Sekilas ingatan
(memori) , sebahagian petikan dari kuliyah maghrib Surau Nurul Iman - Uz Syukri Harun (agen Pakej Umrah) – 14.03.2013
2 Jamadil Awal 1434 H, Khamis mlm Jumaat.
2 Jamadil Awal 1434 H, Khamis mlm Jumaat.
Nabi Isa
telah berdo’a kepada Allah untuk jadi umat Muhammad maka itu adalah antara sebab ia
diturunkan menjelang kiamat.
Apabila sampai masa, apabila
nabi Isa melakukan “sekali hembusan” nafas maka semua org kafir akan mati. Berhala-berhala
akan hancur musnah. Pemegang kitab kristian semua akan masuk islam.
Terkini –
berita yang dipercayai Pope Bennedict 'resign' paderi kerana masuk islam. Terkini juga kisah paderi wanita dari Indonesia masuk Islam hanya kerana membaca dan merenung surah Al Ikhlas.
Pada ketika peristiwa kejadian menyalib, Allah telah serupakan salah
seorang dari kumpulan Yahudi yang memburu Nabi Isa sama sebagai rupa nabi Isa. Kemudian orang
itu di bunuh oleh oleh Yahudi dan Nabi Isa diangkat ke langit. Pada masa
berlaku kematian tersebut, orang yg membunuh pun bingung adakah itu nabi Isa atau tidak .
Semua orang bingung. Kerana hakikatnya nabi Isa tidak mati.
Nabi Isa akan
turun ke dunia dari langit ke 3 menjelang kiamat semata2 untuk memberitahu
bahawa pegangan umat kristian selama ini adalah karut. Nabi Isa turun sebagai
umat Muhammad dan bukan sebagai nabi terakhir kerana nabi Isa masih belum mati. Pada satu ketika nanti akan timbul persoalan siapakah yg akan memandikan
nabi Isa ketika dia wafat. Timbul balik logika setengah pendapat bahawa nabi Khidir memang benar masih hidup. Dan nabi Khidirlah yg bakal memandikan nabi Isa. Pada masa kewafatan Rasulullah s a w , terdengar satu suara (iblis) mengatakan
bahawa tidak perlu memandikan Rasullullah. Tetapi kemudian muncul lagi satu
suara (nabi khidir) mengarahkan para sahabat supaya memandikan jasad
Rasulullah. Di sebelah makam (kubur) Rasulullah memang ada satu ruang yang lebih
jauh jarak sebelum kubr para sahabat-sahabatnya. Maka ruangan itu bakal di
tanam jenazah nabi Isa kelak. Nabi Isa akan dikebumikan sebelah makam
Rasulullah.
Selepas
kewafatan nabi Isa itu barulah matahari akan terbit dari barat.
Adam adalah
manusia yang Allah jadikan tanpa ibu dan
bapa. Hawa Allah jadikan dengan ada Adam (bapa) dan tiada ibu. Maryam Allah
takdirkan melahirkan isa tanpa bapa. Sila rujuk surah Al ikhlas.
Allah
jadikan Maryam tidak haid seumur hidup kerana Imran berdoa kepada Allah supaya
anaknya akan jadi penjaga rumah ibadat (masjid) maka apabila ditakdirkan lahir
bayi perempuan tetap juga Maryam anak imran menjadi penjaga masjid. Maha Suci Allah...Sungguh mudah bagi Allah menjadikan sesuatu.
Maryam melahirkan
isa dalam penuh kesakitan. Bukan kesakitan fizikal tetapi kesakitan mental
kerana bagaimana hendak menghadapi masyarakat sebab dia tidak pernah berkahwin
dengan sesiapa tapi boleh mengandungkan
Isa. Allah perintahkan bersabar dan
menggoyang pohon kurma maka jatuh beberapa buah kurma dan dimakan Maryam lantas
melahikrkan isa. Sejak itu pohon kurma ini apabila dimakan oleh ibu yang bakal
melahirkan maka akan mudahlah ia melahirkan anak.
Sesungguhnya
keluarga Yahudi itu adalah 12 sahaja. Ia
menjadi 13 kerana salah seorang keluarga
bercampur dengan benih Yakjuj dan Makjuj maka sebab itu Yahudi bertukar dari
kulit gelap kepada merah keputihan. Golongan ini beragama free mason yg dipanggil Zionis. Zionnis adalah keluarga yahudi yang paling
jahat kerana Dajjal lahir dari golongan ini. Sumpah Yahudi adalah tidak akan membenarkan
ahli keluarga mereka berkahwin dengan keluarga lain kecuali keluarga Yahudi dan
Zoinis. Itu punca cerita puteri Diana mati
dibunuh kerana dia hendak berkahwin dengan Dody Alfayed keturunan arab yg
dipercayai hendak memeluk Islam. Sesungguhnya orang kristian amat memusuhi
Yahudi kecuali zionis kerana mereka dikira keturunan kacukan yahudi dan yakjuj
makjuj. Orang-Orang kristian amat baik
dengan zionis hingga memberi dana keatas apa-apa sahaja kegiatan Zionis.
Terdapat seorang penulis di barat yang membukukan kisah bagi mendedahkan
kejahatan Zionis. Maka apabila mereka menjumpai buku itu dipasaran mereka akan
membeli kesemua buku2 itu dan membakarnya. Ayatollah Khameini (Iran) adalah antara bekas pemimpin yang membantu/menyokong Zionis. Ini bermakna Syiah itu juga Zionis.
Dalam golongan
Zionis ada tokoh bernama Rostchild yang amat kaya dengan menipu seluruh England
mengatakan saham jatuh teruk kerana England kalah teruk berperang dengan Perancis
padahal berita sebenar adalah sebaliknya iaitu England kalahkan Perancis. Dia menangis seawal2 pagi di pintu pejabat bursa
saham. Maka semua org percaya dan terus
menjual semua saham mereka termasuk
Rostchild pun jual sahamnya , maka Rostchild mengarahkan proksi –proksinya membeli semua saham2 tersebut dan beliau menjadi kaya dan membuka
sebuah bank. England bank. Dan di Malaysia ini pelaburan Rostchild adalah Mild
Valley dan Lynas di Pahang. Buku berbahasa Malaysia kisah Rostchild ada terjual
di pasaran dengan harga RM28.
Ada berita
mengatakan kerajaan Malaysia telah meminjam kepada bank England milik Zionis
ini untuk kegunaan bantuan BR1M500. (Berdo’a lah supaya berita ini tidak benar)walaupun
sumber-sumber berita adalah amat kuat ke arah itu.
Adapun jumlah
keseluruhan hutang- hutang kerajaan Malaysia ini mengikut kiraan hari ini
...jika di bahagi-bahagikan kepada setiap rakyat termasuk bayi-bayi yang belum
lahir , maka setiap seorang akan
membayar RM13,000 . Bayangkan bayi ... keluar sahaja dari perut ibu sudah
ditulis hutang RM13,000...maka jumlah hutang2 yg pemimpin sekarang buat akan
dibayar oleh rakyat Malaysia.
Antara cara yang paling mudah adalah dengan
menaikkan kadar Insurans. Wallahu alam.
Bi'ru Kauthar Travel
Umrah Ziarah
Video Kursus Umrah
Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis
No comments:
Post a Comment