Komen Hari ini ( Jumaat, 15 Feb, 2013, 4 Rabiul Akhir 1434 H)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat menunaikan solat subuh berjamaah di hari Jumaat yang mulia ini . Alhamdulillah sejuk hati dapat lihat anak-anak solat subuh disurau dan mengikuti majlis zikir dan do'a bersama-sama imam sampai selesai.  Di dalam keadaan kekurangan kemampuan mendidik anak  dalam agama selama hidup ini, usaha - usaha sekarang kenalah lebih gigih supaya anak-anak dan isteri tidak menjerumuskan diri ini ke neraka. Sepanjang jalan pulang ke rumah, aku tanya lagi si adik " Ingat lagi tak apa fadhilat solat subuh berjamaah"....Jawab adik " mmm....uummmph..." dia ada jawab tapi tak memuaskan...Aku ulang balik kata-kata ustaz-ustaz "

Fadhilat solat subuh berjamaah :

1. Akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadat sepanjang malam
2. Rezekinya Allah akan jamin dari pagi ini sehingga pagi lusa
3. Allah akan pelihara dirinya dari mendapat keburukan-keburukan. Jika ada orang hendak membuat khianat kepadanya, maka khianat itu akan balik kepada mereka.
4. Dapat juga fadhilat-fadhilat solat berjamaah yang lain. ....Doa para malaikat yang melebarkan sayap2nya..

Ada lagi sesiapa yang nak tambah...sama-samalah berkongsi ilmu untuk keberkatan bersama. InsyaAllah..amin....

Hari ini cuti separuh hari pagi kerana hantar si abang ke TBS untuk pulang ke asrama, lebih awal kerana ada "show". Dahla balik cuti ke sini lewat....balik ke asrama pulak awal dari rakan-rakan yang lain....Tak apa. Dah alang-alang...teruskan je...sampai tahun depan (form 5)..Lepas tu nanti fikirkan hala tuju yang lebih baik dan sempurna.....




No comments:

Post a Comment