Ustaz Yusri Yusuf- IPG Lembah Pantai - Wasiat Imam Syafie: Tunaikan 10 hak


HOME

Catatan Tazkirah subuh Surau Nurul Iman, Keramat Wangsa, Ustaz Yusri Yusuf- IPG Lembah Pantai

Ahad 28.3.2021 , 14 Syaaban 1442 Hijrah.


Wasiat Imam Syafie:

Tunaikan 10 hak.


Barangsiapa hendak meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah ia menunaikan dan mengamalkan10 hak / 10 perkara:


1. Hak kepada diri kita agar selamat  dari musibah.Kurangkan tidur. Kena banyak berjaga di waktu malam. Banyakkan beribadat di waktu malam. Lebih-lebih lagi kita akan hadapi bulan Ramadhan, maka sekarang adalah  waktu yang sesuai untuk melatihkan diri /stretching.


2. Mengurangkan bercakap.  Hanya bercakap benda dan perkara perlu dan yang baik, sentiasa menjaga lidah sebagaimana hadis riwayat Imam Bukhari. Allah sayang kepada orang yang menjaga lidahnya . 

Kemudian berpada-pada dengan rezeki yang ada. Nikmat yang paling utama Allah beri adalah iman. Orang kafir walaupun baik tapi tidak masuk syurga.Orang yang beriman adalah juga orang yang memakmurkan rumah Allah sama ada di masjid maupun di surau.


3.Tunaikan hak malaikat maut. Mengkadhakan segala kewajipan yang tertinggal. Mana-mana ibadat yang tertinggal kenalah qadha.Kemudian mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi. Antara orang yang dizalimi adalah dia tidak buat tapi orang kata  dia buat jahat. Kaedah meminta maaf sekurang-kurangnya hantar Whats app, cerita apa yang kita buat dan kita kata buruk tentangnya dan memohon maaf darinya.

Sentiasa bersedia untuk mati dan lahirkan rasa cinta kepada Allah.

Sejak bangun tidur, berapa kalikah kita ingat mati hingga menyebabkan kita rasa takut kepada Allah dan lahirkan rasa cinta kepada Allah?

Kalau kita ingat esok periksa malam ini kita ingat, bersiap  dan ulangkaji betul-betul.  Kalau kita ingat kematian maka kita akan buat baik betul-betul.

Ubuddunya (cintakan dunia) adalah penyakit umat nabi zaman sekarang. Pastikan kita selamat di akhirat nanti.


4. Hak kubur. Jangan memfitnah. Nabi sendiri pun ditimpa fitnah dengan dahsyat. Isterinya Siti Aisyah sendiri tidak terlepas dari fitnah.

Zaman sekarang  adalah zaman fitnah yang sangat dahsyat.  Semasa kemunculan dajjal nanti,  golongan wanita paling ramai terikut dengan fitnah dajjal.

Pastikan diri dan ahli keluarga amalkan surah Alkahfi supaya selamat dari fitnah dajjal (Sekurang-kurangnya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir)

Membuang tabiat kencing merata-merata. (Dimaklumkan, kebanykan orang  Arab kencing merata).

Memperbanyakkan solat tahajjud kerana ia memberi cahaya di dalam kubur.

Membantu orang yang dizalimi. Jangan bantu orang yang menzalimi. Seeloknya lucutkan ia dari kuasanya sebagai salah satu cara membantu orang yang dizalimi.


5. Hak Munkar  & Nakir. Bila nak periksa budak-budak suka soalan bocor. Dalam mahkamah dan dengan polis kita boleh lepas tetapi dengan malaikat  munkar dan Nakir kita tidak boleh lepas.

Sentiasalah meninggalkan maksiat. Tafsiran orang-orang  kita agak sempit.  Bila sebut maksiat je semua fikir hanya pasangan yang tidak nikah duduk berdua-duaan itu  maksiat, sedangkan semua perkara-perkara yang melanggar arahan Allah dan ingkar perintah Allah itu maksiat. Tidak solat itu adalah maksiat. Tidak tutup aurat itu juga adalah maksiat. Mengumpat itu adalah maksiat. Banyak lagi perkara-perkara yang merujuk kepada maksiat.

