KRONOLOGI AJK SNI 24 MAC 2021

 Admin

KEMBALI 

KEMBALI KE TINTA RENUNGAN

KEMBALI KE BLOG SURAU NURUL IMAN

Link Laporan Solat Jumaat:

https://sahn.massajid.my/login

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemaskini:  Rabu, 17.2.2022, 14 Rejab 1443 Hijrah


Assalamu'alaikum .

Mulai hari ini, 17.2.2022, akaun baru SURAU NURUL IMAN  kepada yg mahu menginfaqkan sedekah untuk mengimarahkn aktiviti Surau Nurul Iman, bolehlah salurkan ke  

AKAUN BANK ISLAM  14210010025075. 


Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mesyuarat Jemaah Surau Nurul Iman bagi mengisi kekosongan  Ahli Jawatankuasa telah dijalankan dengan jayanya pada 24.3.2021. 

Menurut ahli jemaah yang senior, Mesyuarat agung Terakhir ialah semasa Ustaz Rashid menjadi Pengerusi Surau Nurul Iman.  Menurut makluman  Ustaz Rashid berpindah ke Putra Jaya pada Januari 2000/2001, kerana perpindahan Pejabat Kementerian Kewangan.

Menurut Laporan semakan dari pihak JAWI  Zon 4, Tiada sebarang laporan minit Mesyuarat  Agung diterima dari Surau Nurul Iman, sebelum Minit Mesyuarat bertarikh 24.3.2021.   Menurut ahli jemaah senior, Mesyuarat Agung Terakhir ialah pada Januari 2001.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JEMAAH TELAH KERAP MENGADAKAN PERBINCANGAN MENGENAI KEADAAN SURAU NURUL IMAN YANG TIDAK TERURUS DAN TERBANTUT PERKEMBANGAN PENTADBIRANNYA, JAUH KETINGGALAN DENGAN KEMAJUAN SURAU-SURAU SEKELILING YANG BARU DITUBUHKAN.  JEMAAH DENGAN PERSETUJUAN SETIAUSAHA TERDAHULU TELAH DRAF NOTIS  MESYUARAT JEMAAH BAGI MENGISI JAWATAN-JAWATAN YANG TELAH DIKOSONGKAN ATAS PERSETUJUAN.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KANDUNGAN NOTIS SECARA WHATS APPS:-


 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 Mesyuarat Jemaah Surau NurulIman, AU3 Tahun 2021 dan Perlantikan Kekosongan AJK Sesi 2021/2022
 
Tarikh:
24 Mac 2021(Rabu)- Selepas Maghrib
 
Bertempat:
Dewan Solat Surau Nurul Iman.
 
Agenda:
-              Ucapan Aluan Pengacara
- Ucapan Pengerusi
- Pelantikan Pengerusi Sementara.
-              Pelantikan Barisan Sesi 2021-2022:
 
PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA SNI 2021-2022.
=====================
 
I)             Pengerusi:
 
II)            Timbalan Pengerusi:
 
III) *       Setiausaha*
 
IV) Bendahari
 
VI) Juruaudit
 
VII) Imam I
 
       Imam Il
 
 VII) Bilal 1
 
        Bilal 11
 
VIII) Siak
 
 
Lain2 Biro:
 
-Biro Dakwah:
- Biro Kebajikan
-Biro Pendidikan
-Biro Penyelenggaraan
-Biro Kebersihan
- Biro Ekonomi
- Biro Remaja
- Biro Perhubungan
- Biro Pembangunan
 
WAKIL KELUMPUK (AJK):
1) Dahlia:
2) Melati
3) Teratai
4) Embun Emas
5) Bunga Raya
6) Sunding Malam
7) Jerijit (PDRM)
 
-              Lain2 Hal
-              Ucapan Penangguhan
 
Sekian terima kasih.
Wassalam.
 
 
Hj Salahuddin
Setiausaha SNI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Jemaah Surau Nurul Iman bagi mengisi kekosongan  Ahli Jawatankuasa telah dijalankan dengan jayanya pada 24.3.2021.

 

 

 

 

 

 

 

 








 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


==============

KRONOLOGI  RINGKAS LANTIKAN PENGERUSI SURAU NURUL IMAN:


Dalam tahun 90 an

Pengerusi pertama ialah Ustaz Ramli


Selepas Ustaz Ramli berpindah ke luar kawasan, jawatan pengerusi diambil oleh ustaz Rawi.


Selepas Ustaz Rawi berpindah ......

ustaz Rashid  dilantik sebagai pengerusi.


