Ustaz Drs Rejab -Tawakkal +

 


 

 


 KEMBALI /HOME




Catatan sebahagian petikan dari Tazkiran subuh,  Sabtu 17.4.2021 - 5 Ramadhan 1442 H- Surau Nurul Iman, Keramat Wangsa oleh Ustaz Drs Rejab Selamat

Teladan dari kisah Sahabat Nabi.

Ketika Uthman baru kematian isterinya iaitu Rugayah kerana Sakit, Umar datang dan bertanyakan kepada Uthman jika dia bersetuju untuk menikah dengan anaknya  Habsah yang suaminya mati Syahid. Uthman menjawab bahawa beliau belum bersedia. 

Kemudian Umar pergi berjumpa Abu Bakar bertanyakan hal yang sama kepada Abu Bakar, Abu Bakar pada mulanya diam sahaja. Ketika ditanya kedua kali oleh Umar,  Abu Bakar malah berpaling  muka. Umar berasa kecil hati dan datang berjumpa 

Rasulullah. Rasulullah berkata - mahukah kamu jika anak kamu itu  (Habsah) dinikahkan kepada orang yang lebih baik dari Uthman dan Abu Bakar? Jawab Umar - sudah tentu setuju. Maka, Saidatina Habsah anak Umar akhirnya menikah dengan Rasulullah SAW.

Selepas itu, kemudiannya Uthman datang pula kepada Umar dan Abu Bakar dengan tersenyum. Apabila di tanya,  beliau bercerita: - Tadi aku berjumpa Rasulullah, merintih dan mengadu sebab tidak lagi menjadi menantu Rasulullah selepas Rogayah meninggal. Tiba-tiba Rasulullah memaklumkan bahawa baginda telah menerima perintah Allah supaya  mengahwinkan anaknya Umi Kalthom,  adik kepada  Rugayah (isteri Osman yang meninggal sakit) dengan Uthman sebagai ganti. Dahulunya Rogayah merupakan janda kepada anak Abu Lahab. Setelah mendengar berita Nabi diangkat menjadi Rasul,  Abu Lahab marah dan perintahkan anaknya  Utbah supaya ceraikan Rogayah termasuk Umi kalsom. Maka ketika itu Osman pun menikahi Rogayah. Bukan sahaja Utbah menceraikan Rugayah, malah dia tendang nabi sehingga cedera. Kata Nabi - engkau akan dibaham oleh salah seorang  anjing2 Allah. Akhirnya Utbah di dalam suatu perjalanan ketika dia di dalam kemah, telah dibaham singa.

Keempat-empat sahabat nabi, Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali merupakan orang yang sangat hebat beribadat dan berlumba-lumba untuk berkorban demi agama Allah dalam bidang kehebatan masing-masing.  

Sabda nabi berkenaan Saidina Abu Bakar-  syurga itu mempunyai 8 pintu, seperti pintu Puasa, pintu solat, pintu sedekah dan seterusnya. Setiap umatnya yang berjaya masuk syurga akan memasuki salah satu pintu itu mengikut banyak amalannya di dunia. Abu Bakar adalah salah sorang daripadanya  yang boleh memasuki kesemua  8 pintu itu mengikut kehendaknya.

Umar cemburu dengan Abu Bakar kerana Ketika Abu Bakar berinfaq,  dia menginfaqkan keseluruhan harta dan pendapatannya kepada Rasulullah untuk agama . Apabila Umar bertanya apakah ada baki harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu? 

Jawab Abu Bakar, aku tinggalkan keluargaku dengan Allah.

Ketika Abu Bakar datang melawat Rasulullah, kain Rasulullah terselak , baginda tidak membetulkannya. Ketika Umar datang melawat juga baginda tidak membetulkan kainnya yang terselak.

Namun apabila Uthman datang melawat Rasulullah dan kainnya terselak dengan segera Rasulullah menutup kakinya yang terselak dengan kain. Apabila isteri baginda Aisah tanya mengapa demikian, jawab nabi - Bukan sahaja aku, malaikat pun malu dengan Uthman. Kata nabi saw,  kalau aku ada 40 anak perempuan, pasti aku akan menikahkannya  secara bergilir dengan  Uthman. Saidina Uthman meninggal semasa berpuasa dan membaca qur'an. (Link Tambahan berkaitan pembunuhan Uthman Ibn Affan : http://livingthesunnah.blogspot.com/2014/02/detik-terbunuhnya-saidina-uthman-ibn.html)

Begitulah kisah pengorbanan, ketaatan, keakraban hubungan persahabatan dan persaudaraan di kalangan Rasulullah dan sahabat demi menjaga Agama Allah untuk membela agama dan generasi umat Rasulullah SAW serta bagi memastikan zuriat mereka terpelihara dan terhindar dari keturunan yang tidak baik.

