SAMBUNGAN SEMULA - CATATAN KULIAH/TAZKIRAH

 

HOME / HALAMAN UTAMA


Assalamu'alaikum wbt . 

Tuan/puan yang dikasihi sekelian. Alhamdulillah, di kesempitan waktu setelah sekian lama berhenti menaip , dapat juga kiranya saya menyambung semula catatan kecil daripada kuliah/tazkirah di surau setakat ruang masa yang ada. Semoga catatan yang tidak seberapa ini ada manfaatnya untuk kita semua dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin..

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Ustaz Azizul Azhar-Pengurusan harta pusaka



HOME / HALAMAN UTAMA



Antara kelebihan berkorban:
 
1. Dosa akan terampun umpama setiap titis darah yang keluar daripada binatang korban tersebut.
 
Seperti hadis nabi yang diriwayatkan daripada Al-Thabrani,
 
“Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu.
 
Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang telah kamu lakukan."
 
Bayangkan betapa banyaknya darah yang mengalir. Seperti itulah dosa kita akan diampunkan.
 
 
 
2. Sebagai saksi bukti ketaatan kita kepada perintah Allah
 
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan
 
"sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi."
 
[Riwayat al-Tirmizi]
 
Betapa Allah muliakan orang yang berkorban sehinggakan dihadirkan binatang tersebut pada hari Kiamat.
 
 
3. Mendapat kebaikan bagi setiap helai bulu yang dikorbankan
 
"Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan."
[HR. Ahmad dan Ibnu Majah]
 
Bayangkan kalau kita korbankan kambing sahaja pun, berapa banyak kebaikan yang kita dapat. Tak terkira bulu kambing yang gugur itu.
 

 Amaran buat mereka yang mampu mengerjakan korban tapi tidak melakukannya.
 
Sabda Rasulullah SAW:
 
"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini."
 [HR Ibnu Majah]

No comments:

Post a Comment