Bagi mengambil tindakan keatas pelaku maksiat , tegurlah dulu. Gunakan budi bicara. Kalau masih ingkar baru saman.

Tegasnya, semua benda (perkara) yang melanggar perintah Allah dan semua perkara yang mungkar adalah maksiat.

Di surau masjid, orang yang ada kuasa iaitu AJK kena mencegah kemungkaran. Di rumah, ayah dan ibu ada kuasa menegur.

Di persekitaran perumahan dan kemasyarakatan yang berlaku maksiat itu boleh tegur secara yang lemah lembut dan bersopan.

Kalau kita tengok maksiat berlaku dan kita tidak tegur maknanya tiada iman. Kena ada rasa benci terhadap  sikap maksiat dan perbuatan melanggar perintah Allah.  


6. Hak Mizan (timbangan). Menahan kemarahan. Nak tahan api dengan air. Nak tahan marah juga dengan air. Kalau dilanda kemarahan,  nabi pesan ambil wuduk. 


Banyakkan berzikir. Bila keluar rumah tengok pemandangan yang cantik dan indahnya  dunia, kita nampak kebesaran Allah - itu juga zikir. Amalkan juga  zikir-zikir  harian yang telah kita pelajari, kemudian ikhlaskan amalan.Walaupun pada mulanya tidak ikhlas, tetaplah teruskan amalan. Lama-kelamaan ikhlas itu akan datang . Sentiasalah sanggup menanggung kesulitan dan tahan ujian .


7. Tunaikan  hak titian sirat. Ada kalangan manusia dapat menyeberangi titian sirat sepantas kilat, ada yang sederhana cepat dan ada yang lambat. Tunaikanlah hak titian sirat dengan membuang tabiat suka mengumpat. Carilah  alasan untuk lari dari mengumpat. 

Amalkan sifat warak, sifat zuhud. Di antaranya jalan tunduk sopan rendahkan pandangan agar terpelihara dari maksiat.

Hendaklah suka membantu orang yang beriman. Suka memberi sedekah dan membantu orang-orang beriman membina agama,  membina masjid surau atau membantu orang brsedekah dan mengagihkan sedekah. 

Kalau bersedekah dengan orang kemudian orang tersebut  beli tikam  nombor itu adalah rugi. Kita sedekah kepada orang, dia beli ais krim mahal Baskin Robbin sedangkan kita pun tak pernah beli.

Disamping itu bantulah  orang yang melakukan kebajikan dan melaksanakan pembangunan masjid, surau dan sebagainya.

Lakukanlah pelan program bagi memakmurkan masjid. Kalau kita bersedekah kepada  orang yang tidak beriman kita rasa tidak seronok.

Kemudian solat berjamaah (lelaki).


8. (i) Hak Malik.Penjaga neraka. Wujudkanlah rasa menangis lantaran takut kepada Allah. Nabi telah ceritakan pengalamannya semasa israk mikraj melawat syurga dan neraka. Sentiasalah berbuat baik dengan ibu bapa sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Teruskanla bersedekah sama ada secara terangan atau sembunyi.

 (ii) Hak Ridwan. Sentiasa rasa lega dan reda dengan takdir dan kurniakan Allah. Bersabar terima bala bencana dari Allah.

Bersyukur atas nikmat dan bertaubat dari melakukan maksiat. Perbanyakkan solat taubat.


9. Hak kepada Nabi Muhammad s.a.w. Banyakkan selawat. Rasulullah lah yang bagi syafaat kepada kita di akhirat. Maka perbanyakkan selawat terutamanya pada hari  Jumaat.


10. Hak kepada Allah Taala. Iaitu mengajak manusia kepada  kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan  perkara keji.


Kalau kita dapat amalkan 10 perkara ini  inshaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Sampaikanlah kepada rakan-rakan,  adik beradik, keluarga dan masyarakat dengan pelbagai kaedah seperti  melalui Whats app atau sebagainya.

Segala yang baik datang dari  Allah. Segala kelemahan dan kekurangan datang kita. (Allah yang mencukupinya).

HOME



No comments:

Post a Comment