Pesan Nabi SAW - Orang lelaki solat fardhunya adalah di surau atau di masjid . Solat sunat boleh buat di rumah. Nabi nak bakar orang yang tidak solat fardhu di mesjid/di surau. Kata Rasulullah kepada Abdullah bin (Asad?) yang buta - kalau kamu dengar suara laungan azan dilaungkan,  tidak ada alasan untuk kamu tidak solat berjemaah di mesjid .

Suatu kisah, kain kapan seorang jenazah tiba-tiba bergerak2. Salah seorang jemaah yang berani telah cuba membuka ikatan kain kapan. Berasa terkejut kerana didapati ada seekor ular. apabila cub adipukul, dengan kuasa Allah ular tersebut bercakap dan berkata - aku di utus oleh Allah untuk menyiksa mayat ini kerana telah melakukan tiga (3) kesalahan:-

1) Apabila azan kumandang dia tak menghiraukan azan dan tidak pergi ke tempat azan dilaungkan

2) Dia tidak membayar zakat harta

3) Dia tidak mendengar nasihat dari ulama

======================================================================


Sebahagian Nota Tazkirah Subuh  Sabtu 15.8.2020, 25 Zulhijjah 1441 H. Ustaz Drs Rejab Selamat Surau Nurul Iman, Keramat Wangsa.

 

 Tawakkal

 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."(Al-Anfaal 8:2)

 Nabi Isa berkata:  Kamu jangan menyimpan makanan untuk hari esok. Esok hari akan datang dengan rezkinya.

 Nabi Isa pernah berbuka puasa dengan air hujan dan rumput2. Kata Nabi Isa...perhatikanlah semut. Siapakah yang memberi rezeki kepadanya.

Sabda Nabi saw -Tidak ada sesuatu yang diperintahkan Allah  kepadamu melainkan semuanya yang telah aku telah perintahkan kepadamu untuk dilakukan. Dan tidak ada ada yang dilarang oleh Allah melainkan apa yang aku telah larang untuk kamu lakukan.

 

Sabda Nabi saw lagi - Ruhul Quddus malaikat jibril telah membisikkan ke padaku..tidak akan mati sesuatu jiwa melainkan tidak  habis rezki yang telah diperuntukkan untuknya.

Rezki bukan makanan sahaja. Kesihatan itu juga rezki. Kalau kita sakit, banyak menggunakan duit untuk menjalani rawatan. Mahalnya harga kesihatan. Jagalah kesihatan terutama di musim wabak Covid-19 ini.

Jagalah arahan pihak berkuasa. Solat di mesjid tanpa mask/topeng muka akan disaman oleh polis.

 Kata ulama:

Untuk menjadi orang yang paling kuat , bertawakkallah kepada Allah setelah berazam dan berusaha dengan maksima .

Untuk menjadi orang yang paling mulia, bertakwalah kepada  Allah.

Untuk menjadi orang yang paling kaya - Percayalah kepada jaminan Allah, lebih dari apa yang berada di tangannya.

 

Hadis Nabi saw yang lain...Orang yang kejar akhirat, dunia akan datang berlutut kepadanya. Kalau mengejar dunia, akhirat akan lari darinya. Allah akan jadikan dia orang yang papa. Rebutlah habuan di akhirat tanpa lupa habuan mu di dunia.


Seorang ulama bernama Syaqib.... telah betanya kepada anak muridnya, Hatim Assyam - 'Berapa lamakah  kamu ddatang berguru kepadaku?  Jawab Hatim Assyam '30 tahun.'  Tanya tuan guru lagi,

"Apa yg kamu dapat selama 30 tahun ini." Jawab Hatim Assyam " Aku telah mendapat 6  perkara, di mana Kalau  aku amalkan aku akan selamat. Tanya guru, 'Apakah dia. Mungkin aku boleh mendapat manfaat darinya.'  Jawab Hatim Assyam 'saya perhatikan firman Allah "..dan tiada sesuatu binatang melata di bumi melainkan Allah menjamin rezkinya. Dan aku merasa  aku ini salah satu daripada binatang melata tersebut yang Allah jamin rezkinya. Apa yang telah ditetapkan sebagai bahagianku tetap akan datang kepadaku. Sebagaimana Allah memberi makanan kepada gajah..Allah tidak lupa memberi makanan kepada semut.Maka itu aku serahkan urusanku kpd Allah. Sunnahnya kena usaha. Yg bulat tidak datang bergolek.

 

Bertanya ulama (Syaqib) lagi. "Kedua, apakah yangg kau dapat dari berguru denganku..Jawab Hatim Assyam 'saya perhatikan firman Allah "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka aku pandang semua orang mukmin ini saudaraku. Permusuhan yang terjadi kepada semua orang itu adalah disebabkan hasad dengki. Maka aku bersunggguh-sungguh nak keluarkan perasaan hasad dari  hatiku. Apabila ada saudara menderita aku merasa yang menderita itu adalah aku. Jika sahabat dan saudaraku mendapat nikmat maka aku turut merasa gembira seolah-olah aku yang mendapat nikmat tersebut."

