Nota Pilihan - Bahaya Meninggalkan Dakwah




Kembali ke Muka Depan


Terima kasih di atas sokongan tuan/puan meluangkan masa mambaca perkongsian nota pendek dari saya. Saya memohon maaf kerana masih tidak dapat mengemaskini blog ini kerana halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Kita berdo'a semoga dipermudahkan oleh Allah ke jalan-jalan ilmuNya dan RahmatNya. Aamiin.



Catatan Terkini:

 Wajib Menyampaikan Ilmu. Batal Aqidah mempersoal hukum Allah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamu'alaikum w b t. 

Ini adalah nota kedua yang sempat saya masukkan semenjak   Syawal berlalu. Selepas tazkirah saya telah berkata kepada Uz Ramli tentang blog ini yang tidak dikemaskini lantaran kesibukan. Inilah salah satu usaha dakwah kerana dakwah secara lisan lebih berat dari ini apabila kita bercakap orang akan lari dari kita. Kata Ustaz Ramli " Di akhirat nanti Allah tidak akan tanya berapa ramai orang yang baca blog kamu, atau berapa ramai orang yang mengikut nasihat kamu akan tetapi yang Allah tanya ialah " Kamu buat atau tidak?"


Tazkirah Subuh , Sabtu,  (8 Zulkaedah 1434 H - 14 September 2013 )
- Uz Ramli Osman


Rujukan : Surah Albaqarah ayat 159 & 160.

"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua makhluk."

"Kecuali mereka yang telah bertaubat dan melakukan kebaikan* dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu, Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang."

*Melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang buruk dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.


Tekanan paling terkini di Malaysia  ialah kenaikan harga minyak. Semua peringkat rakyat Malaysia akan merasai tekanannya. Kenaikan harga minyak memberi impak kepayahan 200% daripada yang sedia ada. Kenaikan harga minyak kepada rakyat  berpendapatan isi rumah RM1,500  dan ke bawah menyebabkan mereka jatuh kepada kategori Fakir.

Pesana sahabat Rasulullah s a w  (Ibnu Abas) , untuk merawat tekanan dalam jiwa kita, kita hendaklah melakukan tiga (3) perkara :

1. Melazimi ke tempat-tempat yang orang sujud kepada Allah iaitu ke masjid, ke surau lebih-lebih lagi ke tempat-tempat seperti Baitullah.

2. Melazimi ke tempat-tempat yang dibacakan Al Qur'an (atau hiasilah rumah kita dengan bacaan Al Qur'an)

3. Cari tempat-tempat sunyi untuk kita mermunajat kepada Allah.Ke hutan, ke gunung atau bangun di malam sepi.


Tekanan yang di alami, kesan kenaikan harga minyak ini  boleh jadi juga akibat laknat Allah kepada kita.

Allah melaknat orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah beritakan dan menyembunyikan keterangan-keterangan Allah.

Ada dua (2) laknat yang Allah timpakan terhadap manusia; Iaitu  laknat kerana meninggalkan suruhan/perintah Allah dan laknat kerana tidak menyampaikan ayat-ayat dan keterangan-keterangan Allah (berdakwah).

Walaupun kita cukup setiap waktu mengerjakan solat, puasa dan zakat, kita tetap wajib menjaga satu (1) lagi perkara iaitu menyampaikan ayat-ayat Allah dan peringatan-peringatan Allah. Jika kita gagal maka Allah akan melaknati kita. Bukan setakat Allah, malah seluruh haiwan dan makhluk-makhluk di seluruh dunia akan mengutuk kita. Haiwan-haiwan di dunia ini sentiasa berzikir kepada Allah dengan cara-cara dan kaedah-kaedah mereka  masing-masing.

Menyorot semula kisa kematian seorang tok siak di Bangi pada 20 Ramadhan 1434 H yang lepas, arwah tok siak tersebut mati ketika sedang sujud. Ini menandakan ada kelebihan yang Allah berikan kepadanya. Semasa hidupnya dia tidak tinggal solat berjamaah dan dia tidak tinggal berjuang dalam Islam.

