UZ ABDULLAH MAHMUD
Khamis
4 Ogos 2011,
Jam
10 malam
Banyak
peristiwa utama dan pertama kalinya berlaku pada bulan Ramadhan. Turun Al Qur’an
pada bulan ramadhan. Peperangan pertama berlaku pada bulan ramadhan. Puasa
diperintahkan pada bulan ramadhan. Terawikh dan tazkirah pertama dilakukan pada
2 hijrah bulan ramadhan.
Rasulullah s.a.w. selepas terawih telah
memberi tazkirah kepada sahabat yang bermaksud: Tidak masuk syurga diriku dan
diri kamu semua hanya dengan Solat, bersedekah, dan puasa, tetapi kita masuk ke syurga hanya dengan Rahmat Allah. Dalam setahun
hanya ada satu sahaja bulan rahmat turun iaitu bulan Ramadhan. Celakalah
barangsiapa yang membiarkan ramadhan berlalu tanpa mengutip/ mengumpul
rahmat. Selain menahan lapar pada
siangnya, menahan mengantuk pada malamnya, ada beberapa perkara penting untuk
diberi perhatian..
Antaranya adalah menghadiri tazkirah. Rugilah bagi orang yang mengerjakan
terawih tetapi meninggalkan tazkirah. Lengkapkanlah malam-malam ramadhan dengan
tahlil arwah, terawikh, tazkirah dan tadarus Al’Qur’an. Bawalah wang untuk bersedekah
setiap kali datang ke surau/masjid demi mendapat rahmat dan keberkatan di bulan
Ramadhan. Makna terawikh adalah rehat. solat terawikh bermakna solat sambil
berehat-rehat. Boleh juga solat terawikh diselang- seli dengan tazkirah dan
sebagainya atau selepas terawikh diadakan tazkirah dan ditutup dengan solat
witir.
Apabila tiba
bulan ramadhan para roh-roh arwah dibebaskan ke muka bumi untuk membawa
kiriman-kiriman pahala tahlil/sedekah dan sebagainya dari anak-anaknya untuk
dikumpul setiap hari/malam sehinggalah habis ramadhan.
Tempat pertama dikunjungi adalah kuburnya
sendiri dan ia akan bersedih bila melihat jasadnya hanya tinggal tulang dan tanah. Kemudian roh-roh akan kembali ke rumahnya dan ke rumah-rumah
sesiapa sahaja yang telah bengambil harta pusakanya (walau sebiji pinggan)
dengan tujuan memohon pertolongan simpati agar
disedekahkan pahala-pahala tahlil, zikir/ amalan-amalan baik kepada
roh-roh tersebut.
Apabila tamat ramadhan roh-roh arwah akan membawa kiriman pahala dari
anak-anaknya dan lainnya untuk dipersembahkan kepada Allah bagi memadam siksa
dosa atau menambah pahala nikmat syurga.
Derhakalah seorang anak jika roh ibu/bapanya
pulang ke Loah Mahfuz dengan tangan kosong tanpa kiriman pahala
sedekah/tahlil/dsb dari anak-anaknya sehingga tidak dapat mengurangkan siksaan
neraka atau tidak dapat dikeluarkan dari penjara neraka.
Pada
zaman Rasulullah para sahabat berlumba-lumba datang ke masjid diwaktu malam
dengan pelbagai cara. Ada yang bertongkat ada yang berpapah dan sebagainya....
Hikmah-hikmah:
Penawar
sakit-sakit sendi dan tulang . Terutamanya yang terpaksa solat menggunakan
kerusi.
Bacalah
ayat “La ilaha illallah, Subhana Wahidul Qahar”..kemudian sapu ditempat yang
sakit. InsyaAllah mujarab.
Antara petua menyembuhkan penyakit –penyakit
apabila berbuka puasa dan bersahur: jangan makan lebih dari satu lauk. Jangan
makan lauk yang sama lebih dari 3 hari berturut-turut.
Minuman-minuman untuk menyembuhkan
penyakit-penyakit ketika berbuka puasa :
o Kencing Kotor (tanda-tanda awal sakit buah
pinggang) – ambil 2 biji selasih direndam hingga kembang campur 2 sudu madu dan
segelas air dan diminum.
o Kencing manis – 2 sudu madu dan gambir
dihancurkan bersama segelas air dan di minum
o Kolestrol tinggi – Dua tiga helai daun
rambutan sederhana muda bewarna hijau muda di blender campur 2 sudu madu dan
segelas air diminum.
o Darah tinggi – dua biji belimbing madu di
blender dengan 2 sudu madu segelas air diminum
No comments:
Post a Comment