Menurut makluman Jemaah senior, (Hj Mahat bin Din)  Ustaz Rashid berpindah ke Putra Jaya pada Januari 2000/2001, kerana perpindahan Pejabat Kementerian Kewangan. Kemudian Ustaz Rashid menyerahkan jawatan pengerusi kepada timbalannya Hj. Ghani. (kemaskini 15.11.2021)

Kemudian sepenggal dua, hj ghani berpindah ke AU 1, dan serahkan jawatan pengerusi kepada timbalannya  pak ungku ( Tengku Hamid Tengku Husain).  Semenjak itu tiada mesyuarat tahunan maupun mesyuarat agung. Difahamkan sejak era   ini barulah nama penaung wujud.


Selepas Pak  Ungku berpindah ke negeri sembilan, tiada penyerahan jawatan kepada timbalan kerana sejak dulu tiada Timbalan Pengerusi. 


Selepas 6 tahun sehingga sekarang..ahli jemaah mendesak supaya di adakan mesyuarat untuk lantik pengerusi dan AJK baru.


Pada  24 Mac 2021 selepas solat maghrib telah diadakan mesyuarat Jemaah Surau Nurul Iman bagi mengisi kekosongan jawatan pengerusi dan ajk. 


Di dalam mesyuarat tersebut Pak Ungku  (Hj Tengku Hamid Tengku Husain) melalui whats ap video call  telah menyatakan perletakan jawatannya melalui pembesar suara disaksikan oleh 36 ahli mesyuarat yang hadir.


Barisan AJK seramai  26 orang telah dilantik.


minit mesyuarat jemaah SNI 24.3.2021 telah di kemukakan ke masjid muaz jabal dan ke masjid usamah untuk kelulusan pihak JAWI pada  27.4.2021.


Surat pendaftaran SNI bth 10.5.2021 telah di hantar kepda Pengerusi yang baru SNI.

Boleh gunapakai surat itu sebagai ganti sijil yang telah diambil oleh penaung.


=====================================================================



SENARAI  AJK  SESI 2021/2022 SURAU NURUL IMAN KERAMAT WANGSA

Jln 15/56, Taman Keramat Wangsa, Ampang Ulu Kelang,

54200 Kuala Lumpur

KEMASKINI 6.10.2021

 

BIL

NAMA

JAWATAN

CATATAN

1)              

Hj Mansor Daut

Pengerusi

 

2)              

Encik Azman bin Talib

Timbalan Pengerusi

 

3)              

Hj. Salahuddin Marzuki

Bendahari

 

4)              

Encik Ahmad Rudin bin Giman

Setiausaha

 

5)              

Encik Mohd Iqbal bin Amir Nizamuddin

Penolong Setiausaha

 

6)              

Hj. Safie Hj. Senawi

Ketua Biro Dakwah

 

7)              

Hjh. Saribah bt Hj. Ahmad

Ketua Biro Wanita

 

8)              

Ustaz Muhammad Arief Aiman bin Mohammad Rozian

Imam 1

 

9)              

Encik Ridzwan bin Fahro Rozi   

Imam 2

*Lantikan **Wakil Blok

10)            

Hj Mohd Amin bin Daud

Imam 3

*Lantikan 6.4.2021

11)            

Encik Jasni bin Husin    

Bilal 1

 

12)            

Encik Mohd Noor bin Mohd Shariff

Bilal 2

 

13)            

Encik Kamal Ariffin bin Li

Juruaudit 1

 

14)            

Hj. Damanhuri  bin Junid

Juruaudit 2

*Lantikan 6.10.2021

15)            

Hj.Mohd Nazri bin Zakaria         

Wakil Kelumpuk Sunding Malam

 

16)            

Encik Lokman bin Ma'in

Wakil Kelumpuk Embun Emas

 

17)            

Aziz bin Ahmad

Wakil Kelumpuk Embun Emas

 

18)            

Encik Ridzwan bin Fahro Rozi   

Wakil Kelumpuk Dahlia

 

19)            

Encik Zulfata Mohd Pilus

Wakil Kelumpuk Dahlia

 

20)            

Encik Md Irwan bin Razali

Wakil Kelumpuk Teratai

 

21)            

Encik Azmi bin Mustaffa

Wakil Kelumpuk Teratai

 

22)            

Hj. Mohd Zuhairi Zainuddin       

Wakil  Kelumpuk Bunga Raya 

 

23)            

Encik Mahtar Kassim    

Wakil  Kelompuk Bunga Raya 

 

24)            

Encik Mohd Hadzri bin  Hassan 

Wakil Kelumpuk Jerjit

 

25)            

Encik Anuar bin Rezali  

Wakil Kelumpuk Jerijit

 

26)            

Che Hassan bin Yahya 

Wakil Kelumpuk Mawar

 

27)            

Hj. Abd Sattar bin Sidek

Wakil Kelumpuk Mawar

 

28)            

