1. Ustaz Azizul Azhar-Pengurusan harta pusaka 11.6.2023

 

HOME



Ustaz Azizul Azhar-Pengurusan harta pusaka


Kembali ke halaman : SAMBUNGAN SEMULA - CATATAN KULIAH/TAZKIRAH


Sebahagian catatan Kuliah Subuh. Bab Harta Pusaka


Sebahagian catatan Kuliah Subuh.
Bab Harta Pusaka

Harta Tak alih: - Tanah, rumah, pej, kilang, kebun

Harta Alih:- Wang tunai, kenderaan, simpanan, kwsp

Ramai masyarakat islam tidak tahu nak keluarkan simpanan arwah simati.
Pemegang amanah kena dapatkan surat kuasa, surat pentadbbir.
kena buat permohonan, secara online. masukkam semua nama pewaris, senaraikan harta2 si mati.

Apakah perkara yang mudah digunakan oleh yg hidup selepas kematian simati.
Iaitu  : 

1. KWSP - jika simati ada buat penama.

Selepas dibelanjakan untuk komitment, hendaklah dibincangkan dengan pewaris2 untuk di agih2kan. Penama hanyalah sebagai pentadbir dan pemegang amanah. tidak semua penama boleh ambil.
Jika KSWP tiada letak penama, boleh dapatkan sijil faraid. Kena buat permohonan  di mahkamah syariah, bicara dan afidavit. ada bayaran perkhidmatan.
Jika suami yg mati, semasa hidup  kwsp milik suami. Bila telah mati, KWSP tersebut adalah milik pewaris2 . Penama adalah pentadbir yang menguruskan. 
Penama2 hendaklah selalu di semak dan kemaskini dari semasa ke semasa. Tidak digalakkan untuk letak penama lebih dari satu. Jangan letak penama di kalangan orang yang telah meninggal. 
Untuk bicara mahkamah dapatkan sijil, pewaris akan hadir.


2. Tabung Haji. juga ada penama. letak nama anak, suami, isteri. Sama seperti KWSP.

Banyak kes2 harta pusaka yang tidak dituntut kerana pewaris tiada pengetahuan.

3. Harta yang masih berjalan seperti rumah sewa,  sewa tanah dsb. Haram memakan wang sewa dan harta pusaka sebelum diuruskan (diagihkan/dipersetujui dengan akad). 
Amat penting sebaik sahaja berlaku kematian, waris2 yang hadir berkumpul untuk berbincang mengenai agihan harta pusaka. Semakin ditangguh akan mendatangkan kesukaran.
Saham. Hendaklah  joint saham yang patuh syariah. kerana saham pada asasnya adalah haram.


4. Harta yang digadaikan.  emas berada di kedai ah chong, maknanya emas itu adalah milik ah chong. Kena tanya ah chong untuk tebus. selepas tebus, maka barulah emas itu milik pewaris utk diagihkan.

5. Hutang si hidup kepada si mati.
Amalan pesanan wakil selalu menyebut hutang arwah kepada si hidup tetapi tiada sebut tentang hutang di hidup kepada arwah.

Kita kena tuntut juga hutang sihidup kepada si mati. kerana itu termasuk juga harta pusaka.
Jiwa roh orang yang berhutang akan tergantung. 
Badal haji. sekiranya simati belum mengerjakan haji, maka pewaris kena buatkan badal haji sebelum guna wang pusaka. Itu adalah wajib kerana hutang si mati.

Dosa  bagi simati syahid diampunkan kesemuanya kecuali hutang.

Balu / isteri simati tidak boleh keluar rumah selama 4 bulan 10 hari  dari tarikh kematian, walaupun ke kubur surau atau mesjid, kecuali dharurat. Jika suami meninggal di hospital dan tiada waris lain, maka dimaafkan. setelah ada wakil, isteri/balu hendaklah balik ke rumah.
Semua hubungan dan amalan akan putus kecuali 3. sedekah jariah, ilmu yang diajarkan, anak yang soleh.

Solat akan datang membantu di alam kubur. lewat atau awal sia datang bergantung kepada awal atau lewatnya kita mengerjakan solat. Solat  terutamanya dan alqur an akan jadi pembela dan pendamping di dalam kubur.


Jawapan kepada Soalan Jemaah:

Pencen simati:

Umur 50 mula dapat pencen rm6000 sebulan sampai umur 60.  umur 60 dia meninggal. semasa hidup dia simpan wang pencen. itu adalah pusaka.
Pecahan wang pencen oleh kerajaan selepas mati yang diberikan kepada balu/isteri adalah milik balu/isteri. Itu adalah haknya.

Rumah pusaka 2 nama, katalah harga rm200K. yang menjadi pusaka adalah rm100 K yang mesti dibahagikan. Baki RM100 K adalah milik nama yang hidup.
Rumah pusaka simati yang isteri suami  duduk dalamnya hendaklah atas persetujuan waris2 yang hidup. Jika tidak dia duduk secara haram.

Wasiat: tidak sah bagi pewaris. kecuali dapat persetujuan pewaris selepas meninggal.
Wasiat tidak boleh diagihkan kepada pewaris
Hibah boleh diagihkan kepada pewaris.

Harta pusaka tidak semestinya ikut faraid, sekiranya pewaris bersetuju diagih sama rata maka dibolehkan.

AHAD, 11 JUN 2023
22 ZULKAEDAH 1444 H
KULIAH SUBUH
Ustaz Azizul Azhar-Pengurusan harta pusaka


Surau Nurul Iman Keramat AU 3 
(Keramat Wangsa)
---------------------------------------------

Dari bab yang lepas:-

Perkara yang termasuk di dalam harta pusaka:
Kain pelikat, kain batik, pakaian, jam tangan dsb adalah termasuk harta pusaka. Tidak boleh diguna sebelum dapat persetujuan pewaris. Jika pewaris minta jual, maka kenalah jual, walaupun keluarga yang tinggal terpaksa duduk rumah sewa.

----
Ahmad Rudin <ahmadrudin@gmail.com>


HOME



No comments:

Post a Comment