
atau tidak suka langsung dengan majlis ilmu kerana hatinya mati. Apatah lagi
kepada orang-orang yang menyekat majlis-majlis ilmu.
Celakalah orang-orang yang tidak dihidupkan ilmu dan Al
Qur’an di rumahnya kerana yang demikian rumahnya mati kosong .
Selain dari manusia yang hadir, maka malaikat turut hadir di
dalam majlis ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w.’Sesiapa yang Allah hendak beri
kebaikan kepadanya, maka Allah akan beri faham agama kepadanya.
Kata imam Ghazali, ada 6 punca orang-orang menjadi
takbur. Dan sombong. 5 darinya adalah
·
Harta
·
Ilmu
·
Amal (bukanlah amalan yg membawa kita kesyurga
tetapi rahmat Allah)
·
Kecantikan
pengaruhHOME
No comments:
Post a Comment