Encik Abdul Kudus bin Abdul Karim

Wakil Kelumpuk Melati

*Lantikan 6.4.2021

* Maklum menarik diri kerana kekangan masa (17.10.2021)


Mencadangkan nama:

Ahmad Ashmal b. Azizan -018-3940788

Muhammad Hasiff b. Abd Ghaffaar-017 376 8759


 *JUMLAH AJK = 28 orang

*JUMLAH AJK DI BAWAH PENDAFTARAN JAWI – 14 ORANG (NO 1-14)



 ========================================================================================


MINIT MESYUARAT JEMAAH SNI - SILA KLIK

========================================================================================

SURAT DARI En. ROSLI  (BIN ?.. )  





========================================================================================

SELEPAS BERLAKU SELISIH FAHAM PADA BULAN RAMADHAN 1442 H, DI PAPAN KENYATAAN SURAU ADA TERTAMPAL BARISAN AJK BARU YANG MENJADI TANDATANYA SEMUA JAMAAH :



Dari manakah Sumber Lantikan ini?




========================================================================================

TIMBUL ISU MENGEMAS STOR SURAU SURAU NURUL IMAN PADA 29.8.2021.


SEORANG INDIVIDU TELAH BUAT LAPORAN POLIS ATAS NAMA AJK SNI (PENGURUSAN LAMA).


PIHAK POLIS MENASIHATKAN SUPAYA DIADAKAN PERBINCANGAN. PERBINCANGAN PADA MULANYA BERJAYA DIBUAT. DENGAN SYARAT MELALUI SURAT RASMI. NAMUN SURAT PERMOHONAN MAAF SECARA RASMI TELAH DITOLAK DENGAN MENUNTUT SYARAT YANG TIDAK RELEVAN. PIHAK AJK (Lantikan Mesyuarat Jemaah SNI 24.3.2021) KEMUDIAN TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS BALAS.


*( Difahamkan bahawa selepas Mesyuarat Jemaah 24.3.2021, Penaung telah menghubungi Bekas Pengerusi, untuk menulis surat letak jawatan dan serah kuasa kepada beliau. Dan beliau menyusun sendiri barisan AJK 2020-2022 tanpa mesyuarat agung.)

========================================================================================

PENTADBIRAN BARU SNI  DENGAN USAHA  PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI BARU BERSAMA AJK MENERUSKAN USAHA PENGIMARAHAN SURAU DENGAN MEMBUAT PERMOHONAN SURAU DIRI JUMAAT




========================================================================================

ALHAMDULILLAH, KELULUSAN  MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU NURUL IMAN TELAH DILULUSKAN - SILA KLIK :- 







========================================================================================

LAPORAN  SOLAT JUMAAT DIHANTAR KE PIHAK JAWI MELALUI ONLINE SETIAP MINGGU MULAI 1.10.2021


https://info.massajid.my/laporan-solat-jumaat    (kemaskini17.11.2021)

https://info.massajid.my/jumaat (terdahulu)



========================================================================================

BARISAN AJK MELALUI LANTIKAN JEMAAH KERAP MEMBUAT SUSULAN FOLLOW UP KEPADA  PIHAK MASJID MUAZ JABAL MENGENAI STATUS PENGESAHAN JAWI  KE ATAS PELANTIKAN AJK PADA 24.3.2021.


https://drive.google.com/file/d/19pDw1n_d2eIJ-Gb7igJjijE4Qm09BinI/view?usp=sharing

========================================================================================







========================================================================================

SILA KLIK GOOGLE DRIVE:

9.11.2021 - Pegawai JAWI Masjid Muaz Jabal telah meminta Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jemaah Surau Nurul Iman pada 24.3.2021 meneruskan tanggungjawab menguruskan pelaksanaan Solat Jumaat  di Surau Nurul Iman buat sementara waktu / interim memandangkan pihka yang menjalankan aktiviti sekarang lebih cermat, teliti dan teratur.

https://drive.google.com/file/d/1IYe9tO23LAHQD_n4HeOECdcnbhODC2ko/view?usp=sharing

SILA KLIK GOOGLE DRIVE:

========================================================================================





AJK SNI SESI 2018/2020 - LANTIKAN MENJADI TANDATANYA KERANA TIADA MESYUARAT AGUNG DAN PENGESAHAN JAWI - SILA KLIK:


* Kebanyakan AJK termasuk Imam & Bilal tidak tahu menahu akan sumber pelantikan AJK Sesi 2018/2020 ini.

............................................................................................................................................................

Difahamkan tersebar fitnah di Surau berhampiran dan juga di Masjid Muaz bin Jabal bahawa kononnya ada pihak hendak merampas kuasa pengurusan lama.  Semoga Allah melindungi jemaah SNI dari sebarang pendustaan dan fitnah.

............................................................................................................................................................