*(Di Turki Masjid Hagia Sofea yang asalnya gereja ditukar menjadi masjid. Di zaman Mustapha Kamal Attartuk ditukar menjadi Muzium..Kemudian di zaman presiden Recep Tayyip Erdogan terkini telah ditukar semula menjadi mesjid)

 

 "Ketiga, saya memperhatikan bahawa setiap manusia itu mempunyai kekasih. Dan setiap kekasih mesti buktikan kasih sayang kepadanya. Kasih sayangku adalah taat kepada Allah. Kekasih lain akan putus maka taatku  kepada Allah tidak akan putus." Tinggalkanlah perkara haram nescaya kamu jadi orang yang banyak beribadah.Elak cakap benda tak elok. Elakkan buat perkara yang tidak elok.

*Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang ulama yang Kaya dan banyak harta. Ada seorng Wanita datang bertanya kepadanya "...Aku seorg wanita yang kematian suami dan mempunyai anak ramai . Setiap hari bertenun kain pada waktu malam manakala di waktu siang hari aku melakukan  kerja yang lain. Imam Ahmad bin Hanbal terus mendengar...Kehidupan ku susah.Hendak membeli minyak lampu pelita pun aku tidak mampu. Maka aku memintal tali di waktu malam ketika diterangi cahaya bulan.

Satu hari ketika aku memintal tali, pegawai kerajaan telah datang  dan memasang khemah serta menyalakan api hingga aku mandapat cahaya yang lebih terang. Maka aku mengambil kesempatan  untuk memintal tali dengan lebih banyak kerana menumpang cahaya yang lebih terang itu. Sebelum

aku hendak menjual hasil tenunanku ini, aku ingin bertanya kepadamu, adakah halal aku menggunakan cahaya lampu pegawai kerajaan tersebut dimana hasil dari cahaya lampu itu adalah menggunakan duit rakyat?"

Kata Imam Ahmad bin Hanbal " Wahai makcik, sesungguhnya sehelai rambutmu di dibawah selendang mu itu  lebih mulia dari serbanku yang melilit kepalaku ini...Kamu ini siapa?" Jawab wanita itu, "Aku ini adik kepada Basyar al Habbi.... , yang merupakan seorang gabenor."........Maka Imam Ahmad bin Hanbal memberi sebahaginan daripada hartanya  kepada wanita itu.


"Keempat, saya memperhatikan bahawa setiap manusia itu ada musuh yang mereka kena berwaspada kepadanya ...maka aku anggap musuhku adalah syaitan dan orang-orang kafir. Kalau bermusuh dgn kafir,  kalau aku kalah,  aku akan mati syahid. Kalau aku bermusuh dgn syaitan kalau aku kalah aku akan ke neraka dan syaitan itu amatlicik memperdaya dan hendak memastikan aku masuk neraka. Maka aku fokuskan dan tumpukan permusuhanku dengan syaitan"

 

"Kelima, saya memperhatikan bahawa setiap orang mempunyai rumah. Rumah memerlukan peralatan sedangkan aku mengetahui bahawa rumah sebenarku adalah kubur..Sekarang aku sedang persiapkan diri untuk menghiaskan rumah ku itu.

*(Menuntut ilmu juga boleh menghiasi kubur kita)

Tersebut Kisah-Terdapat sebuah tempat bernama Dahdah, kawasan perkuburan besar. Seorang seorang wanita telah meminta penggali kubur untuk menggali satu lubang kubur kerana ada jenazah yang hendak ditanam. Tiba waktu yang ditetapkan, tiba-tiba penggali kubur nampak kubur itu muncul sebuah binaan seperti raudah yang sangat indah pemandangannya... dan melihat burung membawa jenazah itu naik ke atas. Pada hari yang lain pula makcik yang sama minta untuk menggali satu lubang kubur lagi. Penggali kubur nampak kejadian yang sama...dan datang dua orang berkuda mmebawa jenazah naik ke atas.. Penggali kubur bertanya kepada makcik tersebut, siapakah gerangan kedua-dua jenazah itu. Makcik menjawab bahawa itu adalah jenazah abang dan adik. Si abang menanggung perbelanjaan adiknya menuntut ilmu. si adik juga meninggal ketika menuntut ilmu dan si abang meninggal ketika menanggung adiknya menuntut ilmu.

"Keenam, saya memperhatikan bahawa setiap sesuatu ada yang mengejarnya. Dan yang mengejarku adalah malaikat maut dan aku tidak tahuu bilakah ia akan menangkapku. Maka aku bersedia seperti pengantin yang akan dijemput oleh suaminya."

Semoga perkongsian memberi manfaat.

 

 KEMBALI /HOME

No comments:

Post a Comment