Seorang sahabat Uztaz pula bernama Ali Buyung di Rawang meninggal di malam Hari Raya Aidil Fitri ketika bertakbir hari raya. Semasa hidupnya ia tidak pernah tinggal  tazkirah. Dia juga akan membuat tazkirah di rumahnya di setiap satu ruang waktu yang kosong.

Penyelesaian pemasalahan kepada mengelakkan dari dilaknat Allah hendaklah bertaubat. Bagaimanakah caranya? Kembalilah kepada Allah. Tugas dakwah bukan tanggungjawab ustaz atau ulama' sahaja bahkan  kepada seluruh umat Islam. Berdakwahlah dengan apa jua pendekatan anda tersendiri sama ada secara lisan, perbuatan, edaran-edaran risalah dakwah, internet, email, facebook, twitter, blog-blog dan seumpamanya asalkan mengajak menusia kepada agama Allah. apabila nampak anak-anak kita atau anak-anak jiran tidak menutup aurat,  tanggungjawab kitalah untuk menegur kerana nanti kita akan dipersoalkan di akhirat.

Apabila kita mati akan ada tiga (3) perkara :

1. Harta - sebanyak manapun harta kita tetap akan balik ke Dunia

2. Kaum kerabat - Serapat mana, seramai mana dan sebaik manapun Kaum kerabat kita tetap pulang ke rumah dan tidak ikut kita masuk ke alam kubur.

3. Amalan kita - Hanya ini sahajalah  yang akan mengikut kita ke alam Barzakh. Sama ada amalan baik atau jahat. Berbahagialah jika membawa amalan yang baik dan celakalah jika membawa amalan jahat.

"Wa aslahu"

Kalau kita berjumpa dengan anak-anak muda kita wajib berdakwah kepada mereka. Perjalanan Nabi Muhammad s a w Islah (berdakwah) mengambil masa dua puluh (20) tahun. Buatlah program seperti para Tabligh mengetuk pintu-pintu rumah untuk mengajak jiran hadiri tazkirah. Selain itu berdakwahlah dengan cara kita yang tersendiri. Satu perkara yang hebat tentang orang-orang tabligh adalah mereka tidak peduli walau apa nista orang kepada mereka, mereka tetap senyum dan rendah diri.

Berdakwah lah kita dengan pelbagai cara masing-masing kerana jika gagal maka kita tetap akan dilaknati walaupun kita cukup mengerjakan amalan ibadat kita solat puasa zakat dan sebagainya. Ingatlah setiap babak-babak yang Rasulullah s a w sebut iaitu babak di dalam alam kubur, babak di padangan Mashyar, Babak di titian Sirat dan babak di Syirga atau Babak di Neraka. Semuanya babak baik atau babak jahat adalah bergantung kepada amalan manusia di dunia.

Anak-anak jiran juga adalah tanggungjawab kita untuk mendakwahkan mereka.(Antara ucapan-ucapan laknat ialah bodoh, cilaka dan sebagainya. Sedih apabila melihat anak-anak muda apabila berbicara, selang 3 minit akan keluar perkatan-perkataan seperti bodoh, celaka, babi,  ucapan2 mencarut dan sebagainya. Cukup 40 kali dia mengucapkan bodoh maka orang yang diucapbodoh tersebut akan makbul menjadi bodoh)

Wassalam.



Zikir Kifarah
Wal asr....


HOME (Kembali Ke Muka Hadapan Tinta Renungan)



_______Arkib_____________________________________________________________________


Selamat Menyambut Ramadhan (1434H)

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s w t  kerana telah memberi peluang sekali lagi kepada kita untuk masuk ke dalam bulanNya dan bulan RasulNya, di mana bulan yang penuh rahmat dan berkat, bulan di mana segala amalan dan setiap amalan ibadat dilipatgandakan.

Sama-samalah kita rebut peluang keemasan ini di mana mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.

Mohon maaf kepada para pengunjung kerana tidak sempat kemaskini nota-nota saya lantaran kesibukan dan jadual harian yang padat. Pesan saya kepada diri sendiri dan tuan/puan adalah rebutlah peluang bersedekah, berterawikh, bertahajjud, berwitir dan apa-apa sahaja ibadat sedaya yang mampu semoga kita mendapat Rahmat Allah yang terbaik. InsyaAllah.


Penulis.



No comments:

Post a Comment