2.12.2021 - 3.00 pm.

Perjumpaan di antara kira-kira 10 orang pegawai JAWI, Beberapa orang AJK Pengurusan lama dan Pengurusan Baru (yang disebut tidak sah oleh JAWI lantaran bantahan seorang individu). Lokasi - Dewan solat surau Nurul Iman.

Di antara kandungan dalam perbincangan ialah:

Pihak JAWI memberi tarikh baru iaitu 15.1.2021 untuk mengadakan Mesyuarat Agung setelah Bendahari/Setiausaha lama meminta tangguh.

............................................................................................................................................................

Pengurusan baru membangkitkan dan mempersoalkan Pelantikan AJK 2018-2020 yang tanpa mesyuarat agung. Mesyuarat Agung terakhir menurut jemaah lama ialah pada Januari 2021.

Pegawai JAWI memajukan persoalan kepada AJK lama. AJK lama mengatakan Mesyuarat Agung secara online telah dibuat pada pertengahan 2020 dalam beberapa orang. Pihak JAWI menegaskan bahawa tidak boleh dilakukan mesyuarat Agung kurang dari 40 orang.

Kemudian Pengurusan lama menjawab, Mesyuarat agung terakhir ialah pada 2013 , semasa Arwah setiausaha lama terdahulu masih hidup, dan semua Fail dan dokumen hilang.


Tiga orang Pengurusan Lama membangkitkan :

1. Kutipan Tabung Jumaat tidak diserahkan kepada Bendahari (yang juga Pengurusan Lama)
2. Menunjukkan Seksyen undang-undang kecil kepada pihak JAWI
3. Mengatakan bahawa tabung kutipan hendaklah diserahkan kepada Bendahari dalam masa 24 jam.

Pihak JAWI meminta Pengurusan baru menyerahkan tabung Jumaat kepada Pengurusan Lama. (Namun di akhir majlis, pihak JAWI masih meminta pengurusan baru menyempurnakan pengurusan Solat Jumaat.)

Pengurusan baru membangkitkan bahawa:

1. Bendahari kerap tidak  bekerjasama untuk mengeluarkan perbelanjaan pembaik pulih dan pengimarahan surau dan tidak mengemukakan penyata dan kira-kira kewangan.

2. AJK lama 2018-2020 adalah tidak sah kerana tiada sebarang  mesyuarat agung diadakan.

3. Buku cek, sijil pendaftaran surau, chop surau, kunci peti besi semua dipegang oleh Penaung Lama. 

*( Difahamkan bahawa selepas Mesyuarat Jemaah 24.3.2021, Penaung telah menghubungi Bekas Pengerusi, untuk menulis surat letak jawatan dan serah kuasa kepada beliau. Dan beliau menyusun sendiri barisan AJK 2020-2022 tanpa mesyuarat agung.)

4. Pengurusan baru akan menyerahkan Tabung kutipan Jumaat kepada Bendahari lama sekiranya beliau dapat membuktikan keabsahan Pelantikan AJK 2018-2020 dengan mengemukakan minit mesyuarat Agung beserta bukti tandatangan kehadiran, di samping memberi laporan kewangan yang selama ini tidak dibentangkan.

-------
Sebelah malamnya, didapati pintu pantri telah ditukar kunci. AJK petugas program tahlil tidak dapat masuk dan menggunakan pantri. Terdapat juga barang-barang makanan untuk gerobok rezeki.

Ruangan mesyuarat AJK / ruangan solat Jumaat juga telah ditukar kunci. Ruangan tersebut menempatkan 11 orang jemaah solat Jumaat. Keesokannya pengurusan solat jumaat membentang tikar di ruangan letak selipar. Namun masih ada jemaah yang pulang kerana tidak cukup ruang solat jumaat.

......................................................................................................................................................
3.12.2021 - Jumaat

Selepas solat Jumaat, Tuan Hj Mansor, Pengerusi Baru (Lantikan Mesyuarat Jemaah SNI 24.3.2021),  telah dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju kerana Pengurusan Lama yang tidak sah tersebut telah membuat aduan Polis mengenai Wang tabung Jumaat, Surau Nurul Iman.  


Hj Mansor telah memberi keterangan dengan lengkap dan jelas, disamping merujuk maklumat di dalam blog ini.



* Jemaah SNI, terutamanya jemaah lama yang masih ingat sejarah Surau Nurul Iman yang lebih tepat, adalah diseru untuk berkongsi maklumat (di ruangan komen) agar tiada kekeliruan berlaku, dan tiada pihak yang mengambil kesempatan.

Surau adalah untuk jemaah dan anak-anak kariah. Elakkanlah bersama-sama dari menjadikan surau sebagai alat kepentingan peribadi.






No comments:

Post a Comment